Thursday 28 June 2012

JEM oo JEM!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


       Da lama kan ila tak menulis. Lebih seminggu da. Bukan tak mahu menulis tapi ada saje benda yang menghalang. Ila nak cerita pasal perkara hari ini. Malas nak cerita perkara yang dah lepas. Lebih-lebih lagi perkara yang menyakitkan hati dan perkara yang boleh mengugat hati nurani dan merebakkan bisikan syaitan dalam hati kita. Jadi lebih baik, apa yang berlalu kita biarkan berlalu. Yang baik dijadikan contoh tauladan dan yang buruk jadikan pedoman.


      Hehe.. tiba-tiba rasa macam ustazah pulak. (^_^)>.

      Sambung cerita ila... Hari ni balik sangat lambat dari biasa. Hmmm.... Entah lah. Tempat kerja baru nie. Sepatutnya hari rabu balik jam 4.30 petang sebab ada aktiviti. Tapi untuk hari ini, aktiviti yang dijalankan seperti biasa tu diganti dengan acara raptai. Mula-mula gembira lah sebab dah tak payah wat perkara rutin untuk jalankan aktiviti yang selalu dibuat pada hari rabu.

       Tapi.... bila jam di tangan da menunjukkan jam 4.30 petang dan tak ada tanda raptai untuk majlis esok selesai, mulalah rasa bosan yang teramat sangat. Hmmmm.... Kaki da penat walaupun sebenarnya duduk je dari sepanjang raptai bermula. Badan tak selesa. Al-maklumlah bangun pagi jam 5.00, mandi, bersiap. Pukul 6.20 da bergerak ke tempat kerja.

       Last-last, tunggu punya tunggu, abis jugak raptai lebih kurang pukul 5 petang tadi. badan nie punya la letih. Dari tempat raptai terus bergegas ke staffroom, ambik barang terus start kereta. Hati da berbunga-bunga masa nie... Terbayang masakan mak di rumah. Makan selepas mandi dengan air panas dan sabun mandi yang menyegarkan badan. Hihihi... Segar sungguhkan. Lebih-lebih lagi bila badan da letih sangat.

       TAPI ......

       Belum sampai pintu pagar da stuck. Haiyoooo.....
Masa ni ila masih dalam pagar. Belum keluar lagi, kereta da berderet-deret. Kalau tak silap ada 3 buah kereta lagi yang terlindung depan kereta ila. 
Gambar dari side mirror: berderet-deret kereta di belakang kereta ila. Masa nie belum lepas pintu pagar lagi. belakang kereta yang last tu ada lagi kereta lain. Panjang lagi kat belakang tu..

Masa nie da lepas pintu pagar tapi masih lagi stuck. Hmmm...
Dari side mirror: banyak lagi kereta di belakang kereta ila. Kalau ila keluar lagi lambat rasanya, jenuhlah nak menunggu...

P/S: 'kejadian hari ini' berlaku semalam 27 Jun 2012. Semalam tak sempat nak publish sebab 'beruk'
        belaan yang da tua nie buat hal.. Hahaha.. Harap maklum.

 

ceritaku,
ila (^_^)>

Sunday 17 June 2012

Mari Membaca \(^_^)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

          Hari ini Ila nak cerita tentang buku yang Ila sudah baca. Buku ini Ila beli dengan duit gaji masa kerani dulu. Buku ini juga antara buku awal yang Ila beli. Masa tu memang bertekad nak pupuk minat membaca dalam diri. Mungkin kawan-kawan sudah baca buku ini tapi apa salahnya kalau kita berkongsi. Betul tak?



Tajuk buku macam yang ada dalam gambar kat atas. ‘Di Atas “Sajadah” Cinta. Kalau ikut Bahasa Melayu ejaan ‘sajadah’ tu ‘sejadah’ kan. Ila pun tak pasti. Belum sempat nak buka Kamus Dewan Bahasa. Mungkin ejaan untuk Bahasa Indonesia sebab penulisnya berasal dari sana.

Penulis ini dah terkenal dengan hasil penulisannya yang menarik dan kreatif. Bukan tu je, penulisannya diselitkan dengan dakwah-dakwah agama. Kalau nak tahu Habiburrahman El Shirazy la yang tulis buku Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang difilemkan.

Untuk pengetahuan semua buku ini sebenarnya himpunan cerita-cerita tauladan agama. Ada 38 buah cerita di dalamnya dan semua cerita yang ada memang menarik.


Setiap kali beli buku memang Ila akan tulis tarikh bila dibeli. Jadi Ila tau la berapa lama Ila tak baca buku baru. (^_^)

Next time, Ila cerita pulak pasal isi buku ini ye. Kisah-kisah teladan di dalannya tapi secara ringkas je la. Nanti kalau cerita penuh da melanggar hak cipta pulak. Kepada sesiapa yang berminat nak beli buku nie boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran. hihihi.. Buat iklan pulak.

Sekian...



Ulat buku muda,

Ila (^_^)>

Friday 15 June 2012

Hobi & Minat

Assalamualaikum w.b.t

        Lala nak bercerita tentang minat Lala sejak kebelakangan nie. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Lala memang minat pada semua jenia kraf. Terutamanya yang buatan tangan (handmade). Memang menjadi kegilaan Lala. Rasa sangat puas bila dapat buat sesuatu hasil tangan sendiri walaupun mak Lala tak support sebab padanya semua yang Lala buat membazir.

        Memang adakalanya Lala akan membazir sebab buat banyak-banyak tapi untuk kegunaan sendiri cuma sikit je. Yang selebihnya akan terbiar untuk koleksi je. Kalau boleh mendatangan pendapatan alangkah bagusnya, kan!

quilling pertama yang berjaya dihasilkan. telah diberikan kepada seorang teman yang telah berpindah tempat kerja

        Ok lah... Lala terus je kepada minat Lala nie. Namanya "Quilling". Dalam bahasa Melayu nya Lala belum sempat nak cari lagi.

        Quilling  ialah sejenia kraf yang dihasilkan daripada kepingan kertas yang dipotong secara memanjang mengikut saiz yang tertentu. Kemudian kertas ini biasanya digulung dan dibentuk bagi menghasilkan kraf atau reka bentuk yang diingini lagi menarik. Kombinasi warna dan corak yang menarik dapat menghasilkan corak yang kreatif disamping dapat menarik perhatian orang.

kombinasi warna sangat memainkan peranan dalam kraf quilling nie.

           Lala akan teruskan hobi Lala nie. Lala tak mahu berhenti ditengah jalan. Orang yang Lala paling kagum dalm kraf quilling nie nama dia YULIA. Dia bukan orang Malaysia. Tak ingat la dari negara mana. tapi yang penting, hasil kerja tangan dia dalam quilling nie memang mengagumkan. Cubalah kawan-kawan cari di internet. Pasti akan jumpa.


   LALA (^_^)

p/s; badan rasa letih sangat masa tulis post kali nie. entah kenapa....

Thursday 14 June 2012

Cerita Hari Ini

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      Lala nak cerita pasal kejadian masa balik kerja tadi. Tapi bukanlah cerita yang ada emosi pun. Saje nak berkongsi cerita. Cuba kawan-kawan tengok betul-betul gambar kat bawah ni. Apa yang kawan-kawan nampak?



       Nampak tak apa lori tu bawa? Lala tau mesti tak nampak sebab gambar jauh kan. Al-maklum lah tak berani nak bawa 'Cik JiNA' Lala dekat dengan lori tu, boleh menggugat kejelitaan 'Cik JiNA' kalau benda yang dibawa lori tu 'terjun'. Nak memotong pun fikir 28 kali. hahaha. Yela... jalan tu sempit dan yang paling penting, Lala da penat. Tak larat nak bawa laju-laju.

       Tak apa, cuba tengok gambar yang da zoom kat bawah nie. Agak-agak boleh teka tak lori tu bawa apa?

Lori bawa batu tak tutup dengan kanvas, BAHAYA!! (maaflah gambar kabur).

      Lori tu bawa batu. Memang kalau tengok, batu tu besar-besardan tak mungkin la batu tu 'melompat' dengan sendirinya. Tapi celah-celah batu besar mesti ada batu kecil jugak kan. Buatnya batu-batu kecil tu 'nakal' nak main-main 'lompat-lompat', tak ke membahayakan Lala dan juga 'Cik JiNA'.

       Sepatutnya lori yang bawa benda-benda yang keras nie ditutup SEPENUHNYA dengan kanvas untuk elakkan benda-benda tersebut jatuh. Mungkin pada mereka, batu yang besar nie tak mungkin jatuh tapi mesti ada cikit-cikit serpihan batu yang kecilkan antara batu-batu yang besar tu. Kalau tengok lori nie, dia ada tutup jugak bahagian kiri dan kanan tapi macam mana yang tengah dan belakang yang telopong tu pulak?

       Hmmmm... Kan lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Bila ada yang jadi mangsa kan susah.

        Kalau macam Lala, petang tadi Lala bawa Cik JiNA perlahan je dan jauhkan jarak Cik JiNA dari lori tu. Kalau petang tadi tak terlalu letih, mungkin Lala da potong lori tu.Apa-apa pun kepada kawan-kawan yang belum pernah alami pengalaman ini boleh fikir-fikirkan apa yang terbaik perlu dilakukan.



bersemangat menulis cerita pertama,
Lala (^_^)>

Salam Perkenalan

    Salam perkenalan kepada semua.

    Bermula di sini. Moga perkongsian ini berjaya. Buat masa ini belum ada apa-apa post untuk anda semua tapi nanti LALA akan cuba cari bahan menarik untuk tatapan kawan-kawan sekalian.

   Harap kawan-kawan dapat memberikan sokongan dan dorongan kepada Lala. Al-maklum  lah saya budak baru belajar. Sudi-sudikan lah kawan-kawan untuk memberi cadangan dan komen yang membina. Kalau mahu kritik juga tidak mengapa. Lala akan cuba terima dengan positif.

    Akhir kata, salam perkenalan sekali lagi buat kawan-kawan sekalian.


   yang baru merangkak,
            LALA

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...