Tuesday 31 July 2012

Nikah Ooo Nikah

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


            Ila nak cerita pasal persiapan untuk perkahwinan. Bagi sesiapa yang da cukup umur dan da sampai seru mesti tertanya-tanya apa yang perlu dibuat. Post kali ini Ila nak cerita pasal langkah atau prosedur yang kita perlu buat sebelum majlis pernikahan boleh dijalankan secara sah mengikut undang-undang Negara kita yang tercinta ini.

            Untuk pastikan kita jalankan pernikahan secara sah mengikut undang-undang, diulangi... sah dari segi undang-undang ye bukan sah dari segi agama. Sah dari segi agama tu da tentu la kan, kita kene patuh syarat-syarat yang ditetapkan. Yang nie kita perlu sah dari segi undang-undang Negara kita supaya tak menimbulkan masalah di masa depan nanti.



Dokumen-dokumen yang diperlukan;

1.         Sijil kursus pra-perkahwinan

ü  Pastikan sijil nie dikeluarkan oleh pihak yang diberi lesen dan disahkan oleh Pejabat Agama. Susah-susah pergi je kursus yang Pejabat Agama Daerah anjurkan. Confirm sah...


2.         Borang Permohonan Perkawenan (lelaki-borang 1 dan perempuan-borang 2)

ü  Borang kene ambil sendiri dengan tunjukan kad pengenalan.

ü  Harga borang nie RM5 setiap satu jadi kalau ambil borang untuk pihak lelaki dan perempuan sekali harganya RM10.

ü  Borang nie ada 2 salinan dan kene isi dua-dua. Borang untuk pihak perempuan disertakan dengan Borang Maklumat Wali. Kalau ada sesiapa yang ayah dia sendiri atau pun wali sendiri yang nak nikahkan kene hantar permohonan sebulan lebih awal dari tarikh nikah.

ü  Setiap borang perlu ada saksi borang yang semestinya berjantina lelaki seramai 2 orang. Lelaki tersebut mestilah bukan dikalangan ahli keluarga terdekat, contohnya abang, adik lelaki & ayah. Kalau pakcik, sepupu boleh. Lagi satu orang yang buat pengesahan bujang, jurunikah, ketua kampong dan anggota Pejabat Agama yang berkenaan pun tak boleh jadi saksi.

3.         Laporan Ujian HIV

ü  Borang nie PERCUMA. Masa ambil borang permohonan yang kat atas tu, dia akan bagi borang nie sekali.

ü  Ujian HIV nie mesti dibuat di klinik @ hospital KERAJAAN sahaja. Swasta tak boleh ok. Buat ujian nie sekejap je, 30minit pun tak sampai tapi bergantung pada kakitangan klinik/hospital tempat wat ujian tu.



Da siap isi semua borang, hantar la ke Pejabat Agama tempat pihak perempuan menetap. Kalau nanti korang semua kawen dengan pasangan yang sama daerah, tak ada masalah. Kerjanya senang cikit dari yang kawen dengan pasangan yang tak sama daerah atau kawen dengan orang yang lain negeri. Yang kawen dengan pasangan lain daerah atau negeri nie, pihak lelaki kene uruskan dulu dekat pejabat agama daerah dia pastu beri borang ang da siap pada pihak perempuan untuk diurus dan dihantar ke Pejabat Agama Daerah tempat pihak perempuan duduk pulak.

Nie Ila nak cerita pasal prosedur bagi yang dapat pasangan luar daerah sebab memang dapat orang luar daerah tapi tak lah jauh mana. Yang dapat orang lain negeri pun sama. Pertama sekali, pihak lelaki perlu uruskan di pejabat agama daerah dia kemudian serahkan semua dokumen pada perempuan untuk diuruskan. (Samalah macam penerangkan dekat atas kan...)


Pihak perempuan akan bawa semua dokumen untuk diserah pada kaunter yang berkenaan kemudian orang di kaunter akan beri Borang Temuduga. Nak kawen pun ada tenuduga. Bukan senang nak kawen tau. Tapi dalam temuduga tu dia soal sooalan yang senang je.. Kalau tak dapat jawab mesti orang tu tak amalkan...


            Antara soalan yang biasanya disoal, bukan mesti ye...
  1. Mengucap dua kalimah syahdah.
  2. Membaca surah al-Fatihah dengan betul.
  3. Membaca doa qunut (part nie menurut penemuduga, ramai yang failed!!)
  4. Bab Munakahat
  5. Bab Toharah
  6. Tanggungjawab suami/isteri

          Jadi sesiapa yang nak kawen bersedialah dengan ilmu didada. bukan ilmu bab tutttt... je yang kene expert tapi ilmu agama yang paling utama supaya hidup aman dan bahagia.


          Selepas itu, dia akan bagi surah kebenaran bernikah dan kene bayar RM17 untuk dapatkan borang/sijil nikah warna pink dan hijau muda yang ada 2 salinanan setiap satu warna untuk diguna semasa akad nikah nanti. Da dapat semua dokumen, serahlah pada tok kadi yang akan menikahkan kamu...

            Itu saja... Sekian...

p/s: kurang semangat nak urus-mengurus nie. Banyak lagi kerja yang perlu diuruskan. Kerja la yang paling utama. Tiba-tiba terlintas dihati, apa perasaan orang yang kawen dengan pasangan yang memang disayangi sangat-sangat. Terutamanya yang da lama bercinta ye... apa yang dia orang rasa sebab Ila tak macam tu. Kenal 6 bulan da tunang, 7 bulan lepas tu nikah. Dari masa kenal sampai sekarang, belum habis jari-jari di tangan untuk kira berapa kali kami jumpa.

Thursday 19 July 2012

UTUSAN OO... UTUSAN / Semangat! Semangat! ''\(^_^)/''

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

        Hari ni Ila nak cerita pasal semangat. Siapa tahu kan. ibarat kata pepatah "Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu". Tapi apa pun kita mesti berusaha. Usaha itu penting. Kalau sudah berusaha tapi kita masih tidak berjaya... tak mengapa. Itu takdir yang telah ditentukan untuk kita. Jangan tak berusaha tapi mengharapkan kejayaan, bila gagal frust  menonggeng pulak.

        Bercerita tentang usaha, hari ini Ila telah memulakan langkah pertama sebagai tanda usaha Ila. Cuba tengok gambar dekat bawah nie. Apa yang kawan-kawan nampak?


        Perasan tak apa-apa yang lain pada gambar kat atas tu?
       
        Dua naskah surat khabar Utusan Malaysia yang sama terbitannya. Mungkin tak pelik sangat tapi mana jarangkan satu keluarga beli surat khabar yang sama pada hari yang sama. Bukan tak sengaja tapi memang disengajakan.

        Ayah Ila da beli satu surat khabar Utusan nie, Satu lagi Ila sendiri yang belinya.. Sebabnya nanti Ila cerita. Nak cerita pasal ayah dengan surat khabar Utusan Malaysia dulu.


AYAH DAN UTUSAN TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

       Nie cerita pasal ayah. Saje nak selitkan cikit. Tiap-tiap hari memang rutin ayah beli dan baca surat khabar Utusan. Seingat Ila, jarang sekali beli surat khabar lain kecuali surat khabar Utusan da habis. Bila hal nie selalu berlaku, ayah buat keputusan bijak dengan 'pajak' aka 'langgan' surat khabar nie dengan tuan kedai depan kampung. Jadi tak ada lah putus bekalan surat khabar Utusan Malaysia untuk ayah baca sebab tuan kedai pasti akan simpankan satu untuk ayah. Kalau hari ni ayah tak dapat datang, tuan kedai akan simpankan surat khabar untuk ayah jugak sebab esoknya ayah akan datang dan beli jugak surat khabar tu. Jadi bacalah 2 surat khabar Utusan Malaysia dalam sehari..

       Sekarang kedai kampung tutup, jadi ayah buat perkara yang sama pada kedai kampung sebelah (langgan surat khabar Utusan Malaysia setiap hari).

        Seingat Ila, sepanjang umur nie dari kecik sampai besar memang Utusan lah yang ayah baca. Ayah memang pembaca Utusan "TEGAR". Bila sudah membaca mesti tak bergerak ke mana-mana kecuali ada hal penting je.


SEMANGAT! SEMANGAT!  "\(^_^)/"

     Balik semula pada cerita sebab kenapa sengaja beli dua surat khabar yang sama pada hari yang sama... sebabnya ialah.....





        TADAAAA....

INILAH SEBABNYA...
        Sebab nak kumpul mata.. Nak cuba nasib masuk pertandingan KUMPUL & MENANG yang UTUSAN dan SINGER anjurkan. Sebelum nie tak kisah pun tapi sebab hadiahnya yang sangat-sangat best... buatkan hati membuak-buak nak masuk. Siapa tahu kalau dah rezeki. Semoga ada peluang untuk Ila, Insya-Allah.. Amin.

        Mata hari nie 50 sebab tu sanggup pergi pekan untuk beli lagi satu surat khabar Utusan ni. Mata untuk dapatkan hadiah pertama untuk edisi nie 350 mata. Sekarang dah ada 130 mata. ada lagi 220 mata lagi nak cukup. Tapi peraduan nie berdasarkan cabutan. Cabuitan bertuahlah lebih kurang macam tu tapi kita mestilah kumpul mata ikut hadiah yang kita nak. Tak kisahlah semua tu. Tak rigu kalau kita mencuba.

        Semoga ada kejayaan buat Ila dalam Peraduan nie. Amin...

Kod hadiah H1 yang menjadi idaman hatiku..

p/s: jomlah ramai-ramai join peraduan nie. Mana tahu rezeki..

RESIPI: MUFIN JAGUNG KUKUS

Dengan nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang

        Kali nie, Ila nak kongsi resipi mufin jagung kukus. Oven dekat rumah da 3 tahun rosak. jadi makanan yang perlu bakar tak dapat dibuat. Terpaksalah cari resipi yang dimasak tanpa perlu membakar. Rindu sangat nak buat kuih, kek dan biskut tapi tak ada oven, nak buat macam mana kan..

        Bagusnya kalau ada orang nak hadiahkan oven.. Hehehe.. Yang kecik pun tak apa. Bukan tak mampu nak beli sendiri tapi... buat masa sekarang duit banyak nak pakai untuk perkara yang lebih penting. Antaranya, nak renew road tax. Tak sampai seminggu lagi nak tamat tempoh. Hmmm (-_-)... Sabar jela.. Ada rezeki nanti, insya-Allah akan dibeli juga...

       Tanpa buang masa lagi, mari kita buat MUFIN JAGUNG KUKUS.


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt garam
Bahan B
1 cawan jagung krim (yang dalam tin @ kisar sendiri)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir (kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur

Kaedah Membuat:
  1. Ayak bahan A dan gaul garam.
  2. Masukkan bahan B ke dalam campuran tadi dan gaul sebati.
  3. Masukkan adunan ke ke dalam kertas acuan yang sudah dialas dengan acuan pengukus atau pun nestin (tak pasti ejaannya betul ke tak tapi bunyinya macam tu la).
  4. Panaskan pengukus (sebelum buat bancuhan adunan da boleh panaskan dengan api kecil untuk jimatkan masa).
  5. Kukus adunan selama 25 hingga 30 minit dengan api besar.
  6. Sudah masak boleh dihidang (cara nak tahu dah masak ke belum boleh cucuk mufin dengan lidi sate, kalau ada yang melekat pada lidi dan cair masih belum masak la tu..)

       Tak ada gambar nak tunjuk sebab belum buat lagi.. Hehe.. Balik kerja nanti nak beli bahan-bahan nak buat mufin nie. Bila da buat dan jadi boleh la kongsikan gambar hasilnya ye..


p/s: resipi nie dapat dari buku "1 Hari 1 Resipi" banyak resipi siap gambar lagi. Memang best. Bolehlah dapatkan di POPULAR seluruh Malaysia. (^_^) promote nie..

Sunday 15 July 2012

Gambar Kuih Cucur Badak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

     Akhirnya Ila berjaya buat semula kuih cucur badak yang cantik dan molek. Semalam Ila beli bahan-bahan untuk buat kuih nie lepas balik kerja. Tak mahu tangguh-tangguh lagi. Hehe... Marilah tengok gambar-gambar dibawah...

Masa nie doh da siap. Uli bentuk silinder dan potong sama besar.
Sudah siap potong. lebih kurang sama besar.
Doh yang sudah siap dibentuk dan diletakkan inti.
Masa menggoreng. Masa nie sangat teruja (excited) nak tunggu masak dan rasa hasilnya.


p/s: hasilnya sangat memuaskan. Pastikan kawan-kawan ikut sukatan yang betul. Kalau tak ada tepung ubi pun boleh tapi kene lebihkan tepung gandum la ye..

Tuesday 10 July 2012

RESIPI: KUIH CUCUR BADAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

       Entah kenapa, sejak dua menjak nie Ila sukan sangat buat kuih. Hehe.. Hari nie (Khamis, 4 Julai 2012) Ila buat kuih Cucur Badak. Macam biasa, tak perlu nak cerita panjang-panjang, kite terus je ke resipi kuih cucur badak dan cara membuatnya...

       Selamat mencuba kepada semua.

BAHAN:
Doh:
50g tepung gandum
50g tepung ubi
1 biji ubi keledek sederhana besar
½ camt. Garam halus
Minyak masak untuk menggoreng

Inti:
30g udang kering rendam, toskan & tumbuk halus
25g kelapa parut
3 ulas bawang merah (dihiris
½ biji cili merah             halus)
½ camt. Garam
1 hiris halia
4 biji cili kering   digoreng tanpa     (Bahan A)
minyak dan ditumbuk halus
½ camt. Jintan manis
1 camb. Gula halus
1 camb. Minyak
½ camt serbuk kunyit


Cara Membuatnya:
Inti
1.       Panaskan minyak dan goring bahan A sehingga wangi.
2.       Masukkan udang kering, kelapa parut, cili merah dan bawang. Kacau sebati.
3.       Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.
4.       Goreng hingga kering dan keluarkan. Biarkan sejuk.
Doh
1.       Buang kulit ubi keledek yang telah direbus dan dilecek.
2.       Masukkan tepung dan uli sehingga doh menjadi kental.
3.       Canai doh dan bentukkan seperti sosej. Kemudian potong 8 hingga 10 bahagian yang sama besar. (Ikut kesukaan anda, kalau suka kecil bahagi lebih banyak lagi.)
Cucur Badak
1.       Canai doh yang telah dipotong sehingga bulat dan isikan inti tadi.
2.       Tutup dan bentukkan kuih.(nak buat bentuk selain bulat pun boleh. Yang penting inti tidak terkeluar).
3.       Panaskan minyak dan goring kuih sehingga kuning dan toskan.
4.       Hidangkan kuih berinti pedas pada pinggan berbentuk bujur.


SELAMAT MENCUBA!!!

ila <(^_^)>

p/s:  tak dapat sertakan gambar sebab kuih ini tak berapa menjadi bentuknya. next time ila akan upload gambar kuih yang da jadi dengan jayanya..

Monday 9 July 2012

Suatu Hari



suatu hari:
aku dikejar oleh seekor singa yang sangat garang.
aku berlari dan masuk ke dalam lubang untuk menyelamatkan diri.
di dalam lubang aku bergayut pada akar kayu...
aku lihat di dasar lubang itu terdapat banyak ular dan kala jengking yang sangat besar dan menakutkan....
pada waktu yang sama, di akar kayu tempat aku bergayut itu sedang dimamah oleh 2 ekor tikus, seekor tikus hitam dan seekor tikus putih.
aku mendongak kembali ke atas dan melihat singa tadi yang hendak mencapai tubuhku dengan kakinya untuk membaham aku...
di dinding lubang bahagian atas terdapat sarang lebah yang sangat banyak madunya...
madu lebah itu menitik dan masuk ke dalam mulutku...
aku terpukau dengan keenakkan madu tersebut sehingga lupa segala masalah yang aku hadapi tadi....
singa, ular, jengking dan akar kayu yang sedang dimamah oleh dua ekor tikus dimana tempat aku bergayut itu...
 
TAMSILAN
singa - malaikat izrailsentiasa mengejar utk meragut nyawa ku
ular/jengking - azab kubur yg sedang menanti ku
tikus hitam/putih - siang dan malam berganti memamah usia ku
madu lebah - nikmat dunia...
 
HIDUP INI SANGAT GENTING.....
dan kita selalu alpa dan leka dengan keindahan serta keseronokkan dunia semata-mata.
sumber: dia yang bagi ku suatu anugerah dari-Nya yang Maha Esa.

Tuesday 3 July 2012

Mari buat KUIH KETAYAP!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

       Hari nie, Ila nak cerita pasal buat kuih ketayap. Al-maklumlah baru lepas buat minggu lepas. Jadi gunakan info yang diperolehi untuk post kali ini.

       Kuih ketayap sebenarnya kita boleh kategorikan sebagai kuih dolu-dolu... Orang sekarang jarang da suka kuih nie. Antara sebabnya, kuih nie manis lagi pun sekarang da macam-macam kuih ada jual. Kuih-kuih dari negara luar pun ada. Inti dalam dari kelapa parut yang dicampur gula melaka tapi ada la dia punya sukatan. Bukan sesuka hati je campur.

       Bila Ila fikir balik, sayang kalau kuih tempatan kita tak kenal atau tak tahu cara nak buat. Itulah warisan yang kita ada. Jadi tanpa buang masa, jom buat KUIH KETAYAP atau nama lain dia KUIH DADAR.


RESIPI KUIH KETAYAP
Bahan:

120 gm           tepung gamdum
1 biji               telur
1 cams            air pandan pekat
250 ml            air sejuk
¼ camt           garam
Secukupnya    pewarna hijau
Inti :

¼ biji           kelapa parut
½ keping    gula Melaka
1 camb       gula pasir
2 camb       air sejuk
½ camt       tepung kanji
1 cams       air                     
¼ camt       garam
2 helai        daun pandan
1 camb       minyak


 Cara membuat:
  1. Ayak tepung gandum yang telah dicampur dengan garam ke dalam mangkuk. Buat lubang di tengah tepung dan masukkan telur dan setengah air sejuk. Kacau sehingga sebati.
  2. Pukul adunan lebih kurang 10minit, campurkan baki air dan kacau lagi.
  3. Tambahkan air pandan pekat dan pewarna sehingga mendapat kepekatan warna yang disukai (jangan terlalu pekat atau pucat ye..). Kacau hingga sebati.
Inti:
  1. Cairkan gula melaka dan gula pasir ke dalam air. Tambahkan kelapa parut, garam dan daun pandan yang disimpul. Panaskan beberapa minit. (Jangan sampai hangus pulak..)
  2. Apabila adunan hampir kering campurkan tepung kanji, air dan garam yang telah dibancuh terlebih dahulu. Kacau rata.
  3. Angkat dan sejukkan.
Menyediakan Kuih:
  1. Panaskan kuali dan lenserkan minyak dengan daun pandan yang disimpul.
  2. Tuangkan bancuhan tepung dan leperkan untuk menghasilkan lempeng (pancake) yang nipis. biarkan masak di sebelah bawah.
  3. Angkat lempeng dan letak atas papan canai (dalam pinggan leper pun boleh).
  4. Letakkan inti mengikut kesukaan anda (jangan terlalu banyak atau sikit ye..) dan gulung dengan kemas
  5. Ulang langkah di atas sehingga bancuhan tepung habis.
Inilah rupa kuih ketayap yang da siap. (^_^)

          Gambar di atas hasil kuih ketayap yang da siap. Dari kuantiti bahan yang dinyatakan, kita boleh dapat lebih kurang 10 biji kuih ni (kuih nie biji ke batang ye penjodoh bilangannya? hehehe). Tapi mase nie inti dia masih ada lebih banyak lagi. Jadi, kawan-kawan yang nak cuba boleh tambah kuantiti untuk bancuhan tepung.

        
SELAMAT MENCUBA!!!


p/s: Nie sebenarnya 1st time Ila buat kuih ketayap tapi syukur menjadi. Yang penting dalam buat kuih
       nie mesti ikut sukatan bahan. (^_^)>


bakal tauke kuih, amin...
     Ila \(^_^)/

RESIPI: KUIH DORAYAKI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

            Semoga kawan-kawan semua dirahmati dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Hari nie Ila nak kongsi resipi kuih Dorayaki pulak. Ala... kuih kegemaran Doremon tu... Hehehe... Teringat pulak cerita kartun zaman kecik-kecik sampailah sekarang, masih lagi disiarkan di kaca televisyen.

            Kali nie, Ila tak nak tulis post panjang-panjang. Kite terus je ke resipi untuk membuat kuih dorayaki. (Tak tahulah ejaan kuih nie betul ke tidak. Kalau salah harap boleh tolong betulkan, TQ).


BAHAN:
1 cawan        tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
½ cawan        gula halus
½ camt         baking soda
3 camb         air
2 biji           telur
1 camb         madu
½ camb         minyak masak
Secukupnya  kacang merah manis hancur (boleh ganti dengan coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)

KAEDAH:


Macam nie la rupa adunan atau bahasa dapurnya 'bater'dorayaki.
1.     Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2.    Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati.
3.    Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4.    Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.    Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6.    Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).
7.    Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8.    Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain. 
9.    DA BOLEH MAKAN!!!! (^_^)/

Da siap!!!

            Lupa pulak, madu boleh campur dalam adunan sebelum direhatkan atau boleh digunakan untuk makan sebagai pencicah tapi kalau taknak pun tak apa sebab kuih nie da manis. Kepada sesiapa yang tak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula.


p/s: kalau nak cepat, pukul je pakai mixer. pastu da tak payah da nak rehatkan adunan tu. hahaha


salam dari dapur,
    Ila (^_^)

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...