Friday 7 September 2012

REZEKI BUKAN HANYA PADA KEBENDAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah syukur kepada-Nya.

Segalanya berjalan dengan baik walaupun terdapat sedikit sebanyak kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Lumrah biasa bagi kita insan biasa yang hanya bisa merancang tetapi Dia yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.


Kini telah seminggu usia pernikahan ini.

Tangan lelaki yang kini menjadi suamiku dan juga tangan ayah semasa akad nikah.

Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang Kau kurniakan ini. Kini aku semakin percaya bahawa Allah sentiasa menyayangi lagi mengasihi hamba-hambaNya dan benarlah bahawa pernikahan membawa rezeki kepada individu yang terlibat (pasangan suami isteri).


Rezeki yang diterima bukanlah dalam bentuk kebendaan dan wang ringgit tetapi....

Rezeki ketenangan hati...

Rezeki ketenangan hati yang amat bernilai. Walaupun tidak dapat dilihat ataupun dirasa dengan tangan tapi amat membahagiakan diri. Walaupun diri letih menghadapi hari-hari mendatang.

Aku yakin bahawa rezeki yang aku terima adalah ketenangan hati kerana... ketika majlis tidak ramai rakan taulan yang dapat hadir kerana pelbagai urusan. Jemputan yang hadir juga tidak ramai sepertinya dijangka kerana banyak kad jemputan yang tidak dapat diedarkan atas pelbagai sebab. Emak juga dalam keadaan tidak sihat ketika majlis berlangsung. Hampir aku menitiskan air mata melihat keadaan emak ketika itu.

Tapi... Alhamdulillah

Tidak banyak makanan yang terbuang dan banyak benda yang tidak membazir.
Malah yang paling penting hati ini berasa sangat tenang lebih-lebih lagi ketika solat secara berjemaah dengan dia. Terasa kasih-sayang Allah begitu mendalam kepada diri yang serba kekurangan ini. Dikurniakan seorang suami yang lancar mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan membaca doa serta mempunyai pengetahuan agama.


aku menadah tangan kepada-Mu tanda kesyukuran atas nikmat yang telah Engkau begikan Ya Allah.



Mungkin inilah takdir yang telah diaturkan. Aku pasti apa yang berlaku adalah ketentuaanNya yang terbaik walaupun dia bukanlah pilihan hati.



KEPADA DIA YANG MASIH DIINGATI...
Terima kasih kerana membimbing diri ini menjadi seorang yang boleh bertoleransi, bersabar dan belajar memahami kehendak serta perasaan insan lain. Maafkan diriku kerana tidak mampu tetap memilih diri kamu.

Kepada kamu yang aku hormati. Maafkan diri ini.

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...