Wednesday 31 October 2012

Kahwin, seronok ke?

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
       Bila baca tajuk entry kali ini jangan salah paham pulak. Bukan merasakan perkahwinan yang telah dibina ini tidak membahagiakan cuma tidak menyangka pelbagai perkara baru akan kita rasai bila sudah berumah tangga. Tapi tak tahulah kalau pihak lelaki tidak merasa apa yang isterinya rasa.
 
      Entry ini sekadar untuk berkongsi pengalaman supaya rakan-rakan yang lain lebih bersedia menghadapi alam perkahwinan. Semoga menjadi panduan dan persediaan dari segi mental dan fizikal untuk mengukuhkan lagi ikatan yang dibina dengan penuh keceriaan.
 
Apa yang diri ini rasa lepas kahwin...
 
     Firstly, kahwin ini memang seronok macam yang orang-orang yang dah laluinya cakap. Apatah lagi, tuan punya blog nie kahwin tanpa bercinta. Jadi, time nie la masanya untuk bercinta dan kenal-mengenali antara satu sama lain. Memang indah dan lagi best sebab tak ada apa yang boleh halang sebab da kahwin secara yang sah. Pendek kata nak buat apa pun tak takut. Nak jalan-jalan pegang tangan, balik lambat malam-malam dan nak pergi dating mana-mana tak perlu minta kebenaran sesiapa. Mak ayah pun tak bising.

Ku berdoa agar ikatan ini tetap utuh hingga ke syurga, amin...

 
     Tapi bila berkahwin, banyak benda yang kita perlu korbankan. Biasanya dan da jadi adat perempuan aka isteri akan ikut suami. Macam-macam kene ikut. Kehendak suami adalah keutamaan selagi tak melanggar hukum syarak. Jadi, isteri perlu banyak bersabar dengan semua tu. Mungkin sebab tulah ramai kakak-kakak kat tempat kerja nie bagi pesanan masa nak kahwin ari tu banyak-banyakkan berSABAR. Masa baru tunang dulu pun makcik encik tunang (sekarang da jadi suami) pun ada pesan perkara yang sama.
 
     Masa tu memang tak faham apa-apa & cuma anggap itu pesanan untuk hadapi dugaan masa bertunang tapi sampai dah nak kahwin rasanya tak adalah dugaan yang teruk sangat cuma sekali je sebab berselisih pendapat. Itu pun  sekejap je sebab masih baru mula mengenali diri masing-masing.
 
     Bila da 2 bulan lebih berumah tangga nie baru benar-benar faham apa maksud SABAR yang sebenar. Itulah lumrah hidup. Perubahan yang terasa besar sekali sebab sebelum ni apa-apa keputusan buat sendiri cuma minta pendapat mak dan ayah. Memang perlu kesabaran yang tinggi untuk menerima keputusan orang lain buat untuk kita. Lebih-lebih lagi keputusan itu agak membebankan diri...

      Pendek kata perkataan SABAR tu besar pengertiannya dalam sebuah perkahwinan. Bila rasa sabar kurang atau hilang mungkin itulah salah satu punca masalah rumah tangga terjadi dan akhirnya berlaku perceraian yang merupakan perkara yang tidak disukai Allah tapi dihalalkan.

     Apa-apa pun SABAR.... SABAR... SABAR....


p/s: semoga encik suami terus sabar mendidik diri ini dan diri ini sabar melayan kehendak encik suami. amin...

Monday 15 October 2012

Bunga Tangan @ Hand Flowers

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 

 
 
     I like this hand flower very much because of its colour. Bright yellow and unique flower type for hand flower in my country. Sunflowers with little purple flower and grass flower that i don't know what its name.
 
      Most of bride like to choose roses for their hand bouquet but for me, i want to try something different for my big day. Actually, i can choose birght yellow roses but this seems to usual in wedding day to used roses. That's why i choose sunflower. Sunflower is a unique flower.
 

for me its nice when the color is contra with my dress 
 
 



Wednesday 3 October 2012

tak ikhlas...

salam...

      bila suatu permulaan berjalan bukan dengan hati yang rela dan ikhlas, memang susah nak yakin dan kuatkan hati untuk terus jalankan kerja dengan baik dan disiplin.

      berpindah di sini memang bukanlah yang diimpikan. hanya menambahkan beban walaupun suasana untuk bekerja dengan klien lebih baik kerana mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk masuk ke sini tapi suasana bekerja dan suasana semasa bekerja bersama rakan sekerja amat-amat menyedihkan.

      teringat kembali sewaktu pertama kali berpindah ke sini. tiada siapa peduli kehadiran kamu. stress yang teramat sangat dan letih. perjalankan ke tempat kerja mengambil masa lebih 45 minit ketika pulang pula mengambil masa kira-kira 1 jam kerana keletihan dan tidak dapat memandu laju. bertambah tertekan apabila tiada rakan sekerja untuk dijadikan tempat mengadu dan yang memahami situasi.

       tiada apa pun yang dapat mengubat hati dan fikiran ini selain klien yang memberikan sepenuh perhatian mereka semasa diri ini berkerja. Tuhan saja tahu hati dan perasaan ini.

akibatnya,

      segala kerja tidak dapat dilakukan dengan baik. diri jadi malas ditambah lagi dengan tubuh yang sangat letih dan kurang sihat. tumpuan untuk melakukan kerja dan semangat bekerja semakin terhakis dari hari ke sehari. majikan pula bukan jenis yang mesra dan seorang yang 'melabel pekerjanya'. bila label di dahi anda sudah 'tercalar' faham-faham sahajalah...

      moga permohonan pindah diluluskan segera tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun ini. sudah tidak tahan hati ini.

      buat masa ini, apa yang dapat dilakukan ialah senyumkan wajah tapi dalam hati menangis semahu-mahunya.

      aduhai... tabahlah hati. memang diri ini tahu bahawa diri ini tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan tetapi boleh tak kamu wahai majikan berlembut sedikit dengan para pekerja kamu. kami bekerja untuk kamu dan nama kamu sudah dipandang tinggi. kamu juga sudah mendapat gelaran dan pangkat yang diidamkan orang lain yang sejawatan dengan kamu. tolonglah bertimbang rasa... hari-hari cuti kami terpaksa korbankan bagi menghadiri program-program yang kamu arahkan untuk dijalankan.

      masa bersama keluarga kami tinggal entah berapa ketika sahaja dan jika bersama keluarga, tubuh badan ini sudah letih. apa yang mampu kami lakukan ketika itu?

      tolonglah fahami kami, kerana kemampuan setiap insan itu berbeza. mungkin ada diantara kami yang dapat menjalankan tugas dengan baik tapi harus dilihat kehidupan lainnya. kedudukan tempat tinggalnya, urusan keluarganya dan lain-lain lagi.

      inilah luahan hatiku yang amat sedih dan tubuh yang semakin kurang sihat menambahkan rasa sedih di hati.

sekian...

Monday 1 October 2012

Rezeki Allah Tidak Pernah Berhenti Untuk Makhluk-Nya

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
 
       Alhamdulillah syukur kepada-Nya yang tidak henti-henti memberikan rezeki yang tidak putus kepada hamba-Nya yang lemah ini. Semoga dengan rezeki yang diberikan ini menjadikan diriku seorang makhkluk yang sentiasa mentaati-Nya, mensyukuri segala nikmat pemberian-Nya dan redha dengan ketentuan-Nya.

Baca arahan dulu.....

      Tidak pernah menyangka bahawa rezeki ini diberikan dalam masa yang begitu cepat sekali. Sehari setelah mengetahuinya, diri ini termenung, kelu lidah untuk berkata-kata. Ada rasa tidak percaya. Tapi anugerah ini aku diterima dengan penuh kesyukuran walaupun masih diperingkat awal. Moga inilah pengikat kasih-sayang antara kami.
 
its positive, i'm pregnant
syukur... sudah 6 minggu. moga selamat sehingga ke akhirnya. amin...
 
     Ku syukuri anugerah-Mu ini Ya Allah.

BELANJA KAHWIN SEPTEMBER 2012

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Da lama nak tulis post nie tapi tak punya kesempatan. Mungkin Allah belum izinkan tapi hari ini dengan izin-Nya dapat juga menulis kembali. Semoga post ini dapat disiapkan dan dipostkan pada hari ini juga.

      OK... Tajuk post nie 100% adalah berdasarkan pengalaman sebenar buat majlis walimatul urus pada awal bulan September hari itu. Selepas sebulan dan selepas majlis bertandang berlangsung baru punya masa untuk menaip.

      Moga pengalaman ini menjadi panduan dan sebagai persediaan kepada kawan-kawan yang sedang merancang untuk mendirikan masjid. Kepada kawan-kawan yang masih belum ada perancangan ke arah itu atau pun masih belum punya pasangan yang sesuai boleh saja buat persiapan awal. Siapa tahu ketentuan Allah swt. Jika mahu dilangsungkan awal, perbelanjaan dan persediaannya sudah ada dan tidaklah stress untuk membuat persiapan.

      Perbelanjaan berikut sebenarnya untuk majlis yang dijalankan secara sederhana dan diadakan di kawasan kampung yang masih amalkan rewang (gotong-royong untuk memasak). Jadi jika ada dikalang kawan-kawan yang ingin mengadakan majlis gilang gemilang perlulah gandakan bujet kawan-kawan.
 
 
Jumlah Besar = RM 12 845 
 
      Macam tulah perbelanjaan yang telah dibuat semasa menjalankan majlis yang lepas. Tapi sebenarnya lebih lagi sebab banyak lagi perkara yang kecil-kecil tak diambil kira dan....  perbelanjaan di atas adalah perbelanjaan untuk persiapan pengantin perempuan sahaja dan ini bukanlah perbelanjaan untuk keseluruhan majlis.
      Jadi, kepada kawaqn-kawan yang telah bercita-cita hendak melangsungkan perkahwinan silalah menabung sebanyak-banyaknya. Sebab kadang-kala kita akan alami beberapa perkara yang kita tak jangka. Tapi bila da ada duit perkara tersebut tak lah membebankan sangat walaupun duit bukan segalanya tapi segalanya di dunia perlukan duit... Sekian...
 
p/s: untung jadi pengantin perempuan, sebab perbelanjaan boleh guna duit hantaran. Jadi taklah terbeban sangat. kepada yang lelaki jangan asyik nak enjoy abiskan duit je mase bujang nanti tiba-tiba nak kahwin tak ada duit kan susah.... dan tolonglah kalau boleh jangan harapkan mak ayah yang sediakan segalanya dan anda hanya sediakan duit hantaran sahaja. hal lain anda tak ambil peduli...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...