Monday 14 January 2013

Semua Pemberian-Mu Adalah yang TERBAIK

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Segala pujian buat-Mu, Ya Allah. Aku berasa sangat bersyukur dengan segala pemberian-Mu kepada ku, hamba-Mu ini. Aku yakin dan pasti segala yang aku miliki kini adalah pemberian-Mu yang terbaik buat diriku. Semakin banyak perkara aku sedar, aku rasai dan aku kagumi. Pemberian-Mu pasti ada hikmahnya.

Pertama sekali aku amat mensyukuri kehidupan yang aku rasai sekarang. Walaupun tidak sentiasa manis namun memberi ketenangan.

      Rasa bahagia mempunyai teman hidup, seorang suami yang agak cerewet tetapi sentiasa membantu, memberi nasihat, sokongan dan pujian. Dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang perkataan negatif yang boleh melemahkan semangat diri ini. Dia sentiasa membantu. Mengemas rumah, mencuci pakaian malahan memasak. Rasanya dia tidak pernah merungut jika melakukan suatu pekerjaan itu walaupun dirinya sendiri dalam keletihan.
Katanya ketika ini "Awak duduk rehat tengok je ye. Hari ini biar saya yang masak."


    Aku suka benar melihat wajah encik suami ketika dia sedang tidur. Wajah paling asli manusia tanpa sebarang perasaan. Ketika itu, aku amat merasakan bahawa Allah sangat menyayangi aku dengan memberikan jodoh ini. Walaupun dia tidak sekacak pelakon ataupun penyanyi pujaan ramai... tapi dia punya banyak keistimewaan.. Alangkah bertuahnya diri aku.

    Terima kasih Ya Allah. Aku syukuri segala nikmat pemberian-Mu dengan redha. Ampuni segala perbuatan, percakapan dan segala nyang terniat dihati. Kerana aku makhluk-Mu yang baru belajar mengenal dan mencintai-Mu.

Inilah lauk masakkan encik suami. Ikan stim. Walaupun over cooked tapi sedap... :)
Semoaga sepanjang perjalanan hidupku ini sentiasa mendapat keredhaan-Mu, Ya Allah. Amin...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...