Thursday 28 November 2013

HADIAH HARI LAHIR....

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Hari ini genap... (er... genap ke genab ye ejaannya???? (*_*)>? hahaha... kawan-kawan semua pilih ejaan yang betul sahaja je.. Serius, Ai tak ingat yang mana satu ejaan yang betul.)

     Sambung ayat yang kedua tu... Hari ini genap umur Ai yang ke 26. tak perlu berahsia kerana umur hanya angka. Angka tak melambangkan apa-apa pada usia. Yela.. Adakalanya dewasa bukan kerana usia, mati juga bukan kerana usia dan angka. Betul tak?

     Hadiah terbaik pada hari lahir kali ini ialah KESABARAN dan KETABAHAN yang diberikan oleh tuhan kepada hamba-Nya ini untuk kali ini.
 
     Nak tahu kenapa?

     Sebenarnya, suami da plan nak keluar. Da siap telefon pengasuh Husna untuk bagitau nak letak minta jaga Husna untuk satu hari dalam cuti sekolah ini. Yela nak ambik masa keluar berdua. Tapi Allah nak menguji hamba-Nya. Husna tak sihat. Risau sungguh hati ini.
 
     Tak nak makan dan minum.. Sampai badan dia letih & lemah sangat semalam. Sedih sangat bila tengok dia macam tu. Pastu buat hati lagi risau, susu badan pun dia tak nak. Tak pernah dia tak nak susu badan. Bila beri je dia nangis kuat-kuat pastu muntah semua yang masuk. Memang risau sangat2.

     Pendekkan cerita bagi pagi tadi ok cikit. Cuma demam... tapi demam dia kali ini lain cikit. Tu yang rasa risau sangat. Muungkin demam sebab nak membesar. Jadi, satu hari ini tak ke mana-mana. Duduk di rumah buat apa yang patut dan jaga Husna.
 
     SELAMAT HARI LAHIR AI aka UMI HUSNA...
 
     Didoakan supaya Ai menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintah-Nya dan menjadi anak, isteri dan umi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin... 

Tuesday 19 November 2013

BUMBO SEAT Untuk Husna Umi

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Kepala & tengkuk da sakit sangat sekarang nie sebab asyik buat kerja dari tadi pagi sampailah sekarang. Tak berhenti lagi tau... (Ade jugak berhenti makan sebab da lapor sangat tadi.. Yela.. Kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi guna banyak tenaga ok.) Ambik masa sikit untuki update pasal Bumbo Seat sambil-sambil mengurangkan stres kerja.

     Pernah dengar tak pasal Bumbo Seat nie? Ai pun dengar pasal kerusi untuk bayi nie dari akak Ai sendiri. Dia tak beli tapi dia pinjam dari kawan. Dia nak beli pun macam membazir sebab perancangannya anak dia yang ke-4 nie anak yang last. Ai pulak beli sebab baru sorang jadi boleh simpan sampai anak ke-6 yang last nanti. Insya-Allah.. (Haha... ramai tak 6 orang anak untuk zaman sekarang? Tinggi betul cita-cita Ai kan..)
 
Inilah Bumbo Seat nyer... Comel kan..



     Apa kegunaan Bunbo Seat nie?

     Bumbo Seat nie antara kegunaannya ialah untuk melatih baby duduk (skema pulak ayat nie.. hihi). 4,5 bulan Husna da guna tapi dudukkan dia dalam tu kejap-kejap je. Risau pinggang dia tak cukup kuat. Kerusi nie lembut sangat. Memang selesa la.. kalau ada untuk orang dewasa aka orang tua, memang Ai da beli da untuk diri sendiri.

Bumbo Seat nie kecik je sebenarnya.

     Masa mula-mula nak ajar Husna duduk, baru 5 minit masukkan dia, dia nangis da.. Mungkin mase tu dia kecik sangat lagi. Tapi sekarang da ok. Bila dia duduk senang nak bagi makan. Yela sekarang Husna da 6 bulan. Kejap je masa berlalu... Husna da 6 bulan da..

     Bumbo Seat nie ada tray untuk makan macam dalam gambar yang atas sekali tu. Yang warna biru. Ai beli Bumbo Seat nie online je.. Mase tu tengah banyak sangat kerja. Tak sempat nak keluar dan Ai dapat info Bumbo Seat nie ada kat Fabulous Mom, dan cawangan Fabulous Mom yang paling dekat dengan rumah Ai ialah di JB.. Memang tak la nak pergi sana semata-mata untuk beli sebuah kerusi comel nie. So... jalan yang paling mudah ialah secara online walaupun kene bayar cikit kos penghantaran. Tapi tak la mahal mana nak dibandingkan dengan kos minyak pergi n balik.

     Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak beli Bumbo Seat nie boleh la g terus dekat kedai Fabulous Mom atau online dengan tekan alamat nie... www.fabulousmom.com tapi kalau ada siapa-siapa tahu dekat tempat lain yang ada jual kerusi comel nie boleh la share. Sharing is caring.... (^_^)/



p/s: gambar Husna duduk kat Bumbo Seat nie tak sempat nak transfer ke netbook. Next time Ai upload kan ye..

Tuesday 12 November 2013

Cuti Sekolah Hampir TIBA!!!

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



     Kalau baca tajuk kat atas tu bunyinya macam da tak sabar sangat nak cuti sekolah... Sapa yang tak gembira kalau da penat bekerja dapat cuti untuk hilangkan stres. Yang lagi best ialah... walaupun bercuti, gaji tetap jalan. Itulah untungnya bekerja dengan pentadbir negara. Jadi, kawan-kawan semua faham-faham lah ye Ai kerja apa.

TAPI...

     Masalahnya ialah Ai tak rasa langsung nak cuti. Kalau dikira cuti sekolah mula hari Sabtu nie, 16 November. Tinggal 3 hari je.. Kejap sangat. Tapi tak rasa langsung nak cuti sebab... Makin nak cuti makin banyak kerja yang diberi dan perlu disiapkan sebelum cuti.. Kalau cuti dengan kerja yang tak siap mesti rasa tak senang hidup dan tak akan dapat punya berehat dengan tenang.

APATAH LAGI....

     Bos da pesan awal-awal pada semua pekerja... Minggu pertama cuti adalah minggu menyiapkan segala kerja. Kalau tak, tak akan bercuti la semua... Hmmm pening bila difikirkan.
Semua kerja yang datang kerja baru pulak tu. Yang tak pernah dibuat sebelum nie. Nak tanya orang lain pun, orang lain tak dapat nak terangkan sebab masing-masing pening.

APA NAK DIKATA...

Selagi belum habis masa... KERJA! KERJA! KERJA! la ye... Moga rezeki yang diterima berkat. Amin...

Wednesday 6 November 2013

Mencuba nasib dengan JDR (Job Di Rumah)

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Da masuk bulan yang ke-11 hari yang ke-6 bagi tahun 2013.. hahaha. Saje nak panjangkan post nie. Hari nie, hari pertama Periksa SPM.. Semoga berjaya kepada semua yang mendudukinya.. Ai da ambik periksa nie 9 tahun yang lepas. Kita berbalik semula pada tajuk kat atas la ye.. Kalau nak cerita masa Ai ambik SPM panjang berjela-jela pulak topik yang topik ada kena-mengena dengan tajuk kat atas tu.

     ''JDR'' atau ''Job Di Rumah''. Laman yang Ai baru jumpa dalam 2,3 minggu lepas. Ai baru apply 2 hari yang lepas dan permohonan masih dalam proses. Jadi, Ai ambik masa jugak sebelum apply kerja sambilan nie sebab ada bayaran yang dikenakan untuk panduan yang diberikan.

      Ai tak dapat nak cerita panjang lebar sebab permohonan masih belum selesai.. Apa-apa pun kalau berjaya dan ada hasilnya, pasti Ai akan update kan untuk pengetahuan kawan-kawan. Yela perkara baik mesti dikongsi bersama.

     Sampai sini dulu.. Setelah step seterusnya berjaya, Ai akan update kan untuk rakan-rakan mencuba ye.

Inilah la laman webnyer.. boleh la jenguk-jenguk ye...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...