Thursday 16 January 2014

Akan Ku Simpan Dalam Kenangan

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Entry kali ini Ila tujukan khas buat dua orang sahabat yang akan sentiasa Ila kenangan kehadirannya dalam hidup Ila walaupun sementara. Yang pasti mereka berdua tidak akan dapat membaca entry Ila ni.

     Tahun lepas, Ila tak ingat tarikhnya.. Yang pasti waktu tu hari raya Aidilfitri, bulan 7 2013. Ila kehilangan seorang teman yang dikenali ketika pertama kali ditempatkan untuk bekerja. Kehilangannya sungguh tidak disangka. Dia menghidap penyakit kencing manis mengikut maklumat keluarga terdekatnya. Siapa sangka.. dia seorang yang sangat berahsia. Sehingga teman rapatnya sendiri tak tahu dia ada sakit itu. Orangnya sentiasa ceria dan ramah. Mesra bersama rakan-rakan sekerja. Namanya Noor Hidayah binti Md Saad. Dia seorang ustazah. Kehadiran kak dayah akan sentiasa Ila kenang. Budi baik yang disemai akan sentiasa subur dalam ingatan.



     Insan kedua yang istimewa ialah Adam bin Wahid. Belum seminggu pun dia pergi. Ila kenal Adam masa sama-sama jaga periksa SPM 2011. Perkenalan yang singkat tapi menjadikan kami rapat sehingga Ila dapat berita dia pergi untuk selamanya. Dia disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lepas, 13 Januari 2014. Ila dapat berita masa di sekolah. Sedih sangat bila kenangkan dia pergi meninggalkan isteri dan seorang anak yang masih kecil, 8 bulan. Ila terbayang-bayang bagaimana sedihnya Ros (isterinya) dan anak yang akan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Semoga Ros tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Dia tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hamba-Nya.

     Mengenang Adam...
     Pada Ila, dia seorang yang sangat pandai dan dia memang pandai kerana keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Dia seorang yang tegas berbicara dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Banyak benda dan perkara Ila belajar dengan dia. Kehilangan dia sangat Ila rasai kerana dia seorang sahabat yang baik dan seorang sahabat dikala susah dan senang.

   Moga roh kalian, Noor Hidayah binti Md Saad dan Adam bin Wahid sentiasa dirahmati oleh-Nya. Tiada salah kamu berdua pada

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...