Saturday 29 March 2014

Melepaskan Gian Melukis

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


            Ila tak ingatlah Ila da pernah bagitau yang Ila nie ada banyak hobi ke tak. Kalau belum Ila bagitahu sekarang. Ila ada banyak hobi. Antaranya ialah melukis. Ila suka buat kraftangan antaranya melukis. Walaupun sebenarnya taklah terre sangat tapi kalau melukis tu Insya-Allah orang lain boleh faham apa yang Ila lukis. Tak pernah lagi lukis ayam jadi serigala.. Hihihi…


                Sejak Ila naik pangkat jadi pegawai pengurusan hal ehwal rumah tangga,  (hihi, tinggikan jawatan tu… biasanya perempuan yang pegang jawatan tu tapi ade kala lelaki pun ada cuma jumlahnya kurang berbanding perempuan) banyak perkara yang perlu kita ketepikan. Lebih-lebih lagi bila keluarga mula berkembang dan punya ramai ahli…


                Tak banyak Ila lukis, Cuma tiga lukisan. 2 gambar bunga 1 gambar corak abstrak. Ila lukis atas kain tau bukan atas kertas. Ila gunakan kain belacu. Sebenarnya, lukisan ini nak guna untuk dijadikan cover buku skrap mak mertua Ila. Tapi bila fikir-fikir balik, tak sesuai pulak. Yelah… Buku skrap pasal makanan dan masakkan tapi cover gambar bunga. Lari jauh dari tajuk pulak kan…

                Tengah memikirkan sama ada nak buat semula atau gunakan apa yang ada sahaja.

   Oklah sebelum isi entry kali nie lari jauh dari tajuk, meh Ila tunjukkan lukisan yang Ila buat.
BUNGA TULIP.
Ini lukisan pertama yang Ila lukis setelah sekian lama tak melukis dan mewarna.. Tak menjadi lukisan nie..
Oleh kerana rasa tak puas hati yang teramat sangat, Ila buat lukisan kedua yang kat bawah nie...
BUNGA TERATAI
Inilah lukisan yang kedua. Lukisan ini nak dijadikan cover buku skrap tapi tak sesuai rasanya sebab buku tu pasal resepi dan makanan. Kalau ada masa dan kesempatan memang Ila nak buat lagi sekali cover yang lebih sesuai dengan isi buku tu nanti.



Yang akhir sekali ni untuk kulit belakang buku skrap tu. Corak abstrak.


          Walaupun Ila hanya seorang pelukis amatur, Ila tak akan berhenti buat apa yang Ila suka sebab itulah salah satu cara untuk Ila kurangkan rasa tension. Mungkin pada sesetengah orang hasilnya taklah seberapa tapi Ila cukup puas dengan apa yang Ila dapat buat.

         Adakalanya kita perlu untuk tidak ambil peduli pendapat negatif orang lain.. Oklah.. bye... :-)

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...