Wednesday 30 April 2014

SEKEBUN BUNGA MAK YAH aka IBU MERTUAKU

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila tinggal di ruamah mak mertua. Untuk pengetahuan semua mak mertua Ila nie sangat aktif orangnya. Tak pandai duduk diam. Ada saja benda yang nak dibuat. Pendek kata sepanjang hari, masa dia akan terisi dengan baik.

     Sekarang nie mak tengah sakit tapi bukan la sakit teruk... Demam cuma belum baik walaupun da 4 hari. Kesian bila ditengokkan sebab lesu je mukanya. Yela.. orangnya biasa cergas ke sana ke mari, buat itu dan ini tapi cuma dapat baring dan duduk je sepanjang hari.. Kesian sangat. Tapi ada kala, mak nie tetapi keluar ke kedai naik moto walaupun badannya tak sihat sangat. Orang da biasa bergerak ke sana ke mari.. memang tak boleh kalau tak keluar sekejap.

     Semoga mak cepat sembuh dan dapat menunaikan ibadah umrah bulan depan. Semoga segalanya selamat dan mak sihat sentiasa. Amin...

     Ok berbalik semula kepada tajuk post kali ini... (Hihihi, Ila memang suka pegi jauh-jauh pastu pusing balik pada cite asal ye..) Kebun Bunga Mak Yah.. Mak mertua Ila memang suka tanam pokok bunga lebih-lebih lagi pokok yang mengeluarkan bunga (Ila cakap macam nie sebab mak Ila sendiri suka tanam pokok bunga yang tak mengeluarkan bunga. Hahaha.. pening tak bahasa Ila nie.. Tunggang langgang. Contoh pokok yang mak Ila suka tanam macam pokok keladi, maksudnya pokok yang kalau kita tengok bentuknya n daunnyer je da menarik.) dan pokok orkid yang sedang menjadi kegilaan mak sejak dua menjak nie.

    Sepatutnya istilah pokok bunga tu tukar kepada tanaman hiasan kan... Tak lah terbelit-belit nak cerita.

   Jom tengok gambar pokok-pokok Ibu Mertua ku....
Entah bunga apa namanya nie. Daun dia macam daun tapak itik. Memang cantik tapi sayangnya bunga dia tak tahan lama dan bunga dia bermusim.
PERIUK KERA.
Buat masa ni, inilah pokok yang menjadi kegilaan encik suami. Gambar ade satu je.. Sebenarnya pokok nie ada banyak. Saiz, bentuk dan warna periuknya pun lain-lain. Ada yang besar boleh buat ketupat periuk kera.
Orkid. Sebahagian daripada orkid yang mak mertua Ila tanam. Rasa pelik sebab masa ambik gambar banyak. Bila sampai masa nak guna tak ada pulak gambarnyer.. Huhuhu.. Tension.. Tension..
POKOK GANTUNG - satu pun, tak ade yang tahu namanya.. Hahaha

POKOK BONSAI KEMBOJA - beli masa pokok nie kecik sampai la da besar sikit. belum berbunga sebab rajin sangat membaja.. Haha

OK, cukup la tu.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat nak tunjukkan dan STRES sebab banyak gambar yang tak ade.. OK bye..

Wednesday 16 April 2014

Lama Tak Menge'post'



     Terasa lama sangat Ila tak menge'post' di blog nie. Hmmm.... Entah kenapa rasa kekurangan masa. Bila difikirkan tentang masa. Semua orang diberikan oleh-Nya masa yang sama dalam satu hari. 24 JAM. Rasanya tak ade yang dapat lebih atau kurang dari itu.

TAPI...

     Pernah tak kite terfikir kenapa ada orang dalam masa satu hari sempat buat banyak perkara dan dalam hari yang sama juga ada orang tak dapat buat apa-apa pun? Dan kita termasuk dalam kumpulan yang mana?

     Kumpulan yang dapat selesaikan banyak benda dalam satu hari atau yang sebaliknya?

     Agak-agaknya kenapa semua nie terjadi?

     Selain daripada cara kita menguruskan masa yang kite ada, Ila pasti semua ni, rancangan-Nya yang Maha Berkuasa. Dia lah yang menentukan segalanya untuk kita kerana Dia sebaik-baik perancang.

     Apa pun kita sebagai makhluk-Nya perlulah sentiasa berusaha untuk mengubah sesuatu menjadi baik tetapi jika perancangan kita. tak menjadi, itulah takdir yang telah ditentukan. Jadi kita sebaik-baiknya redha.

Post kali ini sebenarnya nak kongsikan gambar-gambar puteri kesayang Ila. Husna... 





     Hihihihi... Ada gambar berulang.. Terasa rindu sangat pada Husna. Umi rasa tak sabar nak jumpa Husna walaupun baru beberapa jam tak jumpa. Mungkin itulah naluri seorang ibu. Mungkin itu jugaklah yang mak Ila rasa bila anak-anaknya tak dapat balik kampung jenguk dia n ayah selalu. Mesti mak dan ayah rasa sunyi bila tak ada sapa-sapa yang dapat balik waktu hujung minggu... Hmmm... sedihnya.. Rasa rindu pada mak dan ayah pulak...

Sayang mereka selagi mereka masih ada di dunia....

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...