Monday 16 June 2014

Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli rumah ramai yang tak tahu macam mana prosedur nak memohon pinjaman kerajaan  nie kan... kecuali yang pernah urus sendiri or teman sedara-mara dia orang buat urusan.

     Post kali ini Ila cerita sikit tentang prosedur pinjaman perumahan kerajaan secara ringkas untuk beri gambaran pada sesiapa yang zero pasal hal nie.

(Ila ringkaskan dalam bentuk point yer..) yang nie bukan pasal proses nak buat pinjaman tapi proses yang IIa lalui untuk beli rumah. pasal pinjaman nanti Ila terangkan jugak.

  1. kenelah pilih rumah yang nak dibeli. bayar deposit yang pemaju minta.. biasanya kalau    kaki tangan kerajaan, pemaju jarang minta deposit besar (banyak) tapi ada jugak pemaju minta deposit 10% dari harga rumah.. so kepada sesiapa yang nak bel rumah kenelah bersedia... duit mesti ada.. harga rumah ikut kawasan ye.. pastikan kawan-kawan bayar deposit tu ada bukti pembayaran. ada pemaju tak dapat keluarkan resit pembayaran deposit tapi mesti ada dokumen lain yang sah.
  2. kemudian kene tunggu pemaju panggil untuk sain aggrement. mase sain aggrement ini biasanya pembeli takkan dapat apa2 dokumen lagi. sebab pemaju akan settlekan urusan penguam dan segalanya tentang dokumen. 
  3. da siap baru pemaju akan panggil semula pembeli rumah.. dan beri beberapa dokumen. antaranya dokumen perjanjian jual beli. pemaju akan beri 3 salinan, 1 original. yang original pembeli simpan. yang lagi dua guna untuk buat loan. dokumen perjanjian tu tak boleh fotostat sendiri sebab ada setem hasil dan tanda tanggan pengesahan peguam. jadi kalau kawan2 fotostat mcm tu je nanti tak laku untuk buat pinjaman.
  4. da dapat semua dokumen baru boleh apply pinjaman kerajaan nie.sebab banyak benda nak isi pada borang permohonan pinjaman nie ada pada dokumen perjanjian jual beli.

Cara/prosedur Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

  1. daftar nama pada laman web https://sppb.treasury.gov.my/v2/ (sekarang da tukar alamat baru https://sppb.lppsa.gov.my/v2/) - g dekat bahagian menu sebelah kanan ada tulis pendaftaran id baru. untuk id dia tanya kad pengenalan (IC), passwordnya kita tentukan sendiri.
  2. lepas tu kene isikan la segala borang-borang dia. tapi lebih baik kawan2 isi selepas dapat dokumen perjanjian daripada pemaju sebab ada makluman yang dia nak dari dokumen tu. 
  3. da isi semua borang dengan lengkap... kene print pulak dan tanda tangan di beberapa bahagian. jangan lupa minta tanda tangan ketua jabatan dan sahkan beberapa surat yang perlu difotostat antaranya surat pengesahan jawatan, surat pengesahan taraf berpencen, slip gaji untuk 3 bulan yang terkini dan macam-macam lagi.
  4. da siap semua tu, jangan lupa sertakan wang proses RM100 dalam bentuk draf bank atau cek atau boleh bayar secara online pada Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan.
  5. lepas tu hantar la segala dokumen pada bahagian pinjaman dan tunggu kelulusan pinjaman.
  6. untuk semak status pinjaman yang kita buat, kita kenalah rajin-rajin check laman web pinjaman perumahan nie. klik pada menu sebelah kiri "STATUS PINJAMAN".
  7. bila pinjaman diluluskan kita kene hantar surat setuju terima. surat tu da siap tinggal download je dari web. tinggal tanda tangan peminjam dan ketua jabatan peminjam. lepas tu hantar.. - ila baru buat sampai sini. kalau ada info penting lagi.. ila akan updatekan lagi untuk perkongsian bersama ye..
  8. nie paparanya selepas kita login dan ada id sendiri


macam nie lah contoh paparan kalau pinjaman kita da diluluskan. tapi kene download surat setuju terima yang dihighlight tu.

SEMOGA ISTANA YANG INGIN DIBINA BERJAYA DENGAN JAYANYA>>>> amin...

SILA KLIK LINK INI UNTUK 

sambungan .... Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"


Tidak Tertahan Lagi


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...
     Maafkan aku. Aku sudah tak tertahan lagi. Moga dapat dikurangkan tekanan ini dengan cara meluahkannya pada blog. Bukan nak bertujuan untuk mengganggu atau mengusik kehidupan sesiapa. Cuma untuk diri sendiri.

Rasanya aku tak pernah meluahkan apa-apa tentang dunia pekerjaan aku. Ini kali pertama...

Aku seorang pendidik.
Ye aku mengaku. Aku seorang guru.. Mungkin pendidik mungkin hanya seorang guru sekadar guru.
Maafkan aku kerana aku insan biasa. Ada kala kekuatan fikiran dan semangat untuk mendidik kalah dengan bebanan kerja yang bukan kerja hakiki seorang guru pada awalnya.

Maafkan aku..
Semakin hari, semakin dunia dihujung jari semakin mudah serba-serbi tetapi aku seorang guru semakin tidak punya waktu untuk diri, keluarga yang disayangi dan anak-anak didik yang dikasihi.
terlalu banyak sistem maya yang perlu cikgu laksanakan. terlalu banyak program yang wajib dijalankan. nampaknya macam mudah... dan ada suara-suara sumbang... "ala... baru cikit da bising.." "cikgu muda sekarang banyak merungut...."

memang aku guru muda. tiada senioriti.. tapi adakah kami tidak punya keluarga? masa untuk diri dan anak-anak?

"kau siapa sipolan... kau baru berapa hari dekat cini... kau siapa nak cadangan itu dan ini..."

kami yang kecil dan muda ini diajar untuk diam dan menurut perintah. sehingga kaki-kaki mereka yang senior pijak kepala lagi. beri kami tugas last minute. dengan alasan... muda lagi.. tak banyak tanggungan. dulu aku muda aku buat semua tak banyak cerita pon.

aku sendiri sampai tak tahu apa aku nak cakap.
banyak sangat. sakit kepala....

aku jadi cikgu hanya jasad seorang cikgu bukan lagi seorang pendidik.... mengajar dengan matlamat menghabiskan sukatan pelajaran... kerana aku tidak punya waktu untuk menyelami hati anak-anak didik aku, meneliti diri mereka, rapat dengan mereka dan bergaul mesra dengan mereka kerana kerja cikgu kini tidak fokus kepada pengajaran tapi 'mereka-mereka' mahu keputusan anak-anak murid cemerlang.

aku bukan insan sempurna tapi aku tidak mengalah, aku sentiasa mencuba yang terbaik tapi hasil yang aku dapat buat memerlukan masa. aku bukan orang yang bisa mengawal semuanya seperti sesetengah mereka yang bijak mengurus. manusia itu berbeza.aku tahu siapa diri aku.

maafkan aku....

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...