Sunday 28 September 2014

RESIPI: Menu Berdiet

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hai semua.. Lama rasanya tak update blog nie. Kali ni Ila nak update kan resipi simple je untuk sesiapa yang nak berdiet. TAPI Ila tak berdiet ye.. Ila tolong sediakan untuk orang yang berdiet dalam rumah nie je iaitu encik suami tercinta. Hihi...
Resipi asal pun dia yang ajarkan.. Senang sangat.. Tak perlu panaskan kuali atau periuk pun..

     Jadi jangan buang masa lagi..

Salad Sayangku
Bahan-bahan:
Timun Jepun, tomato, salad, lobak merah... (boleh tambah apa-apa sayur yang kawan-kawan suka ye, planta tu untuk cantikkan gambar je ye... haha)

Gaul semua sekali. Jangan lupa tambah mayonis, jus lemon, garam dan gula secukup rasa atau ikut cita rasa masing-masing...

Oleh kerana bukan Ila yang berdiet... Jadi Ila makan salad tu dengan nasi goreng... Haha.. Memang tak sesuai langsung untuk sesiapa yang berdiet.

OK.. itu je resipinyer... ringkas je kan...
Selamat mencuba..

Wednesday 3 September 2014

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Diam diam sudah sampai tarikh nie 31 Ogos.. Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-57. Pada tarikh tersebut jugalah Ila dan suami selamat menjadi suami isteri. Alhamdullillah... Jodoh yang ditentukan Allah. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat amin...
1 gambar seribu cerita... kalau 3 gambar macam mana pulak? hihi

  Sekian...

RESIPI: Kek Coklat Asal Boleh...


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Mari kita bakar kek.. tiba-tiba je tekak nie rasa nak makan kek. Jadi bila tiba-tiba je tekak terasa kita mestilah tunaikan permintaan tekak kita.. Haha... Sekali sekala apa salahnyer... Jadi... seperti selalunya resipi ila nie ringkas je.. selaras dengan nama resipi yang dinyatakan di atas ye kawan-kawan. Resipi kek coklat asal boleh....

Bahan-bahan:
2 biji telur (telur dlm gmbr tu gred A)
120g mentega
120g tepung gandum (tak ada dalam gmbr)
80g gula (sebaiknya guna gula kastor)
1/2 camt serbuk penaik
4 camb serbuk koko
buah kering (tak ada pn boleh)

Cara-cara:
1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan dan sukat mengikut sukatan.
2. Putar mentaga dan gula kastor sehingga kembang, putih dan gebu. (Kembang putih gebu  tu macam krim untuk aising kek tu ye).
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.. (ala ada 2 biji je.. kalau guna telur kecik kene lebihkan jumlahnya) Putar lagi sehingga sebati.
4. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati jugak. Macam gambar dekat bawah nie, gambar yang ketiga. (Masa nie pakai spatula aka senduk je. Mesin pengadun tu da boleh letak tepi).
 5. Campurkan serbuk koko, gaul lagi dan masukkan dalam acuan.(Ila tak glis acuan tu sebab dia acuan yang tak melekat. Kalau acuan biasa.. kene la sapu majerin atau mentega dulu kemudian tabur sedikit tepung untuk bagi kek tak melekat pada permukaan acuan.
6. Bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 15 - 25 minit.


kek yang baru masak dan dikeluarkan dari acuan. kek tu masih terbalik ye kawan-kawan. Non-sticky pan tu memang berguna.. Melekat cuma sikit je.


Inilah hasilnya... gambar kurang cantik sebab masa ambik gambar nie bateri da lemah sangat.

Apa-apa pun... Selamat mencuba..

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...