Sunday 26 June 2016

Warna Baju Raya HOT 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Warna nie warna yang menjadi pilihan ramai untuk raya tahun 2016. Kenapa Ila cakap macam tu sebab, Ila pusing mana-mana banyak baju warna tersebut da habis di jual. Kalau masih ada pun tinggal saiz yang besar-besar. Banyak peniaga cakap, ramai orang cari warna tu. 

Ila pun gunakan tema warna tu untuk raya tahun nie.. dan amat la seksa untuk cari warna dan saiz yang sesuai untuk encik suami... Diri sendiri dan anak-anak beli kain dan buat sendiri. Encik suami tak sempat nak menempah. Tukang jahit da tak nak terima sebab da lambat sangat.

warna Hots tersebut ialah HIJAU ZAMRUD atau EMERALD GREEN....


Baju si buah hati. Masa nie baju siap baju... tapi sekarang da siap seluar dia sekali, cuma baju dalam dia belum di jahit.
baju sendiri pun masih belum siap lagi nie.. Nampaknya Ila kene gagahkan diri untuk siapakan baju sendiri, baju abah dan baju husna....

huhuhu

Thursday 16 June 2016

Cara Semak Penyata PTPTN

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1. Taip PTPTN EFES pada enjin carian contohnya, GOOGLE @ YAHOO...
2. Pilih seperti berikut....



ATAU

 klik link PTPTN EFES disini

3. Pastikan dapat paparan seperti dalam gambar di bawah.
    Masukkanlah maklumat yang dia nak. Nombor kad pengenalan dan Nombor pinjaman (boleh dapat pada surat 
    pinjaman atau telefon tanya pada bahagian khidmat pelanggan terus).


4. Bila da dapat log in, macam nie lah paparan dia....

5. Scroll ke bawah, nanti akan nampak 3 menu. Tekan menu "CETAK", "LIHAT TERPERINCI" dan "KELUAR".
    Pilih menu "LIHAT TERPERINCI" untuk tengok penyata pinjaman kita. 

     Macam nielah rupa penyata PTPTN nya....
  

6. Penyata nie dia tunjukkan yang tahun semasa. Kalau nak tengok tahun-tahun yang sebelumnya pun boleh.
    Dekat bahagian atas sebelah nombor kad pengenalan ada "Penyata bagi tahun" pilihlah tahun berapa kita nak
    tengok.
    Kalau nak print, boleh print.. Kalau tak nak, tekan je Logout yang ada dekat bahagian bawah tu.. Senang kan...

JANGAN LUPA BAYAR PTPTN YE...

SEKIAN....

Wednesday 15 June 2016

AKU BEBAS HUTANG PTPTN

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Lama sangat Ila tak update kan blog nie. Alhamdulillah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh-Nya untuk update hari nie.

Kali ini Ila nak kongsi kegembiraan, kelapangan dan pencapaian kecil Ila dengan sesiapa sahaja yang sudi nak baca.

Mulai Khamis, 9 Jun 2016 yang lepas… Ila secara tak rasminya sudah BEBAS dari PTPTN… yeay\(^_^)/ !!!!
Bak kata Didi dalam Didi and Friend's, "Bila graviti rendah, lompat pusing-pusing!!!" hihihi

Ooo… sebelum terlupa, kenapa Ila cakap secara tak rasmi… Sebab pegawai PTPTN tu bagitau selepas 2 minggu dia akan proses dan hantar surat yang menyatakan Ila da habis bayar semua hutang PTPTN. Jadi bila da dapat surat, secara rasminya Ila bebas PTPTN….

Alhamdulillah… bersyukur sangat… rasa lapang sikit kepala satu hutang da selesai. Ila target 9 tahun untuk habiskan semua hutang PTPTN nie tapi dapat habiskan dalam masa 5 tahun 6 bulan.

Berapa hutang Ila?
14k…

Walaupun ada yang memperlekehkan bila Ila cakap da habis bayar PTPTN sebab hutang cuma 14k. Ila tak nak ambil kisah… Besar ke, kecil ke jumlah hutang tu, ia tetap perlu dibayar.  Kalau berhutang cuma 1,2ribu pun kalau tak usaha untuk dibayar, hutang tu tak akan habis sampai bila-bila. Jadi rasanya tak perlu nak mempertikaikan berapa banyak hutang yang orang lain ada. Yang penting hutang sendiri selesai.(macam marah pulak bunyinya kan… hihi)

Ila bayar PTPTN nie sejak Januari 2011. Kiranya bulan ketiga dapat gaji.

Kenapa bulan ke tiga baru bayar?
Sebab masa bulan pertama dan kedua Ila masih tak tahu macam mana nak bayar PTPTN. 2 bulan tu memang mencari kaedah macam mana nak bayar. Bila Ila da tau cara, Ila terus bayar… Setiap bulan… ada jugak bulan-bulan yang tak bayar tapi bulan seterusnya Ila doublekan bayaran Ila. Kalau tak pun lebihkan sikit dari bayaran yang sepatutnya. Bila time ada rezeki lebih, Ila bayar lebih…

Alhamdulillah sebab niat memang nak habiskan PTPTN nie secepat mungkin dan Allah makbulkan dan permudahkan…


Moga rakan-rakan yang lainjuga  diberikan kemudahan  dan rezeki untuk menyelesaikan hutang PTPTN. 

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...