Wednesday 20 July 2016

Satu Tips Anak Cemerlang

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila bukan orang yang layak untuk memberi tips nie.. Tapi sekadar ingin berkongsi tips yang Ila dapat dari orang-orang yang lebih berpengalaman... Rumusan yang Ila dapat buat ialah...


     ''DOA IBU SANGAT MUSTAJAB & PENYUMBANG BESAR KEJAYAAN ANAK-ANAK''

     Sejak berkahwin dan dikurniakan anak, bila hari raya Ila dan suami rajin menziarahi bekas cikgu masa sekolah dan rakan-rakan sekerja yang lebih berusia. Yang lebih berusia tentunya lebih berpengalaman... Masa nilah masa terbaik untuk minta pendapat, nasihat dan dengar pengalaman mereka. Memang sangat berguna.

TIPS ANAK CEMERLANG
     "BANYAKKAN SOLAT HAJAT UNTUK KEJAYAAN ANAK, SOLAT SETIAP MALAM, SEJAK ANAK KECIL BUKAN KETIKA ANAK HENDAK AMBIL PEPERIKSAAN BESAR SAHAJA."

    Inilah tips yang Ila dapat dari 3 orang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya sehingga ke menara gading. Kesemuanya adalah guru. Ila cerita sikit pasal ibu-ibu nie yang buat Ila kagum.

Cikgu 1.
    Cikgu sekolah menengah yang merupakan cikgu suami Ila. Sekarang cikgu 1 masih lagi mengajar. Cikgu 1 ada 6 orang anak kalau tak silap Ila. Yang sulung sebaya suami Ila dan rakan sekelas suami Ila. Anak yang sulung cikgu 1 seorang pensyarah. Ada PHD masa umur 26 tahun. berbiasiswa penuh. Anak kedua dan ketiga jurutera. Keempat sehingga bongsu masih bersekolah. Diringkaskan.... semuanya pandai-pandai belaka.

Cikgu 2.
     Cikgu 2 nie merupakan sepupu mak mertua Ila. Ada 4 orang anak. Dia cerita anak-anaknya masa sekolah tak pandai. Dia pun tak pandai. Tapi dia amalkan tip dekat atas tu.. Supaya sikap anak-anaknya berubah. Sekarang anak yang sulung umur 24. Baru kahwin masa raya.. da nak habis belajar. Walaupun anak-anaknya tak secemerlang anak-anak cikgu 1 tapi bila tengok penampilan anak-anak cikgu 2 nie sangat menyejukkan hati. hmmm.... Kejayaan bukan semata-mata diukur dengan pencapaian akademik je. Betul tak.. Memang akan rasa cemburu tengok cara anak-anak cikgu2 nie berkomunikasi. Lembut dan sangat bersopan.

Cikgu 3
    Cikgu 3 nie isteri kenalan encik suami. Sangat lemah lembut dan Ila sangat terinspirasi dengan cara percakapannya. Gayanya penuh kasih sayang. Anaknya yang sulung baru 21 tahun, masih lagi belajar dalam bidang kimia. Yang kedua umur 19tahun. Tengah tunggu panggilan U. Sebenarnya tunggu tarikh pendaftaran je. Da dapat kursus perubatan UITM. Ikut cerita suami, anak-anak cikgu 3 nie pandai.. Sebab suami Ila sendiri pernah mengajar anak-anak cikgu 3. Bukan setakat pandai, kelakukan pun sangat baik dan menyenang orang sekeliling.. Masa Ila datang beraya.. memang sejuk ke mata dan hati bila tengok anak-anak cikgu 3.

     Cukuplah dulu cerita Ila... Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

     Ila berazam untuk buat tip yang Ila kongsikan nie sedayanya.. Bukan senang nak istiqomah... Moga Allah memberkati. Amin....

Wednesday 13 July 2016

Cetak Pola Percuma / Free Printable Pattern

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Masa tengah tulis entry pasal wishlist terbaru Ila, tercetus pulak idea untuk kongsi pola (pattern) yang boleh dicetak (printable) dengan kawan-kawan yang sama-sama minat dalam bidang jahitan nie.. Well.... sharing is caring, right?  Yang lagi bestnya, pola nie PERCUMA (free)... Seronokan....

 Ila nak upload kat sini tak patut pulak sebab bukan hak milik Ila. Jadi kawan-kawan silalah melawat link yang Ila senaraikan dibawah ye bagi menghormati pemilik asalnya.

 OK ila senaraikan link yang ada pola free tu.
  1. Seluar pendek / pathway short - saiz dewasa
  2. Paper Fan Dress - baju kanak-kanak
  3. Piece A Cake Dress - baju bayi
  4. Right Turn Bag
  5. Menagerie Bag 
  6. Canoe Purse
     Untuk ingatan, pola nie free.. Jadi kawan-kawan dia tak sama macam pola yang kita beli. Ada pola siap cara nak jahit, ada yang pola sahaja dan ada pola tu sangat basic. Jadi kita kene berusaha untuk fahamkannya.

    Kalau kawan-kawan kreatif boleh ubah sikit pola tu untuk tukar stail, jadi stail lain. Syaratnya kawan-kawan kena ada basic menjahit. Kalau takde basic tak jadi masalah asalkan minat mendalam dan kesungguhan tu ada..

   Kalau ada pola free lain nanti Ila kongsikan link dia lagi ye..
   Ok, selamat mencuba, selamat berjaya...

   Bye....

My WishList 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Tengah dalam mood rajin meng'update' blog dan rasa banyak cerita nak dikongsi. Ila pernah cerita pasal wishlist Ila sebelum ni dan wishlist tu da jadi kenyataan. Alhamdulillah.. Syukur dengan izin-Nya juga. Kali nie Ila nak kongsi wishlist Ila yang terbaru dalam bidang yang Ila suka. Hihi...

Inilah dia.... jeng.. jeng... jeng....

Mesin Sulam Brother V3...

     Aduhai.... entah bila baru dapat jadi kenyataan. Ila da mula meyimpan untuk mesin nie dari September 2013 sampai sekarang.. ada lebih kurang RM600 je lagi nak dapat. Tapi sekarang tengah sesak. Duit tu, hold dulu untuk beli Brother V3 nie. Takut betul-betul terdesak... takde duit, terpaksa guna duit untuk beli V3. Takpe.. Sabar... Sabar separuh dari iman... Insya-Allah kalau ada rezeki tak ke mana.

     Sebelum terlupa harga V3 nie lebih kurang RM8500 harga pasaran.

     Sambil-sambil survey dekat internet nie, sebenarnya Ila lebih minat dengan satu model mesin sulam nie. Tapi cari punya cari.. Punyalah payah nak cari harga dia.. Sekali jumpa menangis terus padamkan dari hati nak jadikan mesin nie idaman..

Inilah rupa mesin tu....
Mesin jenama JANOME MC11000...

Harga dia RM20K lebih... huhu... menangis kau tahu bila Ila jumpa harga dia.... Tapi tak hairan la.. Mesin Janome nie memang da terkenal dan tahan lasak. Mesin basic dia pun dekat 1K apatah lagi yang canggih macam MC11000 nie.

Setahu Ila, Janome nie pengedar tunggal dia Epal dekat Malaysia. Selain tu tak tahu. Mungkin ada...

Moga jadi kenyataanlah tak lama lagi nak dapat V3.
Amin....

Tuesday 12 July 2016

Baju Raya Anak-anak 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila nak tunjukkan pada kawan-kawan semua hasil jahitan Ila untuk raya kali nie. Alhamdulillah tahun nie 2016, Ila dapat jahit baju untuk anak-anak. Walaupun tak seberapa, tapi gembira dan puas hati bila tengok anak-anak pakai dengan gembira.

    Tahun nie Ila dan suami cuma ada sepasang baju raya je. Anak-anak setiap seorang dua pasang. Sepasang yang Ila jahit, sepasang lagi beli. Berjimat cermat amalan mulia kan.. Selalunya setiap orang dua pasang tapi tak apalah.. Tahun nie ada keperluan yang mendesak. Jadi kita dahulukan apa yang patut di dahulukan.

Baju Raya Anak-anak hasil jahitan sendiri (^_^)


kakak dan adik...
 Baju Adik
     Baju adik nie asalnya nak buat seluar, baju raihan dan samping (sama macam kain kakak coraknya) tapi bila baju da potong dan da siap jahit, tinggal pasang butang masa tu, test la kat adik. pakai kan... sekali pakai, muat-muat je. Ila da risau da... Nanti kalau adik pakai mesti tak selesa dan panas sebab adik kuat berpeluh.

     Encik suami la penyelamat... dia bagi idea. Baju adik letak butang atas ke. Macam dalam gambar. Kemudian buat singlet warna oren. Asalnya masih nak buat samping tapi kesuntukkan masa. Kebetulan pulak ila buat singlet oren tu panjang, jadi da nampak macam samping bila da dipakai.. Comel pulak.. hihi

  • seluar
  • baju
  • singlet
Bagus jugak buat baju macam nie, bila bejalan, beraya da berpeluh dan panas, buka je baju hijau luar tu. pakai singlet dalam je.. nanti da sejuk cikit, pakai balik baju luar tu..

sesiapa yang ada anak kuat berpeluh, boleh guna idea baju nie ye...
baju si adik...




 Baju Kakak
     Alhamdulillah... baju kakak menjadi seperti dirancang cuma ada sikit je peruubahan...
Asalnya nak buat peplum tapi jadi peplum kacuk fishtail cikit sebab terpotong kain peplum tu pendek separuh.. Boleh tengok gambar kakak dari sisi kat bawah ye..


  • baju peplum kacuk fishtail
  • kain lipat batik


baju kakak dari depan

nampak tak bling-bling kat pingang kakak tu?
benda tu ila beli sebaris RM5.. entah apa nama dia. pasang kat baju ila tak de lebih.. pasang kat baju kakak ada lebih sikit, ila tampak bakinya pada baju adik. nampak macam ada poket.

TIPS:
sesiapa yang nak tampal benda tu.. sila sediakan gam uhu.. letak gam uhu sikit walaupun dia da ada gam. pastu pastikan seterika tu betul-betul panas. benda tu, bahagian yang cantik ada salut plastik. jangan buka plastik masa iron.

tak sampai sehari, benda tu tanggal. bila cakap dengan kak long ila, kakak bagi tips kat atas nie. Jadi kawan-kawan lain boleh terus cuba ye..
baju kakak dari sisi



Lebih bersemangat nak menjahit baju sendiri lepas nie....
OK Bye....

Monday 11 July 2016

TIPS: Penjagaan Mesin Jahit Tepi

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pengalaman sendiri, hasil pencarian di internet dan bahan bacaan yang telah dipraktikkan dan terbukti berjaya ke atas bahan dan alatan yang Ila gunakan. Alatan dan bahan lain Ila tak pasti berjaya atau tidak. Jadi kawan-kawan bolehlah cuba kalau ingin mencuba.

TIPS PENJAGAAN MESIN JAHIT TEPI oleh ILA
1. Pakai sendiri.
    Ila memang pakai sendiri mesin jahit Ila dan tak berkongsi dengan sesiapa sebab memang Ila sorang yang menjahit dirumah. Cuma kadang-kadang encik suami pakai kalau dia nak jahit benda-benda simple. tapi jarang sangat berlaku.. hihi.
    Terlalu banyak tangan (ramai orang) yang guna mesin kita nie memang beri kesan. Biasalah.. cara setiap orang guna barang berbeza. Ada yang kasar dan ada yang cermat. Baik kita beli dan pakai sendiri. Bila beli kita tahu berapa kita berhabis untuk dapatkan barang tu, itu yang menyebabkan kita sayang dan cermat menggunakan suatu barang tu.
     Mesin jahit tepi bukan murah untuk sesetengah orang.. dan harga dia makin naik sekarang. Sebab apa Ila kata harga mesin jahit makin naik... Sebab akak Ila sendiri ada beli mesin jahit tepi jenama OKURMA, 3 benang 1 jarum 5 tahun lepas. model dia tak ingat dengan harga RM900. Kemudian, 3 tahun lepas biras Ila pulak beli mesin jahit tepi yang sama dan model yang sama dengan harga RM1200.. Banyakkan naik dia.. Jadi baik pakai sendiri mesin jahit tu.

2. Sentiasa bersihkan habuk.
    Untuk tujuan ini, sila sediakan berus berbulu lembut yang bersaiz kecil. Mesin jahit tepi ni kan potong tepi kain, benang-benang dia tu akan jadi habuk di bahagian tempat pemotong dan menjahit. Jadi rajin-rajinlah bersihkan. Bahagian dalam kalau pandai buka silalah buka dan bersihkan. Habuk benang nie menyerap lapisan minyak pada bahagian dalam mesin. Nanti lama-lama mesin bunyi makin kuat sebab minyak kering. Ini ila sendiri da buka dan tengok.
inilah bahagian yang kita kena rajin bersihkan. nampak kan habuk-habuk benang dan kain yang terpotong tu. sangat banyak.

sila buka seperti ini untuk senang dibersihkan


3. Minyakkan mesin.
    Minyakkan mesin tak perlu kerap macam bersihkan habuk. Bergantung pada berapa kerap kita guna mesin atau kalau dengar bunyi mesin tu lain macam je, minyakkanlah dia. Kasi licin pergerakkan. Pastikan kawan-kawan tau beza bunyi mesin dengan bunyi motor mesin ye...
     Diingatkan... JANGAN MINYAKKAN PISAU PEMOTONG, MOTOR dan BELT mesin ye... Hari tu Ila memang tak tahu. Ila TERminyakkan pisau memotong mesin jahit tepi tu... Jadinya, dia tumpul... tapi masih boleh digunakan. Kalau ada sesiapa yang TERbuat/TERminyakkan, silalah lap pisau pemotong tu, kemudian sorokkan/simpan pisau pemotong tu ke dalam je. Tunggulah lebih kurang 2, 3minggu baru gunakan balik. Ni yang Ila buat.. dan sekarang da boleh guna balik.
    Stress ooo bila pisau tu tak boleh diguna untuk potong kain... Lebih-lebih lagi lain yang berburas (benang terkeluar).. Nak ganti pisau tu pun mahal.

4. Cara Pasang Benang.

  • Bila pasang benang sila pasang yang sebelah kanan sekali... baru sebelahnya dan sehingga lah benang ke 3 atau ke 4. Ini memang tips pakar yang Ila dapat daru YOUTUBE.
  • setiap kali ada benang putus ke tercabut ke.. sila buka semua benang dan pasang semula semua sekali ikut turutan dari sebelah kanak ke kiri. Ini pun tips pakar yang Ila dapat. Elakkan pasang semula satu benang yang terputus tu je, sebab hasil dia takkan cantik seperti asal. Ila akui yang nie, sebab Ila da cuba. Sekarang kalau ada benang putus ke habis ke, Ila akan cabut semua dan pasang semula semua sekali.

5. Kedudukan Buku Benang
    Kalau benang selalu putus masa kita tengah menjahit... cuba periksa kedudukan buku benang dulu sebelum usik setting tegang benang mesin kita. Kadang-kadang setting tak ada masalah tapi buku benang senget tu yang jadi tegang pastu benang putus. Ila pernah kene yang nie 2,3 kali. Siap beli buku benang baru sebab ingat benang reput jadi asyik putus je. At last baru dapat tahu sebabnya buku benang senget. Kalau tengok buku benang tu duduk elok je, cek lah setting tegang benang pulak ye...
pastikan buku benang tu terletak tegak ye.. jangan senget-senget.

6. Letak atas meja yang tegap.
    Guna meja yang tak bergegar dan goyang. Bila kita tekan mesin laju,mesin akan gegar, kalau meja tak kuat, Gegaran dia lagi kuat. Nanti mesin jahit kita akan cepat rosak. Bukan mesin jahit tepi je, apa-apa mesin jahit pun macam tu. 

Itu jelah tips yang Ila praktikkan. Dua tahun lebih Ila pakai mesin jahit tepi BROTHER 3034D nie tak pernah lagi meragam dan Ila tak hantar servis cuma tang pisau pemotong tu jela tapi sekarang da ok. Ila buat sendiri. Jadi kawan-kawan pun boleh cuba.

kalau ada pendapat, cadangan dan perkongsian boleh tulis diruang komen ye. TQ for reading this entry...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...