Monday 13 March 2017

Antara Dunia Insta, Fb dan realiti.

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

   Da lama tergerak nak tulis tentang tajuk ini. Ila suka buka insta @ instagram dan FB. Ila suka tengok gambar. Ila ada follow beberapa orang artis, crafter terutamanya dalam bidang jahitan sebab ila suka tengok fesyen walaupun ila bukan la orang yang fashionable... Pakai asal boleh je.. haha.. senang kata Ila sebenarnya stucker beberapa page yang ila minat tapi ila tak berniat jahat ye... hihi

     Biasanya yang di upload dalam insta n FB ni mestilah gambar yang dianggap 'the best' pada pemilik akaun. Betul tak? Ila pun sama. Gambar yang ditunjukkan biasanya menggambarkan rasa bahagia, gembira, mewah dan semua yang baik-baik belaka. Senang kata gambar SEMPURNA... sehingga menimbulkan rasa cemburu pada orang lain yang melihatnya dan dari situlah timbulnya penyakit "Ain" aka mata. (bab ni sila google n selam sendiri ya..)

hmmm....

Realiti nya memang macam tu ke?

Kita boleh fikir sendiri... sebab kita yang punya insta n fb serta akaun sosial lain tahu bila pahit, masam dan masin yang terjadi. Yang buruk terperlu dihebahkan dan diceritakan sebab kita tak tahu siapa yang sedang memerhati dari jauh. Malah ada yang tengah bersorak gembira sambil bertepuk tangan tengok, dengar dan baca kisah sedih kita. Zaman sekarang nie macam-macam hal boleh jadi.

pendek kata, alam maya nie tak la menceritakan kisah sebenar dunia penceritanya. Pada pendapat ila ia boleh diikuti sebagai hiburan ringan tapi bukan dijadikan idaman kerana kemampuan setiap manusia itu berbeza..

alhamdulillah... Syukur dengan apa yang ada sekarang. tak mewah tapi tak susah....

aku bukan "keyboard worrior"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Setiap orang dilahirkan dengan bakat dan kelebihan sendiri. Ada yang perlu dicari dengan usaha yang berterusan dan semangat secara tanpa rasa putus asa. Post ini sekadar coretan dari hati.

     Aku bukan keyboard worrior dalam alam maya ini. Aku sedar tapi aku suka berkongsi sesuatu yang aku rasakan berguna. Selain itu aku gunakan halaman ini untuk meluahkan rasa. Aku tak peduli sama ada, ada yang membaca atau tidak tulis-tulisan aku. Walaupun terdetik di hati ingin juga post aku mencapai ratusan dan ribuan pembaca dalam sehari. Namun, aku harus sedar aku bukan keyboard worrior yang tulisannya dinanti-nanti orang.

     Perlukan aku merasa cemburu dengan mereka yang berjaya dalam bidang ini? Hmm... Mana mungkin rasa itu tidak terdetik dalam hati. Aku tahu di dunia realiti juga aku bukan seorang yang petah dan bijak berbicara. aku lebih suka diam dan menjadi pemerhati jika berada dalam khalayak. Itu aku...

     JADI... aku terima diriku seadanya... terima kasih kepada yang sudi membaca...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...