بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sekarang baby dalam perut da masuk 7 bulan or 28 weeks, lebih kurang umur pernikahan tapi jangan pulak terkejut or fikir bukan-bukan bila tengok umur baby lagi tua dari umur nikah sebab umur kandungan nie dikira dari waktu period yang last. Yela.. mana ada orang yang tau waktu 1st day kite start pregnant kan.. jadi nak senang ambil la dari waktu period yang last. Sebab tula ade yang bersalin terawal atau pun lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
Berbalik kepada topik... Bila baby dalam perut da masuk 7 bulan/28minggu, misi or doktor akan ajar kita kira gerak baby. Benda nie perlu untuk pastikan baby sihat dan cergas. Dalam buku pink rekod kesihatan ibu mengandung tu ade jadual yang kita kena tickkan.
Dalam sehari dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam (12jam) baby kene gerak sekurang-kurangnya 10 gerakkan yang kuat. Kalau kurang mummy n daddy kenelah cepat-cepat pergi hospital untuk check kenapa baby kurang gerak. Kalau baby gerak tapi rasa tak kuat tak diambik kira.
Lagi satu, ibu kene tulis waktu/masa bila baby tamat wat 10 gerakkan tu. Kalau baby cergas n sihat biasanya belum sampai pukul 8.00 malam lagi da cukup 10 kali.
So... inilah rutin harian baru.. Kira gerak baby sampailah waktu bersalin nanti... :-D
p/s: da tak sabar rasanya nak tunggu khalifah kecil ini keluar menceriakan hidup Ai.. Ummi sayang baby...
Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Tuesday, 19 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...