Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kalau ikut perkiraan, hari ini sudah 38minggu 2 hari... kalau tak silap la.. Perasaan ketika ini, rasa sangat tak sabar menanti kehadiran si kecil yang bakal memenuhi hari-hari mendatang.
Kalau ikut kata doktor n misi-misi, asal da cukup 36 minggu @ 9 bulan da boleh deliver. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tanda. Mungkin sebab masih berbaki 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Moga segalanya selamat.
![]() |
Buah hati ummi semakin membesar sebab tu tak dapat lihat seluruh bentuk tubuh badan. 5 bulan setengah... |
Penantian yang penuh debaran dan pengharapan, bukan penantian satu penyeksaan...
Berdebar menanti sang khalifah kecil... Entah bagaimana rupanya, jantinanya dan macam-macam lagi yang bermain di kepala.. Yang paling penting dan yang sentiasa menjadi mainan fikiran ialah moga kesihatannya sihat sempurna. Sempurna dari segi fizikal, dari segi mental dan moga membesar dengan akal fikiran yang matang, cergas dan cerdas.
Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang ini. Aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Mu, Ya Allah... Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat hingga ke akhirnya.