بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lama
sangat Ila tak update kan blog nie.
Alhamdulillah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh-Nya untuk update hari
nie.
Kali ini
Ila nak kongsi kegembiraan, kelapangan dan pencapaian kecil Ila dengan sesiapa
sahaja yang sudi nak baca.
Mulai
Khamis, 9 Jun 2016 yang lepas… Ila secara tak rasminya sudah BEBAS dari PTPTN…
yeay\(^_^)/ !!!!
Bak kata
Didi dalam Didi and Friend's, "Bila graviti rendah, lompat
pusing-pusing!!!" hihihi
Ooo…
sebelum terlupa, kenapa Ila cakap secara tak rasmi… Sebab pegawai PTPTN tu
bagitau selepas 2 minggu dia akan proses dan hantar surat yang menyatakan Ila
da habis bayar semua hutang PTPTN. Jadi bila da dapat surat, secara rasminya
Ila bebas PTPTN….
Alhamdulillah…
bersyukur sangat… rasa lapang sikit kepala satu hutang da selesai. Ila target 9
tahun untuk habiskan semua hutang PTPTN nie tapi dapat habiskan dalam masa 5
tahun 6 bulan.
Berapa
hutang Ila?
14k…
Walaupun
ada yang memperlekehkan bila Ila cakap da habis bayar PTPTN sebab hutang cuma
14k. Ila tak nak ambil kisah… Besar ke, kecil ke jumlah hutang tu, ia tetap
perlu dibayar. Kalau berhutang cuma
1,2ribu pun kalau tak usaha untuk dibayar, hutang tu tak akan habis sampai
bila-bila. Jadi rasanya tak perlu nak mempertikaikan berapa banyak hutang yang
orang lain ada. Yang penting hutang sendiri selesai.(macam marah pulak bunyinya
kan… hihi)
Ila bayar
PTPTN nie sejak Januari 2011. Kiranya bulan ketiga dapat gaji.
Kenapa
bulan ke tiga baru bayar?
Sebab
masa bulan pertama dan kedua Ila masih tak tahu macam mana nak bayar PTPTN. 2
bulan tu memang mencari kaedah macam mana nak bayar. Bila Ila da tau cara, Ila
terus bayar… Setiap bulan… ada jugak bulan-bulan yang tak bayar tapi bulan
seterusnya Ila doublekan bayaran Ila. Kalau tak pun lebihkan sikit dari bayaran
yang sepatutnya. Bila time ada rezeki lebih, Ila bayar lebih…
Alhamdulillah
sebab niat memang nak habiskan PTPTN nie secepat mungkin dan Allah makbulkan
dan permudahkan…
Moga
rakan-rakan yang lainjuga diberikan
kemudahan dan rezeki untuk menyelesaikan
hutang PTPTN.