Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan" setelah lebih dua tahun.
"PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN DAN PERBEZAAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. "
sambungan....
Cara/prosedur Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan
yang last Ila sampai part nie
"7. bila pinjaman diluluskan kita kene hantar surat setuju terima. surat tu da siap tinggal download je dari web. tinggal tanda tangan peminjam dan ketua jabatan peminjam. lepas tu hantar.. - ila baru buat sampai sini. kalau ada info penting lagi.. ila akan updatekan lagi untuk perkongsian bersama ye.." - surat nie kalau kawan-kawan tak download & print pun takpe sebab pihak pinjaman perumahan akan hantar kepada kita tapi masalahnya surat di perlu dijawab dalam masa 14 hari. Ila ter'advance' sebelum dapat surat setuju terima Ila da pun hantar surat setuju terima yang Ila download dari laman web tu (sila fahamkan ayat Ila nie ye. Ila cuba guna bahasa yang paling mudah untuk faham).
8. tunggu surat pengesahan pinjaman perumahan kita dan tunggu surat dari pada pihak insuran. dalam surat tu ada penyata jumlah pinjaman kita dan lain-lain maklumat. (sila simpan segala maklumat untuk dirujuk kemudian hari, Ila simpan dalam satu fail).
9. tunggu jela rumah kawan-kawan tu siap... bila semua perkara (pengurusan) da selesai kita tak akan dapat apa-apa surat. selepas urusan pinjaman Ila selesai, Ila memang tak dapat apa-apa surat.
10. bila rumah da siap, pihak pinjaman perumahan da bayar duit pada pemaju, pemaju akan telefon untuk serah kunci dan beri lebihan duit pinjaman kita dalam bentuk cek. Ila dapat kunci bulan Februari 2016 baru nie. sama nie potongan pinjaman pun belum dibuat.. tertanya-tanya juga, bila gaji nak kene potong...
kenapa ada lebihan pinjaman.. nak tahu boleh baca pada bahagian komen entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"
banyak maklumat berguna pada bahagian komen tu sampai Ila lupa nak update entri sebab kebanyakkannya da diberi dalam bahagian komen. ada juga rakan-rakan pembaca yang lebih berpengalaman tolong jawabkan. TERIMA KASIH YE.. (^_^)
11. awal bulan 4 Ila dapat surat yang menyatakan potongan gaji akan mula dibuat bermula APRIL 2016. dalam surat tu bagi tahu, kalau masih belum ada potongan kene bayar sendiri pada nombor akaun yang diberi dalam surat tu. - tindakkan Ila masa nie ialah... bawa surat tu berjumpa kerani. Kerani akan tolong urus. Kerani Ila cakap, dia da dapat surat tu juga. Dia akan uruskan tapi kalau masih belum potong, kenelah bank in atau transfer sendiri ke akaun yang dinyatakan.. Alhamdulillah kerani tempat Ila bekerja memang sangat efisen dan terbaiklah....
12. bulan APRIL lepas da mula potong gaji direct dan bermulalah episod gajiku dipotong untuk 24tahun 8bulan lagi... huhuhu sadis... hihi... takpelah... kalau tak, tak berumah sendiri nanti...
ok.. da habis. next time Ila update pasal masuk rumah baru pulak ye..
p/s: untuk maklumat yang lebih tepat dan jitu, rakan-rakan boleh terus ke laman web rasmi LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) dulu namanya BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN