Lala nak bercerita tentang minat Lala sejak kebelakangan nie. Untuk pengetahuan kawan-kawan, Lala memang minat pada semua jenia kraf. Terutamanya yang buatan tangan (handmade). Memang menjadi kegilaan Lala. Rasa sangat puas bila dapat buat sesuatu hasil tangan sendiri walaupun mak Lala tak support sebab padanya semua yang Lala buat membazir.
Memang adakalanya Lala akan membazir sebab buat banyak-banyak tapi untuk kegunaan sendiri cuma sikit je. Yang selebihnya akan terbiar untuk koleksi je. Kalau boleh mendatangan pendapatan alangkah bagusnya, kan!
quilling pertama yang berjaya dihasilkan. telah diberikan kepada seorang teman yang telah berpindah tempat kerja |
Ok lah... Lala terus je kepada minat Lala nie. Namanya "Quilling". Dalam bahasa Melayu nya Lala belum sempat nak cari lagi.
Quilling ialah sejenia kraf yang dihasilkan daripada kepingan kertas yang dipotong secara memanjang mengikut saiz yang tertentu. Kemudian kertas ini biasanya digulung dan dibentuk bagi menghasilkan kraf atau reka bentuk yang diingini lagi menarik. Kombinasi warna dan corak yang menarik dapat menghasilkan corak yang kreatif disamping dapat menarik perhatian orang.
kombinasi warna sangat memainkan peranan dalam kraf quilling nie. |
Lala akan teruskan hobi Lala nie. Lala tak mahu berhenti ditengah jalan. Orang yang Lala paling kagum dalm kraf quilling nie nama dia YULIA. Dia bukan orang Malaysia. Tak ingat la dari negara mana. tapi yang penting, hasil kerja tangan dia dalam quilling nie memang mengagumkan. Cubalah kawan-kawan cari di internet. Pasti akan jumpa.
LALA (^_^)
p/s; badan rasa letih sangat masa tulis post kali nie. entah kenapa....
No comments:
Post a Comment