Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
SELAMAT DATANG OGOS!!! \(^_^)/
Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2012 sudah lebih separuh kita lalui. Hari ini hari pertama bulan Ogos. Masa bujang ku tinggal 30 hari lagi. Singkat sahaja waktu yang tinggal untuk aku habiskan sendirian. Selepas ini akan berdua tapi....
Entah apa yang harus aku buat. Segala persiapan belum ada satu pun yang sudah lengkap. Barang hantaran, gubahan, kad jemputan, andaman, pelamin, cenderahati dan macam-macam lagi. Tak ada satu pun yang sudah 100% siap. Entah ke mana semangat diri hilang untuk mengurus.
Semakin hampir waktunya, semakin banyak kerja tak diduga datang tak henti-henti. Mungkin inilah yang mereka-mereka kata cabaran dan dugaan untuk membina sebuah masjid. Moga segala yang menyesakkan fikiran dan perasaan ini cepat berakhir.
puteh
Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...
No comments:
Post a Comment