بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sebelum merasa sendiri, aku selalu anggap mengandung n ada anak tu senang.. Kalau susah pun tak macam yang aku bayang kan. Yela, kita tengok je.. Tak merasa dan tak mengalami realiti sebenar episod-episod sebenar mase mengandung dan hari-hari menjaga anak kecik (baby) yang perlu sentiasa diuruskan.
Bila da kawin, mengandung dan punya anak sendiri.. Barulah kita rasa cabarannya.. Hidup bukan sentiasa gembira, bahagia dan senang sentiasa. Bila kita fikir nak senang dan gembira lebih baik hidup sendiri. Dan... Baru kita mengerti pengorbanan mak ayah masa kita kecik-kecik dulu. Lagi la zaman tu, zaman susah.
Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk dikongsikan bersama. Macam aku cakap awal-awal tadi la... Dulu aku nampak orang jaga anak nie senang kalau susah pun, tak macam yang aku bayangkan. (Macam mana aku nak cite ye... Nie la post paling susah nak tulis buat mase nie. Aku ringkaskan jela dalam bentuk point k :-) )
Ape yang aku rasa:
1. Mase belum ngandung aku tengok macam senang je tengok orang yang
ngandung bawa perut dia orang. Tengok orang jalan ke hulu ke hilir dengan perut
besar macam best je.. so, mase awal-awal ngandung,perut belum besar rasa
tak sabar sangat nak perut tu besar.
TAPI bila da start besar (perut dan seluruh badan aku sekali) mula susah nak
bangun bila duduk, tak larat nak berdiri lama-lama (cepat-cepat je aku cari kerusi)
dan yang paling aku rasa tak selesa ialah (ade 2 perkara) .... badan sentiasa rasa
panas dan time nak erk-erk = buang air besar, agak seksa cikit. Nasib baik kat rumah
ade tandas duduk. Cuma kat tempat kerja memang tahap kesabaran tu perlu
dileborkan lebih dari biasa..
2. Sebelum bersalin ade jugak aku tanya-tanya orang sekeliling sakit bersalin tu macam
mana especially pada kakak-kakak kat tempat kerja... yela.. mana ade pengalaman lagi
kan... ade yang kata macam sakit sengugut (masalah betul aku nak bayangkan
sengugut tu macam mana sebab aku tak pernah rasa. setakat sakit perut cikit tu ade
la). Ade jugak yang kata macam sakit perut memulas-mulas (sakit perut nak cirit-birit
tu).
BILA nak bersalin baru tahu rasa sakitnya macam mana. susah nak terangkan. Kene
lalui sendiri baru tahu. Memang sakit cuma bezanya kita tahan sakit atau tak n lama ke
sekejap kita salin nak bersalin tu. sikit yang boleh aku terangkan ialah... sakit nak bersalin tu dia rasa rahim bahagian bawah mengecut (yang sakit) dan baby tu rasa nak keluar.
Aku rasa aku kategori yangberuntung sebab tak lama
sangat sakit. Syukur alhamdulillah... Mase nak bersalin tu memang teringat kat mak
sangat. terbayang macam tulah mak sakit nak lahirkan aku dulu..
so, bila da ada anak sendiri, sepatutnya kita akan lebih sayang mak kita...
Ade lagi nak diceritakan tapi rasanya post nie da panjang lebih dari biasa, jadi aku bahagi-bahagikan. Panjang-panjang sangat jenuh pulak nak baca nanti.
TO BE CONTINUE....
Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...
No comments:
Post a Comment