بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Rasanya da lama sangat blog nie tak di'update'kan resipi kan.. Sebenarnya ade banyak resipi nak dikongsi tapi asyik lupa je.. Kali nie Ai post pasal resipi pencuci mulut yang agak simple dan yang paling penting bahannya sangat mudah didapati.
Yela.. kita senang nak cari resipi yang sedap-sedap dalam internet ni tapi bahannyer yang jadi masalah. Ade kala bahan tu kite tak pernah dengar pun namanya. Lebih-lebih lagi kalau resipi tu bukan resipi tempatan.
So, tak payah la Ai nak cakap panjang lebar.. Resipi Puding Aiskrim Oreo nie seperti berikut...
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN:
25g agar-agar bertali
|
1200ml air
|
1 tin susu cair
|
1 cup Gula
|
1 sudu teh esen Vanila
|
1 biji telur
|
1 bungkus Biskut Oreo (ditumbuk/kisar)
|
1 cup Ice Cream
|
Cara-cara membuat:
1.
Masak agar-agar dengan
1200ml air hingga larut. Kemudian, masukkan gula. Kacau
sebati.
(kalau guna agar-agar
bertali, potong/gunting kecil-kecil supaya cepat larut.
Jangan masukkan gula
sebelum agar-agar betul-betul larut nanti berketul-ketul agar-agarnya)
2.
Blendkan telur, susu
cair , ice cream, dan esen vanilla. Kemudian masukkan dalam adunan
agar-agar tadi.
(adunan agar-agar tu
kalau boleh dipekatkan sedikit sebab bila tambah susu cair dan ais krim tak
cair sangat. Kalau adunan cair susah nak beku nanti)
3.
Kacau rata dan masukkan
biskut oreo yang telah dikisar... kacau lagi biar sebati.
(ai tak suka biskut
terlalu hancur, jadi ai buat ade yang halus dan ade biskut yang kasar. Sebab kalau
kasar akan rasa dua tekstur iaitu tekstur agar-agar yang licin dan tekstur
biskut oreo yang lembut. Lagi best dimakan dari rasa licin agar-agar je)
4.
Sediakan loyang.Tuangkan
adunan dan sejukkan dalam Freezer... dah
siap!
(kalau nak buat untuk
hantaran atau nak bentuk yang lain tuang la dalam cetak yang ada bentuk ye..
takde lah bentuk bulat @ petak je)
sebelum terlupa, ais krim tu boleh apa-apa perisa pun. hari tu ai buat guna perisa vanilla. jadi warna dia putih jela.. kalau nak cantik lagi boleh letak pewarna cikit ye..
SELAMAT MENCUBA!!!
p/s: akhirnya dapat jugak ai upload gambar atas tu... banyak kali dan da berhari-hari cuba baru boleh.
p/s: akhirnya dapat jugak ai upload gambar atas tu... banyak kali dan da berhari-hari cuba baru boleh.
Saya akan cuba resipi awak nanti.... 😃😃
ReplyDeleteSaya doakan semoga perniagaan awak maju... awak pun doakan saya supaya dapat 6A UPSR nanti...
ReplyDelete