بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kalau baca tajuk kat atas tu bunyinya macam da tak sabar sangat nak cuti sekolah... Sapa yang tak gembira kalau da penat bekerja dapat cuti untuk hilangkan stres. Yang lagi best ialah... walaupun bercuti, gaji tetap jalan. Itulah untungnya bekerja dengan pentadbir negara. Jadi, kawan-kawan semua faham-faham lah ye Ai kerja apa.
TAPI...
Masalahnya ialah Ai tak rasa langsung nak cuti. Kalau dikira cuti sekolah mula hari Sabtu nie, 16 November. Tinggal 3 hari je.. Kejap sangat. Tapi tak rasa langsung nak cuti sebab... Makin nak cuti makin banyak kerja yang diberi dan perlu disiapkan sebelum cuti.. Kalau cuti dengan kerja yang tak siap mesti rasa tak senang hidup dan tak akan dapat punya berehat dengan tenang.
APATAH LAGI....
Bos da pesan awal-awal pada semua pekerja... Minggu pertama cuti adalah minggu menyiapkan segala kerja. Kalau tak, tak akan bercuti la semua... Hmmm pening bila difikirkan.
Semua kerja yang datang kerja baru pulak tu. Yang tak pernah dibuat sebelum nie. Nak tanya orang lain pun, orang lain tak dapat nak terangkan sebab masing-masing pening.
APA NAK DIKATA...
Selagi belum habis masa... KERJA! KERJA! KERJA! la ye... Moga rezeki yang diterima berkat. Amin...
Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...
No comments:
Post a Comment