بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sekejap masa berlalu... Bila da mula bekerja memang tak ada masa nak update blog. Sebenarnya, banyak post yang Ila nak kongsikan tapi tak punya kesempatan. Sekarang (masa Ila tengah menaip post nie) da pukul 3.32 pagi. Bukan Ila tak boleh tidur tapi kisahnya ialah...
Ila da tidur-tidur ayam sebenarnya sebab nak suruh Husna terus tido. Hari ini tidurkan dia awal cikit sebab dia da merengek-rengek tadi nak tidur. Plannya nak cuba tidurkan dia sampai ke pagi esok tapi dia bangun pukul 1.15 tadi. Tapi time tu Ila baring je, dengan harapan Husna akan tidur jugak tapi.... Well... Anak Ila kan anak bertuah yang akan menang grand prize apa-apa pertandingan.. (Haha.. Doa yang baik, Allah dengar Insya-Allah makbul..) Husna tetap tak tidur dia main. Dalam pukul 2.30 tadi dia da merengek nak tidur balik.
Tapi... dia susah nak tidur sebab selsema. Da masukkan buai tapi tidur tak lena. Jadi keluarkan dia dari buai. Kesian sangat tengok baby selsama dan batuk. Yela.. dia orang bukan tahu apa. Lain la kita yang da besar panjang nie. Macam-macam cara boleh buat. Baby pulak hanya bergantung pada mak ayah dia.
So, untuk tolong Husna tidur, Ila tepuk-tepuk la kaki dia tapi tak jalan jugak.. Husna tetap resah. Tak selasa dan tak sedap badan agaknya. Pastu, Ila urut belakang badan dia pulak. Dia ok kejap.. Mungkin sedap cikit kene urut tapi kejap je.. Lepas tu dia merengek balik...
Hmmm.... da tak tahu apa nak buat da.. Tiba-tiba ternampak benda nie...
Jeng jeng jengggg
Inilah bendanya.. VICKS Sangat membantu.
Ila sapukan pada dada, leher dan dekat hidung Husna supaya dia selesa dan senang nak bernafas. Alhamdulillah dia ok lepas tu. Sekarang dia tengah tidur lena nampaknya. Lega tengok dia lena..
Sebelum terlupa Vicks ni yang khas untuk baby. Bukan yang biasa orang tua guna tu ye.. Nanti kepanasan pulak anak-anak kecik. Baik-baik merengek sikit-sikit jadi melalak pulak. NAMA panjangnya Baby Balsam, harganya Ila da tak ingat da. sebab da agak lama jugak beli. Ada la dalam 5 bulan tapi pakai sikit je da cukup.
Tengok baru sikit yang dipakai... Biasanya guna kalau Husna kene gigit nyamuk. Biasalahkan, kene gigit nyamuk pastu gatallahkan bahagian tu. Jadi sapu sikit untuk elakkan Husna mengaru secara berlebihan. Pada Husna Baby Balsam jenama Vicks ini memang sesuai. Cubalah.. Kalau baby tak sesuai pakai, mak bapaknya pun boleh pakai...
Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...
No comments:
Post a Comment