Sila tinggalkan komen anda jika anda rasa perlu... Jangan malu-malu ye... Kalau ada sesiapa punyai blog sudi-sudilah tinggalkan alamat blog anda diruang komen. Insya-Allah saya akan lawati blog anda nanti. PENAFIAN: ""PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. ""
Monday, 16 June 2014
Tidak Tertahan Lagi
بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Maafkan aku. Aku sudah tak tertahan lagi. Moga dapat dikurangkan tekanan ini dengan cara meluahkannya pada blog. Bukan nak bertujuan untuk mengganggu atau mengusik kehidupan sesiapa. Cuma untuk diri sendiri.
Rasanya aku tak pernah meluahkan apa-apa tentang dunia pekerjaan aku. Ini kali pertama...
Aku seorang pendidik.
Ye aku mengaku. Aku seorang guru.. Mungkin pendidik mungkin hanya seorang guru sekadar guru.
Maafkan aku kerana aku insan biasa. Ada kala kekuatan fikiran dan semangat untuk mendidik kalah dengan bebanan kerja yang bukan kerja hakiki seorang guru pada awalnya.
Maafkan aku..
Semakin hari, semakin dunia dihujung jari semakin mudah serba-serbi tetapi aku seorang guru semakin tidak punya waktu untuk diri, keluarga yang disayangi dan anak-anak didik yang dikasihi.
terlalu banyak sistem maya yang perlu cikgu laksanakan. terlalu banyak program yang wajib dijalankan. nampaknya macam mudah... dan ada suara-suara sumbang... "ala... baru cikit da bising.." "cikgu muda sekarang banyak merungut...."
memang aku guru muda. tiada senioriti.. tapi adakah kami tidak punya keluarga? masa untuk diri dan anak-anak?
"kau siapa sipolan... kau baru berapa hari dekat cini... kau siapa nak cadangan itu dan ini..."
kami yang kecil dan muda ini diajar untuk diam dan menurut perintah. sehingga kaki-kaki mereka yang senior pijak kepala lagi. beri kami tugas last minute. dengan alasan... muda lagi.. tak banyak tanggungan. dulu aku muda aku buat semua tak banyak cerita pon.
aku sendiri sampai tak tahu apa aku nak cakap.
banyak sangat. sakit kepala....
aku jadi cikgu hanya jasad seorang cikgu bukan lagi seorang pendidik.... mengajar dengan matlamat menghabiskan sukatan pelajaran... kerana aku tidak punya waktu untuk menyelami hati anak-anak didik aku, meneliti diri mereka, rapat dengan mereka dan bergaul mesra dengan mereka kerana kerja cikgu kini tidak fokus kepada pengajaran tapi 'mereka-mereka' mahu keputusan anak-anak murid cemerlang.
aku bukan insan sempurna tapi aku tidak mengalah, aku sentiasa mencuba yang terbaik tapi hasil yang aku dapat buat memerlukan masa. aku bukan orang yang bisa mengawal semuanya seperti sesetengah mereka yang bijak mengurus. manusia itu berbeza.aku tahu siapa diri aku.
maafkan aku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Shoppin Online & Dapat Cashback
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...

-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ila rasa kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang nak beli...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pen...
-
بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung entri Pros...
No comments:
Post a Comment