بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Masa tengah tulis entry pasal wishlist terbaru Ila, tercetus pulak idea untuk kongsi pola (pattern) yang boleh dicetak (printable) dengan kawan-kawan yang sama-sama minat dalam bidang jahitan nie.. Well.... sharing is caring, right? Yang lagi bestnya, pola nie PERCUMA (free)... Seronokan....
Ila nak upload kat sini tak patut pulak sebab bukan hak milik Ila. Jadi kawan-kawan silalah melawat link yang Ila senaraikan dibawah ye bagi menghormati pemilik asalnya.
OK ila senaraikan link yang ada pola free tu.
- Seluar pendek / pathway short - saiz dewasa
- Paper Fan Dress - baju kanak-kanak
- Piece A Cake Dress - baju bayi
- Right Turn Bag
- Menagerie Bag
- Canoe Purse
Untuk ingatan, pola nie free.. Jadi kawan-kawan dia tak sama macam pola yang kita beli. Ada pola siap cara nak jahit, ada yang pola sahaja dan ada pola tu sangat basic. Jadi kita kene berusaha untuk fahamkannya.
Kalau kawan-kawan kreatif boleh ubah sikit pola tu untuk tukar stail, jadi stail lain. Syaratnya kawan-kawan kena ada basic menjahit. Kalau takde basic tak jadi masalah asalkan minat mendalam dan kesungguhan tu ada..
Kalau ada pola free lain nanti Ila kongsikan link dia lagi ye..
Ok, selamat mencuba, selamat berjaya...
Bye....
No comments:
Post a Comment