Ila nak
cerita pasal persiapan untuk perkahwinan. Bagi sesiapa yang da cukup umur dan da
sampai seru mesti tertanya-tanya apa yang perlu dibuat. Post kali ini Ila nak
cerita pasal langkah atau prosedur yang kita perlu buat sebelum majlis
pernikahan boleh dijalankan secara sah mengikut undang-undang Negara kita yang
tercinta ini.
Untuk
pastikan kita jalankan pernikahan secara sah mengikut undang-undang,
diulangi... sah dari segi undang-undang ye bukan sah dari segi agama. Sah dari
segi agama tu da tentu la kan, kita kene patuh syarat-syarat yang ditetapkan.
Yang nie kita perlu sah dari segi undang-undang Negara kita supaya tak
menimbulkan masalah di masa depan nanti.
Dokumen-dokumen
yang diperlukan;
1.
Sijil kursus pra-perkahwinan
ü Pastikan sijil nie dikeluarkan oleh pihak yang diberi lesen
dan disahkan oleh Pejabat Agama. Susah-susah pergi je kursus yang Pejabat Agama
Daerah anjurkan. Confirm sah...
2.
Borang Permohonan Perkawenan
(lelaki-borang 1 dan perempuan-borang 2)
ü Borang kene ambil sendiri dengan tunjukan kad pengenalan.
ü Harga borang nie RM5 setiap satu jadi kalau ambil borang untuk
pihak lelaki dan perempuan sekali harganya RM10.
ü Borang nie ada 2 salinan dan kene isi dua-dua. Borang untuk
pihak perempuan disertakan dengan Borang Maklumat Wali. Kalau ada sesiapa yang
ayah dia sendiri atau pun wali sendiri yang nak nikahkan kene hantar permohonan
sebulan lebih awal dari tarikh nikah.
ü Setiap borang perlu ada saksi borang yang semestinya
berjantina lelaki seramai 2 orang. Lelaki tersebut mestilah bukan dikalangan
ahli keluarga terdekat, contohnya abang, adik lelaki & ayah. Kalau pakcik,
sepupu boleh. Lagi satu orang yang buat pengesahan bujang, jurunikah, ketua
kampong dan anggota Pejabat Agama yang berkenaan pun tak boleh jadi saksi.
3.
Laporan Ujian HIV
ü Borang nie PERCUMA. Masa ambil borang permohonan yang kat atas
tu, dia akan bagi borang nie sekali.
ü Ujian HIV nie mesti dibuat di klinik @ hospital KERAJAAN
sahaja. Swasta tak boleh ok. Buat ujian nie sekejap je, 30minit pun tak sampai
tapi bergantung pada kakitangan klinik/hospital tempat wat ujian tu.
Da siap isi semua borang, hantar la ke
Pejabat Agama tempat pihak perempuan menetap. Kalau nanti korang semua kawen
dengan pasangan yang sama daerah, tak ada masalah. Kerjanya senang cikit dari
yang kawen dengan pasangan yang tak sama daerah atau kawen dengan orang yang
lain negeri. Yang kawen dengan pasangan lain daerah atau negeri nie, pihak
lelaki kene uruskan dulu dekat pejabat agama daerah dia pastu beri borang ang
da siap pada pihak perempuan untuk diurus dan dihantar ke Pejabat Agama Daerah
tempat pihak perempuan duduk pulak.
Nie Ila nak cerita pasal prosedur bagi yang dapat pasangan luar daerah sebab memang dapat orang luar daerah tapi tak lah jauh mana. Yang dapat orang lain negeri pun sama. Pertama sekali, pihak lelaki perlu uruskan di pejabat agama daerah dia kemudian serahkan semua dokumen pada perempuan untuk diuruskan. (Samalah macam penerangkan dekat atas kan...)
Pihak perempuan akan bawa semua dokumen untuk diserah pada kaunter yang berkenaan kemudian orang di kaunter akan beri Borang Temuduga. Nak kawen pun ada tenuduga. Bukan senang nak kawen tau. Tapi dalam temuduga tu dia soal sooalan yang senang je.. Kalau tak dapat jawab mesti orang tu tak amalkan...
- Mengucap dua kalimah syahdah.
- Membaca surah al-Fatihah dengan betul.
- Membaca doa qunut (part nie menurut penemuduga, ramai yang failed!!)
- Bab Munakahat
- Bab Toharah
- Tanggungjawab suami/isteri
Selepas itu, dia akan bagi surah kebenaran bernikah dan kene bayar RM17 untuk dapatkan borang/sijil nikah warna pink dan hijau muda yang ada 2 salinanan setiap satu warna untuk diguna semasa akad nikah nanti. Da dapat semua dokumen, serahlah pada tok kadi yang akan menikahkan kamu...
Itu saja... Sekian...
p/s: kurang semangat nak urus-mengurus nie. Banyak lagi kerja
yang perlu diuruskan. Kerja la yang paling utama. Tiba-tiba terlintas dihati,
apa perasaan orang yang kawen dengan pasangan yang memang disayangi
sangat-sangat. Terutamanya yang da lama bercinta ye... apa yang dia orang rasa
sebab Ila tak macam tu. Kenal 6 bulan da tunang, 7 bulan lepas tu nikah. Dari
masa kenal sampai sekarang, belum habis jari-jari di tangan untuk kira berapa
kali kami jumpa.