Entah kenapa, sejak dua menjak nie Ila sukan sangat buat kuih. Hehe.. Hari nie (Khamis, 4 Julai 2012) Ila buat kuih Cucur Badak. Macam biasa, tak perlu nak cerita panjang-panjang, kite terus je ke resipi kuih cucur badak dan cara membuatnya...
Selamat mencuba kepada semua.
BAHAN:
Doh:
50g tepung gandum
50g tepung ubi
1 biji ubi keledek sederhana besar
½ camt. Garam halus
Minyak masak untuk menggoreng
|
|
Inti:
30g udang kering → rendam, toskan & tumbuk halus
25g kelapa parut
3 ulas bawang merah (dihiris
½ biji cili merah halus)
½ camt. Garam
|
1 hiris halia
4 biji cili kering → digoreng tanpa
(Bahan A)
minyak dan ditumbuk halus
½ camt. Jintan manis
1 camb. Gula halus
1 camb. Minyak
½ camt serbuk kunyit
|
Cara Membuatnya:
Inti
1. Panaskan
minyak dan goring bahan A sehingga wangi.
2. Masukkan
udang kering, kelapa parut, cili merah dan bawang. Kacau sebati.
3. Masukkan
serbuk kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Goreng
hingga kering dan keluarkan. Biarkan sejuk.
Doh
1. Buang
kulit ubi keledek yang telah direbus dan dilecek.
2. Masukkan
tepung dan uli sehingga doh menjadi kental.
3. Canai
doh dan bentukkan seperti sosej. Kemudian potong 8 hingga 10 bahagian yang sama
besar. (Ikut kesukaan anda, kalau suka kecil bahagi lebih banyak lagi.)
Cucur Badak
1. Canai
doh yang telah dipotong sehingga bulat dan isikan inti tadi.
2. Tutup
dan bentukkan kuih.(nak buat bentuk selain bulat pun boleh. Yang penting inti
tidak terkeluar).
3. Panaskan
minyak dan goring kuih sehingga kuning dan toskan.
4. Hidangkan
kuih berinti pedas pada pinggan berbentuk bujur.
SELAMAT MENCUBA!!!
ila <(^_^)>
p/s: tak dapat sertakan gambar sebab kuih ini tak berapa menjadi bentuknya. next time ila akan upload gambar kuih yang da jadi dengan jayanya..
No comments:
Post a Comment