Semoga kawan-kawan semua dirahmati dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Hari nie Ila nak kongsi resipi kuih Dorayaki pulak. Ala... kuih kegemaran Doremon tu... Hehehe... Teringat pulak cerita kartun zaman kecik-kecik sampailah sekarang, masih lagi disiarkan di kaca televisyen.
Kali nie, Ila tak nak tulis post panjang-panjang. Kite terus je ke resipi untuk membuat kuih dorayaki. (Tak tahulah ejaan kuih nie betul ke tidak. Kalau salah harap boleh tolong betulkan, TQ).
BAHAN:
1 cawan tepung
serba guna (tepung gandum pun boleh)½ cawan gula halus
½ camt baking soda
3 camb air
2 biji telur
1 camb madu
½ camb minyak masak
Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dengan coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)
KAEDAH:
1.
Masukkan gula ke dalam
mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
Macam nie la rupa adunan atau bahasa dapurnya 'bater'dorayaki. |
2.
Campurkan baking soda dan
air. Kacau sehingga baking soda sebati.
3.
Tambahkan larutan baking
soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul
rata.
4.
Tambahkan tepung yang
telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie
boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.
Selepas direhatkan, jika
adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut
keperluan.
6.
Panaskan pan (kuali leper),
lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan
terlalu besar nanti hangus).
7.
Ulangi langkah sehingga
semua adunan habis.
8.
Kemudian sapukan kacang
merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain.
9.
DA BOLEH MAKAN!!!! (^_^)/
Da siap!!! |
Lupa pulak, madu boleh campur dalam adunan sebelum direhatkan atau boleh digunakan untuk makan sebagai pencicah tapi kalau taknak pun tak apa sebab kuih nie da manis. Kepada sesiapa yang tak suka manis, boleh kurangkan kuantiti gula.
p/s: kalau nak cepat, pukul je pakai mixer. pastu da tak payah da nak rehatkan adunan tu. hahaha
salam dari dapur,
Ila (^_^)
rasa terliur pulak setiap kali tengok gambar kuih dorayaki tu... nyum... nyum...
ReplyDelete