Monday 26 March 2018

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Terutamanya kaum hawa.

     "SHOPPING IS A THERAPHY"

     Betul tak? hihi...

     tapi shopping jugak boleh jadi penyakit dan yang lagi teruk boleh jadi barah yang parah bila takde dah duit untuk dishoppingkan dan bershopping sampai tak terbendung.. stress kan jadinya. so shoppinglah berpada-pada.

     so dekat sini ila nak ajak dan ajar kawan-kawan bershopping tapi dapat balik pulangan duit yang kita shoppingkan tu. tapi pulangan duit tu tak la banyak. DIINGATKAN, TAK BANYAK ye tapi lebih baik dari tak dapat apa2. betul tak.

ooo diingatkan ini untuk shopping online sahaja. DIULANGI... UNTUK SHOPPING ONLINE SAHAJA

     Sebelum ila ajar kawan-kawan cara dapatkan sila semak kelayakan anda.. haha tak la bukan kelayakan tapi kalau kawan-kawan ada kriteria ni silalah guna teknik nie. asleast dapat juga pulangkan duit dari shopping tapi tak dapat apa-apa langsung.

1. Suka shopping online di online shop seperti di bawah

2. boleh sabar untuk tunggu duit tu dicashkan semula...

ni adalah sebahagian cashback yang ila dapat dari apa yang ila belanjakan...

untuk pengetahuan semua, nilai cashback ni tak sama.. ila memang banyak berbelanja melalui lazada.. online shop lain pun ada juga tp kurang ila gunakan sebab lazada bagi percent (%) cashback tinggi dari online shop yang lain.

balik semula pada nilai cashback, sebagai contoh kita berbelanja di lazada dengan berbelanja di Qoo10 macam dalam gambar di bawah dalam kotak merah tu. lazada bagi sampai 11% cashback bergantung kepada kategori barang yang kita beli. kalau berbelanja di Qoo10, dia cuma bagi  4.5% je.

dan % setiap online shop berbeza macam dalam list di bawah.. ada banyak lagi online shop yang tersenarai nanti kawan-kawan da daftar boleh la check...


kalau kita berbelanja di lazada pun bukan semua barang kita dapat 11% cashback ye. kalau beli baju atau barang-barang dalam kategori fesyen dapat la 11% cash back tapi untuk pelanggan baru je. kalau da beli untuk kali ke dua cuma dapat 4% je, macam dalam senarai di bawah ye..

tapi ok la dari tak dapat apa-apa. betul tak?

boleh la guna cara yang akan ila kongsi ni.



cara-caranya ialah..

1. klik link shopping & get cash back.

2. daftar segala maklumat yang diperlukan. (jangan ragu-ragu, ila da try setahun... alhamdulillah ila da dapat lebih RM100 & selamat )

3. pastikan setiap kali nak beli barang masuk melalui laman yang kita daftar dulu atau klik disini,  kemudian baru masuk ke online shop yang kita nak. pastikan online shop tu tersenarai la dalam laman web ni ye.




lagi satu, untuk makluman kawan-kawan dia akan minta  nombor akaun bank yang kita nak masukkan cashback kita.

dan jangan lupa baca tempoh cashback kita boleh ditunaikan. setiap online shop tempoh untuk dapat cashback berbeza ye.. nilai minimum untuk kita keluarkan cashback kita ialah $10. kalau belum cukup $10 tak boleh cashkan...

jadi, setakat nie dulu.. kepala jem sebab lama sangat tak update blog ni. tak tahu nak tulis apa.. haha...
kalau ada apa-apa tak faham atau kemuskilan boleh la komen diruang komen ye.. Insya Allah ila akan jawab dan bantu yang mana boleh...

k, bye....

Monday 13 March 2017

Antara Dunia Insta, Fb dan realiti.

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

   Da lama tergerak nak tulis tentang tajuk ini. Ila suka buka insta @ instagram dan FB. Ila suka tengok gambar. Ila ada follow beberapa orang artis, crafter terutamanya dalam bidang jahitan sebab ila suka tengok fesyen walaupun ila bukan la orang yang fashionable... Pakai asal boleh je.. haha.. senang kata Ila sebenarnya stucker beberapa page yang ila minat tapi ila tak berniat jahat ye... hihi

     Biasanya yang di upload dalam insta n FB ni mestilah gambar yang dianggap 'the best' pada pemilik akaun. Betul tak? Ila pun sama. Gambar yang ditunjukkan biasanya menggambarkan rasa bahagia, gembira, mewah dan semua yang baik-baik belaka. Senang kata gambar SEMPURNA... sehingga menimbulkan rasa cemburu pada orang lain yang melihatnya dan dari situlah timbulnya penyakit "Ain" aka mata. (bab ni sila google n selam sendiri ya..)

hmmm....

Realiti nya memang macam tu ke?

Kita boleh fikir sendiri... sebab kita yang punya insta n fb serta akaun sosial lain tahu bila pahit, masam dan masin yang terjadi. Yang buruk terperlu dihebahkan dan diceritakan sebab kita tak tahu siapa yang sedang memerhati dari jauh. Malah ada yang tengah bersorak gembira sambil bertepuk tangan tengok, dengar dan baca kisah sedih kita. Zaman sekarang nie macam-macam hal boleh jadi.

pendek kata, alam maya nie tak la menceritakan kisah sebenar dunia penceritanya. Pada pendapat ila ia boleh diikuti sebagai hiburan ringan tapi bukan dijadikan idaman kerana kemampuan setiap manusia itu berbeza..

alhamdulillah... Syukur dengan apa yang ada sekarang. tak mewah tapi tak susah....

aku bukan "keyboard worrior"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Setiap orang dilahirkan dengan bakat dan kelebihan sendiri. Ada yang perlu dicari dengan usaha yang berterusan dan semangat secara tanpa rasa putus asa. Post ini sekadar coretan dari hati.

     Aku bukan keyboard worrior dalam alam maya ini. Aku sedar tapi aku suka berkongsi sesuatu yang aku rasakan berguna. Selain itu aku gunakan halaman ini untuk meluahkan rasa. Aku tak peduli sama ada, ada yang membaca atau tidak tulis-tulisan aku. Walaupun terdetik di hati ingin juga post aku mencapai ratusan dan ribuan pembaca dalam sehari. Namun, aku harus sedar aku bukan keyboard worrior yang tulisannya dinanti-nanti orang.

     Perlukan aku merasa cemburu dengan mereka yang berjaya dalam bidang ini? Hmm... Mana mungkin rasa itu tidak terdetik dalam hati. Aku tahu di dunia realiti juga aku bukan seorang yang petah dan bijak berbicara. aku lebih suka diam dan menjadi pemerhati jika berada dalam khalayak. Itu aku...

     JADI... aku terima diriku seadanya... terima kasih kepada yang sudi membaca...

Monday 3 October 2016

AKU BUKAN MULTI TASKER

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Kerja aku adalah kerja yang memerlukan aku menjadi seorang multi tasker.. Akulah pengajar, akulah tukang sapu, tukang sorak, jurulatih, juru hiasan dalaman, kaunselor, pemandu, jururawat, ibu, jurulatih tarian, penguirus, pengarah dan terlalu banyak untuk disenaraikan.. Aku cuba tapi aku harus akur... aku tak mampu menjadi seorang multi tasker yang berjaya.

     Aku kenal diri aku, aku telah cuba tapi ini bukan diri aku. Ya Allah... aku suka kerja aku tapi bila terlalu banyak perubahan yang dilakukan, pertambahan itu dan ini, aku mengaku aku tak dapat kejar kesemuanya perubahan yang berlaku tetapi jika perubahan itu dalam bidang pengajaran aku akan mudah dan cepat faham tetapi segala kerja seperti mengatur program yang melibatkan pengurusan ramai orang.. INI BUKAN DIRI AKU...

     Semoga segala kerja yang tidak mampu aku lakukan tidak menjejaskan keredhaan rezeki ini... kerana bukan aku tak berusaha. Aku menangis setiap kali aku tak mampu menjadi seperti orang lain yang dapat melakukan itu dan ini walaupun tidak sempurna tapi ada hasilnya.. Adakah aku mencari kesempurnaan....????

aku memohon pada Mu Ya ALLAH halalkanlah dan redhakanlah rezeki yang diberikan kepada ku jika aku tidak dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin kerana aku makhluk yang kerdil dan lemah....

sekarang aku perlu belajar demi kehidupan yang lebih baik dan demi kesihatan mental dan fizikal aku. aku perlu terus sihat demi pekerjaan dan keluarga serta anak-anak...

aku ambil nasihat dari TED Talks - tapi aku lupa siapa penyampainya ketika itu. kesimpulan yang aku dapat dari rancangan perkongsian pendapat tu ialah


"jika kita tak mampu menjadi multi tasker, tidak salah kiranya kita menjadi mono tasker kerana ramai orang juga tidak mampu menjadi multi tasker yang berjaya. Kenapa kita mesti mengikut jejak langkah orang lain, sedangkan kita boleh menjadi seorang mono tasker yang berjaya dan menghasilkan hasil yang lebih hebat dari multi tasker? siapa diri kita adalah apa yang kita tentukan"

kepada rakan-rakan jangan malu untuk menjadi seorang mono tasker kerana kita lebih mengetahui siapa diri kita yang sebenar dan berserahlah kepada-Nya setelah kita berusaha. kerana Dia pasti bantu kita.

kepada rakan-rakan yang perlukan motivasi dan pandangan, Ila cadangkan buka laman web


kita juga perlu jadi pendengar pandangan yang bijak menilai. jangan terima 100% kerana budaya, agama dan persekitaran kita yang berbeza.

Monday 8 August 2016

sambungan .... Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung  entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan" setelah lebih dua tahun.

"PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN DAN PERBEZAAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. "

sambungan....

Cara/prosedur Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

yang last Ila sampai part nie

"7. bila pinjaman diluluskan kita kene hantar surat setuju terima. surat tu da siap tinggal download je dari web. tinggal tanda tangan peminjam dan ketua jabatan peminjam. lepas tu hantar.. - ila baru buat sampai sini. kalau ada info penting lagi.. ila akan updatekan lagi untuk perkongsian bersama ye.." - surat nie kalau kawan-kawan tak download & print pun takpe sebab pihak pinjaman perumahan akan hantar kepada kita tapi masalahnya surat di perlu dijawab dalam masa 14 hari. Ila ter'advance' sebelum dapat surat setuju terima Ila da pun hantar surat setuju terima yang Ila download dari laman web tu (sila fahamkan ayat Ila nie ye. Ila cuba guna bahasa yang paling mudah untuk faham).

8. tunggu surat pengesahan pinjaman perumahan kita dan tunggu surat dari pada pihak insuran. dalam surat tu ada penyata jumlah pinjaman kita dan lain-lain maklumat. (sila simpan segala maklumat untuk dirujuk kemudian hari, Ila simpan dalam satu fail).

9. tunggu jela rumah kawan-kawan tu siap... bila semua perkara (pengurusan) da selesai kita tak akan dapat apa-apa surat. selepas urusan pinjaman Ila selesai, Ila memang tak dapat apa-apa surat.

10. bila rumah da siap, pihak pinjaman perumahan da bayar duit pada pemaju, pemaju akan telefon untuk serah kunci dan beri lebihan duit pinjaman kita dalam bentuk cek. Ila dapat kunci bulan Februari 2016 baru nie. sama nie potongan pinjaman pun belum dibuat.. tertanya-tanya juga, bila gaji nak kene potong...

kenapa ada lebihan pinjaman.. nak tahu boleh baca pada bahagian komen entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"
banyak maklumat berguna pada bahagian komen tu sampai Ila lupa nak update entri sebab kebanyakkannya da diberi dalam bahagian komen. ada juga rakan-rakan pembaca yang lebih berpengalaman tolong jawabkan. TERIMA KASIH YE.. (^_^)


11. awal bulan 4 Ila dapat surat yang menyatakan potongan gaji akan mula dibuat bermula APRIL 2016. dalam surat tu bagi tahu, kalau masih belum ada potongan kene bayar sendiri pada nombor akaun yang diberi dalam surat tu. - tindakkan Ila masa nie ialah... bawa surat tu berjumpa kerani. Kerani akan tolong urus. Kerani Ila cakap, dia da dapat surat tu juga. Dia akan uruskan tapi kalau masih belum potong, kenelah bank in atau transfer sendiri ke akaun yang dinyatakan.. Alhamdulillah kerani tempat Ila bekerja memang sangat efisen dan terbaiklah.... 

12. bulan APRIL lepas da mula potong gaji direct dan bermulalah episod gajiku dipotong untuk 24tahun 8bulan lagi... huhuhu sadis... hihi... takpelah... kalau tak, tak berumah sendiri nanti...



ok.. da habis. next time Ila update pasal masuk rumah baru pulak ye..

p/s: untuk maklumat yang lebih tepat dan jitu, rakan-rakan boleh terus ke laman web rasmi LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) dulu namanya BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN

Wednesday 3 August 2016

SOAL JAWAB SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Dari sebelum habis universiti lagi Ila berminat nak mohon SKM-Sijil Kemahiran Malaysia. tapi entah kenapa masa tu belum ada kekuatan untuk buat keputusan dan masa tu belum banyak cara nak cari maklumat pasal SKM. Sekarang da 6 tahun bekerja Ila masih pasang niat yang sama untuk miliki SKM.

Hari nie Ila terjumpa laman web nie.. Sangat berguna.


ada kaunselor yang sangat berpengalaman akan menjawab sebarang soalan yang berkaitan.

ini pulak laman web rasmi SKM.
Laman web JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


Ila tak sempat nak explore habis. jadi tak dapat nak kongsi kesimpulannya. Ila kongsikan dulu di blog supaya Ila boleh rujuk semula nanti.

Ila akan kongsikan lagi maklumat terbaru yang Ila dapat. Moga kita berjaya bersama.

Amin...

Tuesday 2 August 2016

PROMOSI EPAL

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Aduhai.... Hanya Allah yang tahu apa yang Ila rasa sekarang nie... Berbunga hati pun ada... Gerimis salju pun ada... huhuhu... Kenapalah dia datang time duit Ila tengah terbang-terbang melayang untuk siapkan rumah... Allah... Dialah sebaik-baik perancang.. Sebelum nie memang Ila aim nak Brother V3 pastu bertukar sekejap ke Janome MC1100 tapi tukar balik pada Brother V3... Tiba-tiba...... semalam... scroll2 FB... ternampak ini...


     MAK AI.... Tergoda akak dik non..... huhu... Harga promosi yang sangat berbaloi... siap pakej sekali. Memang Ila idam-idamkan.. Pakej kalau bayar tunai tu sangat-sangat mengoda keimanan.. Siap dengan 1hari kursus tu memang ilmu yang Ila cari. Duit kumpul untuk Brother V3 pun tak cukup lagi.. tiba-tiba keluar yang ini...

Yang nie pun promosi jugak tau...

     Dulu masa belum ada mesin jahit langsung memang riki-riki mesin nie... Masa tu bajet ciput je... Mesin nie dapat tengok gambar je la.. Sekarang da murah cikit tapi dah ada mesin lain... Hmmm... Allah sebaik-baik perancang kan...

     So... sesiapa yang berminat dengan mesin-mesin nie boleh la survey2 dan tengok2 dekat FB EPAL STORE atau FB Mostwell Epal.. Ila baru lepas melawat www.epalstore.com.my tapi takde lagi pasal mesin MC500 tu. MC350 tu memang da ada.. mungkin Ila terlepas pandang kot.

So sesiapa yang berminat silalah buat apa yang patut.. Ila minat tapi terpaksa simpan dulu impian untuk dapatkan Janome MC500 atau Brother V3.

Takpe.. Sabar.. Allah sebaik-beik perancang...

K bye...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...