Sunday 16 December 2012

Buat Bakal Khalifah Kecil Ku


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sayang,

     Pada saat ini kamu belum dilahirkan lagi. Kamu masih dalam kandungan umi. Masih kecil, baru 2 bulan tapi...
 kehadiran mu amat umi rasai. Berita keberadaan mu di sisi amat umi dan walid harapkan.

kamu nak tahu tak sayang?
     Pada hari itu, walid sanggup bangun awal tak seperti selalu. Semata-mata untuk mengetahui ujian kehamilan umi. Tak pernah walid bangun seawal itu. Dengan penuh semangat walid bangun dan cari umi di bahagian dapur rumah Tok Wan & Tok Ton untuk mengetahui keputusan itu. Tapi... niat walid terhenti kerana pada ketika itu, Tok Ton kamu sudah bangun. Segan katanya untuk bertanyakanlah itu pada umi.

      Kemudian umi masuk ke dalam bilik kerana umi faham apa yang diinginkan oleh walid. masakan tidak, tentulah walid orang yang teruja untuk mengetahui keputusan itu kerana dia memang menginginkan kehadiran kamu dalam hidup kami ini.

Sekadar gambar hiasan, khalifah kecilku masih di dalam rahim ini.
 
 
      Panjang coretan yang ingin umi ceritakan kepada kamu sayang tapi cukuplah buat masa ini.

      Harapan umi dan walid semoga kamu membesar dalam rahim umi pada ketika ini dengan sihat dan sempurna dari segi fizikal dan mental. Moga kamu juga dilahirkan dengan baik dan mudah tanpa sebarang kesukaran dan membesar menjadi seorang anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta anak yang soleh ataupun anak yang solehah. Amin...

     Jadilah khalifah yang berjuang untuk agama.



Yang mengasihi kamu, khalifah kecilku,
    Umi..

Wednesday 5 December 2012

November Tanpa Cerita, Disember Sudah Bermula Bhg2

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambung cerita lepas...

Bulan November berlalu tanpa sebarang aktiviti yang menarik sangat tapi nak cerita juga pasal aktiviti-aktiviti sepanjang bulan November yang tak berape nak menarik..

       Minggu pertama cuti sekolah betul-betul hari pertama cuti (Sabtu, 10.11.12 - cantikkan tarikh ini. actually nie tarikh asal rancagan nak menikah tapi diawalkan. haha bukan sebab tak sabar ok...) masih berada di sekolah berkursus pastu terus balik ke rumah Benut, tunggu En. Suami datang ambik dari rumah makciknya di Johor. Rumah makcik, adik kepada mak mertua buat kerja kahwin esoknya. Means hari ahad majlis bersanding n yang kahwin tu sepupu Encik Suami sebaya dengan tuan punya blog umurnya. Hari sabtu tu sekadar rewang-rewang (gotong-royong) untuk hari esok n majlis akad nikah. Hari sabtu tuan punya blog takde buat apa sangat. sekadar tengok-tengok je.. (ala-ala mandur gitu - haha perasan)..

      Tugasan bermula pada hari ahad. Jadi orang dapur. Bahagia kepakaran memotong segala jenis sayuran dan buah-buahan. Bunyinyer macam senang tapi.. sampai melecet tau wat kerja nie. Dari mula sampai lebih kurang pkl8 sampailah petang pukul4.30 non-stop kecuali time makan n solat je. Itu pun makan da lambat sangat. Sampai baby kembung dalam perut..

      Tuan punya blog rasa, itulah kali pertama seumur hidup rewang yang tak berhenti-henti n tak sempat langsung nak bergambar dengan pengantin.. huhuhu.. sedih sungguh...

      Gambar takde sebab memang tak sempat langsung nak kuar ambik gambar di tambah dengan tetamu yang datang tak berhenti-henti. memang non-stop la wat kerja ari tu. Last-last... tak boleh tahan pkl 4.30 tu naik bilik kat atas baring n tido tak sedar disamping mengelakkan 'mabuk' bertambah teruk kerana badan terlalu letih.. Malam tu jugak tuan punya blog, encik suami n maknya balik Benut.. sampai rumah pukul11.30malam terus baring n tak sedarkan diri sehingga pagi...

ada lagi nak sambung tapi hari da terang... next time ok...

Sunday 2 December 2012

November Tanpa Cerita, Disember Sudah Bermula

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Sebenarnya bukan tiada cerita ingin dipaparkan... tapi banyak perkara yang lebih utama perlu didahulukan. Semua perkara penting namun kita harus bijak mendahulukan yang terpenting. Macam berbelit-belitkan ayat tu.. Tapi tuan punya blog yakin rakan-rakan dapat memahaminya.

      Dalam entry kali ini sepertinya mahu menulis panjang tapi rasanya waktu itu sangat mencemburui. Aktiviti hari ini bermula dengan bangun tidur, membersihkan diri dan menghambakan diri kepada-Nya Maha Pencipta. Semoga kehidupan seharian mendapat rahmat dan keredhaan-Nya.

      Kemudian, bermulalah tugas sebagai suri kepada sang suami dengan menyediakan sarapan pagi. Walaupun hanya sekadar nasi goreng yang termasin sedikit bagi ku tapi sang suami sangat menghargainya dengan ucapan terima kasih. Namun, katanya "ini bukan masin sayang, ini pedas..."
(Kenapa tiba-tiba jadi ayat puitis pulak nie.. haha.. geli geleman jadinya...)
tak nampak sama sebab lighting tak bagus.

to be contineu... (nak iron baju g kenduri kawen jap lagi. encik suami da pilih baju untuk dipakai sedondon....)
     

Wednesday 31 October 2012

Kahwin, seronok ke?

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
       Bila baca tajuk entry kali ini jangan salah paham pulak. Bukan merasakan perkahwinan yang telah dibina ini tidak membahagiakan cuma tidak menyangka pelbagai perkara baru akan kita rasai bila sudah berumah tangga. Tapi tak tahulah kalau pihak lelaki tidak merasa apa yang isterinya rasa.
 
      Entry ini sekadar untuk berkongsi pengalaman supaya rakan-rakan yang lain lebih bersedia menghadapi alam perkahwinan. Semoga menjadi panduan dan persediaan dari segi mental dan fizikal untuk mengukuhkan lagi ikatan yang dibina dengan penuh keceriaan.
 
Apa yang diri ini rasa lepas kahwin...
 
     Firstly, kahwin ini memang seronok macam yang orang-orang yang dah laluinya cakap. Apatah lagi, tuan punya blog nie kahwin tanpa bercinta. Jadi, time nie la masanya untuk bercinta dan kenal-mengenali antara satu sama lain. Memang indah dan lagi best sebab tak ada apa yang boleh halang sebab da kahwin secara yang sah. Pendek kata nak buat apa pun tak takut. Nak jalan-jalan pegang tangan, balik lambat malam-malam dan nak pergi dating mana-mana tak perlu minta kebenaran sesiapa. Mak ayah pun tak bising.

Ku berdoa agar ikatan ini tetap utuh hingga ke syurga, amin...

 
     Tapi bila berkahwin, banyak benda yang kita perlu korbankan. Biasanya dan da jadi adat perempuan aka isteri akan ikut suami. Macam-macam kene ikut. Kehendak suami adalah keutamaan selagi tak melanggar hukum syarak. Jadi, isteri perlu banyak bersabar dengan semua tu. Mungkin sebab tulah ramai kakak-kakak kat tempat kerja nie bagi pesanan masa nak kahwin ari tu banyak-banyakkan berSABAR. Masa baru tunang dulu pun makcik encik tunang (sekarang da jadi suami) pun ada pesan perkara yang sama.
 
     Masa tu memang tak faham apa-apa & cuma anggap itu pesanan untuk hadapi dugaan masa bertunang tapi sampai dah nak kahwin rasanya tak adalah dugaan yang teruk sangat cuma sekali je sebab berselisih pendapat. Itu pun  sekejap je sebab masih baru mula mengenali diri masing-masing.
 
     Bila da 2 bulan lebih berumah tangga nie baru benar-benar faham apa maksud SABAR yang sebenar. Itulah lumrah hidup. Perubahan yang terasa besar sekali sebab sebelum ni apa-apa keputusan buat sendiri cuma minta pendapat mak dan ayah. Memang perlu kesabaran yang tinggi untuk menerima keputusan orang lain buat untuk kita. Lebih-lebih lagi keputusan itu agak membebankan diri...

      Pendek kata perkataan SABAR tu besar pengertiannya dalam sebuah perkahwinan. Bila rasa sabar kurang atau hilang mungkin itulah salah satu punca masalah rumah tangga terjadi dan akhirnya berlaku perceraian yang merupakan perkara yang tidak disukai Allah tapi dihalalkan.

     Apa-apa pun SABAR.... SABAR... SABAR....


p/s: semoga encik suami terus sabar mendidik diri ini dan diri ini sabar melayan kehendak encik suami. amin...

Monday 15 October 2012

Bunga Tangan @ Hand Flowers

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 

 
 
     I like this hand flower very much because of its colour. Bright yellow and unique flower type for hand flower in my country. Sunflowers with little purple flower and grass flower that i don't know what its name.
 
      Most of bride like to choose roses for their hand bouquet but for me, i want to try something different for my big day. Actually, i can choose birght yellow roses but this seems to usual in wedding day to used roses. That's why i choose sunflower. Sunflower is a unique flower.
 

for me its nice when the color is contra with my dress 
 
 



Wednesday 3 October 2012

tak ikhlas...

salam...

      bila suatu permulaan berjalan bukan dengan hati yang rela dan ikhlas, memang susah nak yakin dan kuatkan hati untuk terus jalankan kerja dengan baik dan disiplin.

      berpindah di sini memang bukanlah yang diimpikan. hanya menambahkan beban walaupun suasana untuk bekerja dengan klien lebih baik kerana mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk masuk ke sini tapi suasana bekerja dan suasana semasa bekerja bersama rakan sekerja amat-amat menyedihkan.

      teringat kembali sewaktu pertama kali berpindah ke sini. tiada siapa peduli kehadiran kamu. stress yang teramat sangat dan letih. perjalankan ke tempat kerja mengambil masa lebih 45 minit ketika pulang pula mengambil masa kira-kira 1 jam kerana keletihan dan tidak dapat memandu laju. bertambah tertekan apabila tiada rakan sekerja untuk dijadikan tempat mengadu dan yang memahami situasi.

       tiada apa pun yang dapat mengubat hati dan fikiran ini selain klien yang memberikan sepenuh perhatian mereka semasa diri ini berkerja. Tuhan saja tahu hati dan perasaan ini.

akibatnya,

      segala kerja tidak dapat dilakukan dengan baik. diri jadi malas ditambah lagi dengan tubuh yang sangat letih dan kurang sihat. tumpuan untuk melakukan kerja dan semangat bekerja semakin terhakis dari hari ke sehari. majikan pula bukan jenis yang mesra dan seorang yang 'melabel pekerjanya'. bila label di dahi anda sudah 'tercalar' faham-faham sahajalah...

      moga permohonan pindah diluluskan segera tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun ini. sudah tidak tahan hati ini.

      buat masa ini, apa yang dapat dilakukan ialah senyumkan wajah tapi dalam hati menangis semahu-mahunya.

      aduhai... tabahlah hati. memang diri ini tahu bahawa diri ini tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan tetapi boleh tak kamu wahai majikan berlembut sedikit dengan para pekerja kamu. kami bekerja untuk kamu dan nama kamu sudah dipandang tinggi. kamu juga sudah mendapat gelaran dan pangkat yang diidamkan orang lain yang sejawatan dengan kamu. tolonglah bertimbang rasa... hari-hari cuti kami terpaksa korbankan bagi menghadiri program-program yang kamu arahkan untuk dijalankan.

      masa bersama keluarga kami tinggal entah berapa ketika sahaja dan jika bersama keluarga, tubuh badan ini sudah letih. apa yang mampu kami lakukan ketika itu?

      tolonglah fahami kami, kerana kemampuan setiap insan itu berbeza. mungkin ada diantara kami yang dapat menjalankan tugas dengan baik tapi harus dilihat kehidupan lainnya. kedudukan tempat tinggalnya, urusan keluarganya dan lain-lain lagi.

      inilah luahan hatiku yang amat sedih dan tubuh yang semakin kurang sihat menambahkan rasa sedih di hati.

sekian...

Monday 1 October 2012

Rezeki Allah Tidak Pernah Berhenti Untuk Makhluk-Nya

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
 
       Alhamdulillah syukur kepada-Nya yang tidak henti-henti memberikan rezeki yang tidak putus kepada hamba-Nya yang lemah ini. Semoga dengan rezeki yang diberikan ini menjadikan diriku seorang makhkluk yang sentiasa mentaati-Nya, mensyukuri segala nikmat pemberian-Nya dan redha dengan ketentuan-Nya.

Baca arahan dulu.....

      Tidak pernah menyangka bahawa rezeki ini diberikan dalam masa yang begitu cepat sekali. Sehari setelah mengetahuinya, diri ini termenung, kelu lidah untuk berkata-kata. Ada rasa tidak percaya. Tapi anugerah ini aku diterima dengan penuh kesyukuran walaupun masih diperingkat awal. Moga inilah pengikat kasih-sayang antara kami.
 
its positive, i'm pregnant
syukur... sudah 6 minggu. moga selamat sehingga ke akhirnya. amin...
 
     Ku syukuri anugerah-Mu ini Ya Allah.

BELANJA KAHWIN SEPTEMBER 2012

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Da lama nak tulis post nie tapi tak punya kesempatan. Mungkin Allah belum izinkan tapi hari ini dengan izin-Nya dapat juga menulis kembali. Semoga post ini dapat disiapkan dan dipostkan pada hari ini juga.

      OK... Tajuk post nie 100% adalah berdasarkan pengalaman sebenar buat majlis walimatul urus pada awal bulan September hari itu. Selepas sebulan dan selepas majlis bertandang berlangsung baru punya masa untuk menaip.

      Moga pengalaman ini menjadi panduan dan sebagai persediaan kepada kawan-kawan yang sedang merancang untuk mendirikan masjid. Kepada kawan-kawan yang masih belum ada perancangan ke arah itu atau pun masih belum punya pasangan yang sesuai boleh saja buat persiapan awal. Siapa tahu ketentuan Allah swt. Jika mahu dilangsungkan awal, perbelanjaan dan persediaannya sudah ada dan tidaklah stress untuk membuat persiapan.

      Perbelanjaan berikut sebenarnya untuk majlis yang dijalankan secara sederhana dan diadakan di kawasan kampung yang masih amalkan rewang (gotong-royong untuk memasak). Jadi jika ada dikalang kawan-kawan yang ingin mengadakan majlis gilang gemilang perlulah gandakan bujet kawan-kawan.
 
 
Jumlah Besar = RM 12 845 
 
      Macam tulah perbelanjaan yang telah dibuat semasa menjalankan majlis yang lepas. Tapi sebenarnya lebih lagi sebab banyak lagi perkara yang kecil-kecil tak diambil kira dan....  perbelanjaan di atas adalah perbelanjaan untuk persiapan pengantin perempuan sahaja dan ini bukanlah perbelanjaan untuk keseluruhan majlis.
      Jadi, kepada kawaqn-kawan yang telah bercita-cita hendak melangsungkan perkahwinan silalah menabung sebanyak-banyaknya. Sebab kadang-kala kita akan alami beberapa perkara yang kita tak jangka. Tapi bila da ada duit perkara tersebut tak lah membebankan sangat walaupun duit bukan segalanya tapi segalanya di dunia perlukan duit... Sekian...
 
p/s: untung jadi pengantin perempuan, sebab perbelanjaan boleh guna duit hantaran. Jadi taklah terbeban sangat. kepada yang lelaki jangan asyik nak enjoy abiskan duit je mase bujang nanti tiba-tiba nak kahwin tak ada duit kan susah.... dan tolonglah kalau boleh jangan harapkan mak ayah yang sediakan segalanya dan anda hanya sediakan duit hantaran sahaja. hal lain anda tak ambil peduli...

Friday 7 September 2012

REZEKI BUKAN HANYA PADA KEBENDAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah syukur kepada-Nya.

Segalanya berjalan dengan baik walaupun terdapat sedikit sebanyak kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Lumrah biasa bagi kita insan biasa yang hanya bisa merancang tetapi Dia yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.


Kini telah seminggu usia pernikahan ini.

Tangan lelaki yang kini menjadi suamiku dan juga tangan ayah semasa akad nikah.

Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang Kau kurniakan ini. Kini aku semakin percaya bahawa Allah sentiasa menyayangi lagi mengasihi hamba-hambaNya dan benarlah bahawa pernikahan membawa rezeki kepada individu yang terlibat (pasangan suami isteri).


Rezeki yang diterima bukanlah dalam bentuk kebendaan dan wang ringgit tetapi....

Rezeki ketenangan hati...

Rezeki ketenangan hati yang amat bernilai. Walaupun tidak dapat dilihat ataupun dirasa dengan tangan tapi amat membahagiakan diri. Walaupun diri letih menghadapi hari-hari mendatang.

Aku yakin bahawa rezeki yang aku terima adalah ketenangan hati kerana... ketika majlis tidak ramai rakan taulan yang dapat hadir kerana pelbagai urusan. Jemputan yang hadir juga tidak ramai sepertinya dijangka kerana banyak kad jemputan yang tidak dapat diedarkan atas pelbagai sebab. Emak juga dalam keadaan tidak sihat ketika majlis berlangsung. Hampir aku menitiskan air mata melihat keadaan emak ketika itu.

Tapi... Alhamdulillah

Tidak banyak makanan yang terbuang dan banyak benda yang tidak membazir.
Malah yang paling penting hati ini berasa sangat tenang lebih-lebih lagi ketika solat secara berjemaah dengan dia. Terasa kasih-sayang Allah begitu mendalam kepada diri yang serba kekurangan ini. Dikurniakan seorang suami yang lancar mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan membaca doa serta mempunyai pengetahuan agama.


aku menadah tangan kepada-Mu tanda kesyukuran atas nikmat yang telah Engkau begikan Ya Allah.



Mungkin inilah takdir yang telah diaturkan. Aku pasti apa yang berlaku adalah ketentuaanNya yang terbaik walaupun dia bukanlah pilihan hati.



KEPADA DIA YANG MASIH DIINGATI...
Terima kasih kerana membimbing diri ini menjadi seorang yang boleh bertoleransi, bersabar dan belajar memahami kehendak serta perasaan insan lain. Maafkan diriku kerana tidak mampu tetap memilih diri kamu.

Kepada kamu yang aku hormati. Maafkan diri ini.

Friday 17 August 2012

Bernikah Bukan Kerana Ikut-Ikutan...

Original Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



          aku rasa perkara diatas macam ada kaitan dengan aku. tapi bezanya pada perenggan yang ke 4 tu tak la.. sebab aku dah bekerja dan aku tidak bercinta dengan bakal suami ni. sehingga sekarang belum habis sepuluh jari untuk hitung jumlah kami keluar bersama untuk tujuan dating. keluar bersama hanya untuk mencari keperluan majlis sahaja. dia datang ke rumah aku sendirian pun hanya untuk menghantar atau mengambil barang keperluan sahaja.



         dan yang paling penting dia bukan lah orang yang aku benar-benar cintai. aku berharap apa yang ustazah sampaikan semasa kursus kahwin akan benar-benar terjadi. katanya, Allah hanya mewujudkan perasaan kasih-sayang diantara anak dan ibu bapa (ahli keluarga) serta pasangan suami isteri. moga selepas akad nikah, ada perasaan cinta untuk dia yang benar-benar ikhlas, amin... 



sekian,

puteh

Wednesday 1 August 2012

Bujang Ku Berbaki 30 Hari Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

SELAMAT DATANG OGOS!!! \(^_^)/

       Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2012 sudah lebih separuh kita lalui. Hari ini hari pertama bulan Ogos. Masa bujang ku tinggal 30 hari lagi. Singkat sahaja waktu yang tinggal untuk aku habiskan sendirian. Selepas ini akan berdua tapi....

       Entah apa yang harus aku buat. Segala persiapan belum ada satu pun yang sudah lengkap. Barang hantaran, gubahan, kad jemputan, andaman, pelamin, cenderahati dan macam-macam lagi. Tak ada satu pun yang sudah 100% siap. Entah ke mana semangat diri hilang untuk mengurus.

       Semakin hampir waktunya, semakin banyak kerja tak diduga datang tak henti-henti. Mungkin inilah yang mereka-mereka kata cabaran dan dugaan untuk membina sebuah masjid. Moga segala yang menyesakkan fikiran dan perasaan ini cepat berakhir.


puteh

Tuesday 31 July 2012

Nikah Ooo Nikah

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


            Ila nak cerita pasal persiapan untuk perkahwinan. Bagi sesiapa yang da cukup umur dan da sampai seru mesti tertanya-tanya apa yang perlu dibuat. Post kali ini Ila nak cerita pasal langkah atau prosedur yang kita perlu buat sebelum majlis pernikahan boleh dijalankan secara sah mengikut undang-undang Negara kita yang tercinta ini.

            Untuk pastikan kita jalankan pernikahan secara sah mengikut undang-undang, diulangi... sah dari segi undang-undang ye bukan sah dari segi agama. Sah dari segi agama tu da tentu la kan, kita kene patuh syarat-syarat yang ditetapkan. Yang nie kita perlu sah dari segi undang-undang Negara kita supaya tak menimbulkan masalah di masa depan nanti.



Dokumen-dokumen yang diperlukan;

1.         Sijil kursus pra-perkahwinan

ü  Pastikan sijil nie dikeluarkan oleh pihak yang diberi lesen dan disahkan oleh Pejabat Agama. Susah-susah pergi je kursus yang Pejabat Agama Daerah anjurkan. Confirm sah...


2.         Borang Permohonan Perkawenan (lelaki-borang 1 dan perempuan-borang 2)

ü  Borang kene ambil sendiri dengan tunjukan kad pengenalan.

ü  Harga borang nie RM5 setiap satu jadi kalau ambil borang untuk pihak lelaki dan perempuan sekali harganya RM10.

ü  Borang nie ada 2 salinan dan kene isi dua-dua. Borang untuk pihak perempuan disertakan dengan Borang Maklumat Wali. Kalau ada sesiapa yang ayah dia sendiri atau pun wali sendiri yang nak nikahkan kene hantar permohonan sebulan lebih awal dari tarikh nikah.

ü  Setiap borang perlu ada saksi borang yang semestinya berjantina lelaki seramai 2 orang. Lelaki tersebut mestilah bukan dikalangan ahli keluarga terdekat, contohnya abang, adik lelaki & ayah. Kalau pakcik, sepupu boleh. Lagi satu orang yang buat pengesahan bujang, jurunikah, ketua kampong dan anggota Pejabat Agama yang berkenaan pun tak boleh jadi saksi.

3.         Laporan Ujian HIV

ü  Borang nie PERCUMA. Masa ambil borang permohonan yang kat atas tu, dia akan bagi borang nie sekali.

ü  Ujian HIV nie mesti dibuat di klinik @ hospital KERAJAAN sahaja. Swasta tak boleh ok. Buat ujian nie sekejap je, 30minit pun tak sampai tapi bergantung pada kakitangan klinik/hospital tempat wat ujian tu.



Da siap isi semua borang, hantar la ke Pejabat Agama tempat pihak perempuan menetap. Kalau nanti korang semua kawen dengan pasangan yang sama daerah, tak ada masalah. Kerjanya senang cikit dari yang kawen dengan pasangan yang tak sama daerah atau kawen dengan orang yang lain negeri. Yang kawen dengan pasangan lain daerah atau negeri nie, pihak lelaki kene uruskan dulu dekat pejabat agama daerah dia pastu beri borang ang da siap pada pihak perempuan untuk diurus dan dihantar ke Pejabat Agama Daerah tempat pihak perempuan duduk pulak.

Nie Ila nak cerita pasal prosedur bagi yang dapat pasangan luar daerah sebab memang dapat orang luar daerah tapi tak lah jauh mana. Yang dapat orang lain negeri pun sama. Pertama sekali, pihak lelaki perlu uruskan di pejabat agama daerah dia kemudian serahkan semua dokumen pada perempuan untuk diuruskan. (Samalah macam penerangkan dekat atas kan...)


Pihak perempuan akan bawa semua dokumen untuk diserah pada kaunter yang berkenaan kemudian orang di kaunter akan beri Borang Temuduga. Nak kawen pun ada tenuduga. Bukan senang nak kawen tau. Tapi dalam temuduga tu dia soal sooalan yang senang je.. Kalau tak dapat jawab mesti orang tu tak amalkan...


            Antara soalan yang biasanya disoal, bukan mesti ye...
  1. Mengucap dua kalimah syahdah.
  2. Membaca surah al-Fatihah dengan betul.
  3. Membaca doa qunut (part nie menurut penemuduga, ramai yang failed!!)
  4. Bab Munakahat
  5. Bab Toharah
  6. Tanggungjawab suami/isteri

          Jadi sesiapa yang nak kawen bersedialah dengan ilmu didada. bukan ilmu bab tutttt... je yang kene expert tapi ilmu agama yang paling utama supaya hidup aman dan bahagia.


          Selepas itu, dia akan bagi surah kebenaran bernikah dan kene bayar RM17 untuk dapatkan borang/sijil nikah warna pink dan hijau muda yang ada 2 salinanan setiap satu warna untuk diguna semasa akad nikah nanti. Da dapat semua dokumen, serahlah pada tok kadi yang akan menikahkan kamu...

            Itu saja... Sekian...

p/s: kurang semangat nak urus-mengurus nie. Banyak lagi kerja yang perlu diuruskan. Kerja la yang paling utama. Tiba-tiba terlintas dihati, apa perasaan orang yang kawen dengan pasangan yang memang disayangi sangat-sangat. Terutamanya yang da lama bercinta ye... apa yang dia orang rasa sebab Ila tak macam tu. Kenal 6 bulan da tunang, 7 bulan lepas tu nikah. Dari masa kenal sampai sekarang, belum habis jari-jari di tangan untuk kira berapa kali kami jumpa.

Thursday 19 July 2012

UTUSAN OO... UTUSAN / Semangat! Semangat! ''\(^_^)/''

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

        Hari ni Ila nak cerita pasal semangat. Siapa tahu kan. ibarat kata pepatah "Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu". Tapi apa pun kita mesti berusaha. Usaha itu penting. Kalau sudah berusaha tapi kita masih tidak berjaya... tak mengapa. Itu takdir yang telah ditentukan untuk kita. Jangan tak berusaha tapi mengharapkan kejayaan, bila gagal frust  menonggeng pulak.

        Bercerita tentang usaha, hari ini Ila telah memulakan langkah pertama sebagai tanda usaha Ila. Cuba tengok gambar dekat bawah nie. Apa yang kawan-kawan nampak?


        Perasan tak apa-apa yang lain pada gambar kat atas tu?
       
        Dua naskah surat khabar Utusan Malaysia yang sama terbitannya. Mungkin tak pelik sangat tapi mana jarangkan satu keluarga beli surat khabar yang sama pada hari yang sama. Bukan tak sengaja tapi memang disengajakan.

        Ayah Ila da beli satu surat khabar Utusan nie, Satu lagi Ila sendiri yang belinya.. Sebabnya nanti Ila cerita. Nak cerita pasal ayah dengan surat khabar Utusan Malaysia dulu.


AYAH DAN UTUSAN TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

       Nie cerita pasal ayah. Saje nak selitkan cikit. Tiap-tiap hari memang rutin ayah beli dan baca surat khabar Utusan. Seingat Ila, jarang sekali beli surat khabar lain kecuali surat khabar Utusan da habis. Bila hal nie selalu berlaku, ayah buat keputusan bijak dengan 'pajak' aka 'langgan' surat khabar nie dengan tuan kedai depan kampung. Jadi tak ada lah putus bekalan surat khabar Utusan Malaysia untuk ayah baca sebab tuan kedai pasti akan simpankan satu untuk ayah. Kalau hari ni ayah tak dapat datang, tuan kedai akan simpankan surat khabar untuk ayah jugak sebab esoknya ayah akan datang dan beli jugak surat khabar tu. Jadi bacalah 2 surat khabar Utusan Malaysia dalam sehari..

       Sekarang kedai kampung tutup, jadi ayah buat perkara yang sama pada kedai kampung sebelah (langgan surat khabar Utusan Malaysia setiap hari).

        Seingat Ila, sepanjang umur nie dari kecik sampai besar memang Utusan lah yang ayah baca. Ayah memang pembaca Utusan "TEGAR". Bila sudah membaca mesti tak bergerak ke mana-mana kecuali ada hal penting je.


SEMANGAT! SEMANGAT!  "\(^_^)/"

     Balik semula pada cerita sebab kenapa sengaja beli dua surat khabar yang sama pada hari yang sama... sebabnya ialah.....





        TADAAAA....

INILAH SEBABNYA...
        Sebab nak kumpul mata.. Nak cuba nasib masuk pertandingan KUMPUL & MENANG yang UTUSAN dan SINGER anjurkan. Sebelum nie tak kisah pun tapi sebab hadiahnya yang sangat-sangat best... buatkan hati membuak-buak nak masuk. Siapa tahu kalau dah rezeki. Semoga ada peluang untuk Ila, Insya-Allah.. Amin.

        Mata hari nie 50 sebab tu sanggup pergi pekan untuk beli lagi satu surat khabar Utusan ni. Mata untuk dapatkan hadiah pertama untuk edisi nie 350 mata. Sekarang dah ada 130 mata. ada lagi 220 mata lagi nak cukup. Tapi peraduan nie berdasarkan cabutan. Cabuitan bertuahlah lebih kurang macam tu tapi kita mestilah kumpul mata ikut hadiah yang kita nak. Tak kisahlah semua tu. Tak rigu kalau kita mencuba.

        Semoga ada kejayaan buat Ila dalam Peraduan nie. Amin...

Kod hadiah H1 yang menjadi idaman hatiku..

p/s: jomlah ramai-ramai join peraduan nie. Mana tahu rezeki..

RESIPI: MUFIN JAGUNG KUKUS

Dengan nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang

        Kali nie, Ila nak kongsi resipi mufin jagung kukus. Oven dekat rumah da 3 tahun rosak. jadi makanan yang perlu bakar tak dapat dibuat. Terpaksalah cari resipi yang dimasak tanpa perlu membakar. Rindu sangat nak buat kuih, kek dan biskut tapi tak ada oven, nak buat macam mana kan..

        Bagusnya kalau ada orang nak hadiahkan oven.. Hehehe.. Yang kecik pun tak apa. Bukan tak mampu nak beli sendiri tapi... buat masa sekarang duit banyak nak pakai untuk perkara yang lebih penting. Antaranya, nak renew road tax. Tak sampai seminggu lagi nak tamat tempoh. Hmmm (-_-)... Sabar jela.. Ada rezeki nanti, insya-Allah akan dibeli juga...

       Tanpa buang masa lagi, mari kita buat MUFIN JAGUNG KUKUS.


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt garam
Bahan B
1 cawan jagung krim (yang dalam tin @ kisar sendiri)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir (kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur

Kaedah Membuat:
  1. Ayak bahan A dan gaul garam.
  2. Masukkan bahan B ke dalam campuran tadi dan gaul sebati.
  3. Masukkan adunan ke ke dalam kertas acuan yang sudah dialas dengan acuan pengukus atau pun nestin (tak pasti ejaannya betul ke tak tapi bunyinya macam tu la).
  4. Panaskan pengukus (sebelum buat bancuhan adunan da boleh panaskan dengan api kecil untuk jimatkan masa).
  5. Kukus adunan selama 25 hingga 30 minit dengan api besar.
  6. Sudah masak boleh dihidang (cara nak tahu dah masak ke belum boleh cucuk mufin dengan lidi sate, kalau ada yang melekat pada lidi dan cair masih belum masak la tu..)

       Tak ada gambar nak tunjuk sebab belum buat lagi.. Hehe.. Balik kerja nanti nak beli bahan-bahan nak buat mufin nie. Bila da buat dan jadi boleh la kongsikan gambar hasilnya ye..


p/s: resipi nie dapat dari buku "1 Hari 1 Resipi" banyak resipi siap gambar lagi. Memang best. Bolehlah dapatkan di POPULAR seluruh Malaysia. (^_^) promote nie..

Sunday 15 July 2012

Gambar Kuih Cucur Badak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

     Akhirnya Ila berjaya buat semula kuih cucur badak yang cantik dan molek. Semalam Ila beli bahan-bahan untuk buat kuih nie lepas balik kerja. Tak mahu tangguh-tangguh lagi. Hehe... Marilah tengok gambar-gambar dibawah...

Masa nie doh da siap. Uli bentuk silinder dan potong sama besar.
Sudah siap potong. lebih kurang sama besar.
Doh yang sudah siap dibentuk dan diletakkan inti.
Masa menggoreng. Masa nie sangat teruja (excited) nak tunggu masak dan rasa hasilnya.


p/s: hasilnya sangat memuaskan. Pastikan kawan-kawan ikut sukatan yang betul. Kalau tak ada tepung ubi pun boleh tapi kene lebihkan tepung gandum la ye..

Tuesday 10 July 2012

RESIPI: KUIH CUCUR BADAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

       Entah kenapa, sejak dua menjak nie Ila sukan sangat buat kuih. Hehe.. Hari nie (Khamis, 4 Julai 2012) Ila buat kuih Cucur Badak. Macam biasa, tak perlu nak cerita panjang-panjang, kite terus je ke resipi kuih cucur badak dan cara membuatnya...

       Selamat mencuba kepada semua.

BAHAN:
Doh:
50g tepung gandum
50g tepung ubi
1 biji ubi keledek sederhana besar
½ camt. Garam halus
Minyak masak untuk menggoreng

Inti:
30g udang kering rendam, toskan & tumbuk halus
25g kelapa parut
3 ulas bawang merah (dihiris
½ biji cili merah             halus)
½ camt. Garam
1 hiris halia
4 biji cili kering   digoreng tanpa     (Bahan A)
minyak dan ditumbuk halus
½ camt. Jintan manis
1 camb. Gula halus
1 camb. Minyak
½ camt serbuk kunyit


Cara Membuatnya:
Inti
1.       Panaskan minyak dan goring bahan A sehingga wangi.
2.       Masukkan udang kering, kelapa parut, cili merah dan bawang. Kacau sebati.
3.       Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.
4.       Goreng hingga kering dan keluarkan. Biarkan sejuk.
Doh
1.       Buang kulit ubi keledek yang telah direbus dan dilecek.
2.       Masukkan tepung dan uli sehingga doh menjadi kental.
3.       Canai doh dan bentukkan seperti sosej. Kemudian potong 8 hingga 10 bahagian yang sama besar. (Ikut kesukaan anda, kalau suka kecil bahagi lebih banyak lagi.)
Cucur Badak
1.       Canai doh yang telah dipotong sehingga bulat dan isikan inti tadi.
2.       Tutup dan bentukkan kuih.(nak buat bentuk selain bulat pun boleh. Yang penting inti tidak terkeluar).
3.       Panaskan minyak dan goring kuih sehingga kuning dan toskan.
4.       Hidangkan kuih berinti pedas pada pinggan berbentuk bujur.


SELAMAT MENCUBA!!!

ila <(^_^)>

p/s:  tak dapat sertakan gambar sebab kuih ini tak berapa menjadi bentuknya. next time ila akan upload gambar kuih yang da jadi dengan jayanya..

Monday 9 July 2012

Suatu Hari



suatu hari:
aku dikejar oleh seekor singa yang sangat garang.
aku berlari dan masuk ke dalam lubang untuk menyelamatkan diri.
di dalam lubang aku bergayut pada akar kayu...
aku lihat di dasar lubang itu terdapat banyak ular dan kala jengking yang sangat besar dan menakutkan....
pada waktu yang sama, di akar kayu tempat aku bergayut itu sedang dimamah oleh 2 ekor tikus, seekor tikus hitam dan seekor tikus putih.
aku mendongak kembali ke atas dan melihat singa tadi yang hendak mencapai tubuhku dengan kakinya untuk membaham aku...
di dinding lubang bahagian atas terdapat sarang lebah yang sangat banyak madunya...
madu lebah itu menitik dan masuk ke dalam mulutku...
aku terpukau dengan keenakkan madu tersebut sehingga lupa segala masalah yang aku hadapi tadi....
singa, ular, jengking dan akar kayu yang sedang dimamah oleh dua ekor tikus dimana tempat aku bergayut itu...
 
TAMSILAN
singa - malaikat izrailsentiasa mengejar utk meragut nyawa ku
ular/jengking - azab kubur yg sedang menanti ku
tikus hitam/putih - siang dan malam berganti memamah usia ku
madu lebah - nikmat dunia...
 
HIDUP INI SANGAT GENTING.....
dan kita selalu alpa dan leka dengan keindahan serta keseronokkan dunia semata-mata.
sumber: dia yang bagi ku suatu anugerah dari-Nya yang Maha Esa.

Tuesday 3 July 2012

Mari buat KUIH KETAYAP!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

       Hari nie, Ila nak cerita pasal buat kuih ketayap. Al-maklumlah baru lepas buat minggu lepas. Jadi gunakan info yang diperolehi untuk post kali ini.

       Kuih ketayap sebenarnya kita boleh kategorikan sebagai kuih dolu-dolu... Orang sekarang jarang da suka kuih nie. Antara sebabnya, kuih nie manis lagi pun sekarang da macam-macam kuih ada jual. Kuih-kuih dari negara luar pun ada. Inti dalam dari kelapa parut yang dicampur gula melaka tapi ada la dia punya sukatan. Bukan sesuka hati je campur.

       Bila Ila fikir balik, sayang kalau kuih tempatan kita tak kenal atau tak tahu cara nak buat. Itulah warisan yang kita ada. Jadi tanpa buang masa, jom buat KUIH KETAYAP atau nama lain dia KUIH DADAR.


RESIPI KUIH KETAYAP
Bahan:

120 gm           tepung gamdum
1 biji               telur
1 cams            air pandan pekat
250 ml            air sejuk
¼ camt           garam
Secukupnya    pewarna hijau
Inti :

¼ biji           kelapa parut
½ keping    gula Melaka
1 camb       gula pasir
2 camb       air sejuk
½ camt       tepung kanji
1 cams       air                     
¼ camt       garam
2 helai        daun pandan
1 camb       minyak


 Cara membuat:
  1. Ayak tepung gandum yang telah dicampur dengan garam ke dalam mangkuk. Buat lubang di tengah tepung dan masukkan telur dan setengah air sejuk. Kacau sehingga sebati.
  2. Pukul adunan lebih kurang 10minit, campurkan baki air dan kacau lagi.
  3. Tambahkan air pandan pekat dan pewarna sehingga mendapat kepekatan warna yang disukai (jangan terlalu pekat atau pucat ye..). Kacau hingga sebati.
Inti:
  1. Cairkan gula melaka dan gula pasir ke dalam air. Tambahkan kelapa parut, garam dan daun pandan yang disimpul. Panaskan beberapa minit. (Jangan sampai hangus pulak..)
  2. Apabila adunan hampir kering campurkan tepung kanji, air dan garam yang telah dibancuh terlebih dahulu. Kacau rata.
  3. Angkat dan sejukkan.
Menyediakan Kuih:
  1. Panaskan kuali dan lenserkan minyak dengan daun pandan yang disimpul.
  2. Tuangkan bancuhan tepung dan leperkan untuk menghasilkan lempeng (pancake) yang nipis. biarkan masak di sebelah bawah.
  3. Angkat lempeng dan letak atas papan canai (dalam pinggan leper pun boleh).
  4. Letakkan inti mengikut kesukaan anda (jangan terlalu banyak atau sikit ye..) dan gulung dengan kemas
  5. Ulang langkah di atas sehingga bancuhan tepung habis.
Inilah rupa kuih ketayap yang da siap. (^_^)

          Gambar di atas hasil kuih ketayap yang da siap. Dari kuantiti bahan yang dinyatakan, kita boleh dapat lebih kurang 10 biji kuih ni (kuih nie biji ke batang ye penjodoh bilangannya? hehehe). Tapi mase nie inti dia masih ada lebih banyak lagi. Jadi, kawan-kawan yang nak cuba boleh tambah kuantiti untuk bancuhan tepung.

        
SELAMAT MENCUBA!!!


p/s: Nie sebenarnya 1st time Ila buat kuih ketayap tapi syukur menjadi. Yang penting dalam buat kuih
       nie mesti ikut sukatan bahan. (^_^)>


bakal tauke kuih, amin...
     Ila \(^_^)/

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...