Monday 11 July 2016

TIPS: Penjagaan Mesin Jahit Tepi

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pengalaman sendiri, hasil pencarian di internet dan bahan bacaan yang telah dipraktikkan dan terbukti berjaya ke atas bahan dan alatan yang Ila gunakan. Alatan dan bahan lain Ila tak pasti berjaya atau tidak. Jadi kawan-kawan bolehlah cuba kalau ingin mencuba.

TIPS PENJAGAAN MESIN JAHIT TEPI oleh ILA
1. Pakai sendiri.
    Ila memang pakai sendiri mesin jahit Ila dan tak berkongsi dengan sesiapa sebab memang Ila sorang yang menjahit dirumah. Cuma kadang-kadang encik suami pakai kalau dia nak jahit benda-benda simple. tapi jarang sangat berlaku.. hihi.
    Terlalu banyak tangan (ramai orang) yang guna mesin kita nie memang beri kesan. Biasalah.. cara setiap orang guna barang berbeza. Ada yang kasar dan ada yang cermat. Baik kita beli dan pakai sendiri. Bila beli kita tahu berapa kita berhabis untuk dapatkan barang tu, itu yang menyebabkan kita sayang dan cermat menggunakan suatu barang tu.
     Mesin jahit tepi bukan murah untuk sesetengah orang.. dan harga dia makin naik sekarang. Sebab apa Ila kata harga mesin jahit makin naik... Sebab akak Ila sendiri ada beli mesin jahit tepi jenama OKURMA, 3 benang 1 jarum 5 tahun lepas. model dia tak ingat dengan harga RM900. Kemudian, 3 tahun lepas biras Ila pulak beli mesin jahit tepi yang sama dan model yang sama dengan harga RM1200.. Banyakkan naik dia.. Jadi baik pakai sendiri mesin jahit tu.

2. Sentiasa bersihkan habuk.
    Untuk tujuan ini, sila sediakan berus berbulu lembut yang bersaiz kecil. Mesin jahit tepi ni kan potong tepi kain, benang-benang dia tu akan jadi habuk di bahagian tempat pemotong dan menjahit. Jadi rajin-rajinlah bersihkan. Bahagian dalam kalau pandai buka silalah buka dan bersihkan. Habuk benang nie menyerap lapisan minyak pada bahagian dalam mesin. Nanti lama-lama mesin bunyi makin kuat sebab minyak kering. Ini ila sendiri da buka dan tengok.
inilah bahagian yang kita kena rajin bersihkan. nampak kan habuk-habuk benang dan kain yang terpotong tu. sangat banyak.

sila buka seperti ini untuk senang dibersihkan


3. Minyakkan mesin.
    Minyakkan mesin tak perlu kerap macam bersihkan habuk. Bergantung pada berapa kerap kita guna mesin atau kalau dengar bunyi mesin tu lain macam je, minyakkanlah dia. Kasi licin pergerakkan. Pastikan kawan-kawan tau beza bunyi mesin dengan bunyi motor mesin ye...
     Diingatkan... JANGAN MINYAKKAN PISAU PEMOTONG, MOTOR dan BELT mesin ye... Hari tu Ila memang tak tahu. Ila TERminyakkan pisau memotong mesin jahit tepi tu... Jadinya, dia tumpul... tapi masih boleh digunakan. Kalau ada sesiapa yang TERbuat/TERminyakkan, silalah lap pisau pemotong tu, kemudian sorokkan/simpan pisau pemotong tu ke dalam je. Tunggulah lebih kurang 2, 3minggu baru gunakan balik. Ni yang Ila buat.. dan sekarang da boleh guna balik.
    Stress ooo bila pisau tu tak boleh diguna untuk potong kain... Lebih-lebih lagi lain yang berburas (benang terkeluar).. Nak ganti pisau tu pun mahal.

4. Cara Pasang Benang.

  • Bila pasang benang sila pasang yang sebelah kanan sekali... baru sebelahnya dan sehingga lah benang ke 3 atau ke 4. Ini memang tips pakar yang Ila dapat daru YOUTUBE.
  • setiap kali ada benang putus ke tercabut ke.. sila buka semua benang dan pasang semula semua sekali ikut turutan dari sebelah kanak ke kiri. Ini pun tips pakar yang Ila dapat. Elakkan pasang semula satu benang yang terputus tu je, sebab hasil dia takkan cantik seperti asal. Ila akui yang nie, sebab Ila da cuba. Sekarang kalau ada benang putus ke habis ke, Ila akan cabut semua dan pasang semula semua sekali.

5. Kedudukan Buku Benang
    Kalau benang selalu putus masa kita tengah menjahit... cuba periksa kedudukan buku benang dulu sebelum usik setting tegang benang mesin kita. Kadang-kadang setting tak ada masalah tapi buku benang senget tu yang jadi tegang pastu benang putus. Ila pernah kene yang nie 2,3 kali. Siap beli buku benang baru sebab ingat benang reput jadi asyik putus je. At last baru dapat tahu sebabnya buku benang senget. Kalau tengok buku benang tu duduk elok je, cek lah setting tegang benang pulak ye...
pastikan buku benang tu terletak tegak ye.. jangan senget-senget.

6. Letak atas meja yang tegap.
    Guna meja yang tak bergegar dan goyang. Bila kita tekan mesin laju,mesin akan gegar, kalau meja tak kuat, Gegaran dia lagi kuat. Nanti mesin jahit kita akan cepat rosak. Bukan mesin jahit tepi je, apa-apa mesin jahit pun macam tu. 

Itu jelah tips yang Ila praktikkan. Dua tahun lebih Ila pakai mesin jahit tepi BROTHER 3034D nie tak pernah lagi meragam dan Ila tak hantar servis cuma tang pisau pemotong tu jela tapi sekarang da ok. Ila buat sendiri. Jadi kawan-kawan pun boleh cuba.

kalau ada pendapat, cadangan dan perkongsian boleh tulis diruang komen ye. TQ for reading this entry...

3 comments:

  1. Salam. Mohon bertanya. Saya ada beli mesin jahit tepi jenama okurma. Mesin industri. Masalahnya jahitan tepinya tak cantik langsung. Dah habis ejas. Saya beli yang 5 benang punya. Cabut 2 benang utk jadikan 3 bebang. Kenapa ye

    ReplyDelete
  2. maaf baru berkesempatan menjawab. ada banyak sebab kenapa jahitan jadi tak cantik. hari tu saya pun ada belajar banyak perkara baru pasal mesin jahit nie dari tauke mesin aka teknician mesin jahit. 1st kalau jahitan tak cantik pastikan benang tu di masukkan ke tempat yang betul. kadang-kadang benang tak lalu 1 part pun boleh jadi tak cantik. bila da confirm semua ok tp jahitan masih tak cantik cuba tukar jarum.

    last sekali kalau kita da cuba banyak benda tapi masih tak jalan mungkin setting pergerakan mesin tu ada problem. tergalih sikit. yang nie terpaksa la panggil teknician datang tolong betulkan. kalau kita da biasa dengan sorang teknician tu biasanya dia tak charge apa-apa. sebab setting nie kerja tak susah. tp kene fikir jugak kos dia dtg ke tempat kita...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nak tanya..apa beza mesin jahit tepi industri 3 benang dengan 4 benang..saya sedang mencari mesin jahit tepi tp xtau yg mana lagi ok?..

    ReplyDelete

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...