Monday 3 October 2016

AKU BUKAN MULTI TASKER

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Kerja aku adalah kerja yang memerlukan aku menjadi seorang multi tasker.. Akulah pengajar, akulah tukang sapu, tukang sorak, jurulatih, juru hiasan dalaman, kaunselor, pemandu, jururawat, ibu, jurulatih tarian, penguirus, pengarah dan terlalu banyak untuk disenaraikan.. Aku cuba tapi aku harus akur... aku tak mampu menjadi seorang multi tasker yang berjaya.

     Aku kenal diri aku, aku telah cuba tapi ini bukan diri aku. Ya Allah... aku suka kerja aku tapi bila terlalu banyak perubahan yang dilakukan, pertambahan itu dan ini, aku mengaku aku tak dapat kejar kesemuanya perubahan yang berlaku tetapi jika perubahan itu dalam bidang pengajaran aku akan mudah dan cepat faham tetapi segala kerja seperti mengatur program yang melibatkan pengurusan ramai orang.. INI BUKAN DIRI AKU...

     Semoga segala kerja yang tidak mampu aku lakukan tidak menjejaskan keredhaan rezeki ini... kerana bukan aku tak berusaha. Aku menangis setiap kali aku tak mampu menjadi seperti orang lain yang dapat melakukan itu dan ini walaupun tidak sempurna tapi ada hasilnya.. Adakah aku mencari kesempurnaan....????

aku memohon pada Mu Ya ALLAH halalkanlah dan redhakanlah rezeki yang diberikan kepada ku jika aku tidak dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin kerana aku makhluk yang kerdil dan lemah....

sekarang aku perlu belajar demi kehidupan yang lebih baik dan demi kesihatan mental dan fizikal aku. aku perlu terus sihat demi pekerjaan dan keluarga serta anak-anak...

aku ambil nasihat dari TED Talks - tapi aku lupa siapa penyampainya ketika itu. kesimpulan yang aku dapat dari rancangan perkongsian pendapat tu ialah


"jika kita tak mampu menjadi multi tasker, tidak salah kiranya kita menjadi mono tasker kerana ramai orang juga tidak mampu menjadi multi tasker yang berjaya. Kenapa kita mesti mengikut jejak langkah orang lain, sedangkan kita boleh menjadi seorang mono tasker yang berjaya dan menghasilkan hasil yang lebih hebat dari multi tasker? siapa diri kita adalah apa yang kita tentukan"

kepada rakan-rakan jangan malu untuk menjadi seorang mono tasker kerana kita lebih mengetahui siapa diri kita yang sebenar dan berserahlah kepada-Nya setelah kita berusaha. kerana Dia pasti bantu kita.

kepada rakan-rakan yang perlukan motivasi dan pandangan, Ila cadangkan buka laman web


kita juga perlu jadi pendengar pandangan yang bijak menilai. jangan terima 100% kerana budaya, agama dan persekitaran kita yang berbeza.

Monday 8 August 2016

sambungan .... Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Maaf baru diberi kesempatan untuk menyambung  entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan" setelah lebih dua tahun.

"PENAFIAN: POST INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS SAHAJA. PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEKELIRUAN DAN PERBEZAAN YANG TIMBUL. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN. "

sambungan....

Cara/prosedur Mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

yang last Ila sampai part nie

"7. bila pinjaman diluluskan kita kene hantar surat setuju terima. surat tu da siap tinggal download je dari web. tinggal tanda tangan peminjam dan ketua jabatan peminjam. lepas tu hantar.. - ila baru buat sampai sini. kalau ada info penting lagi.. ila akan updatekan lagi untuk perkongsian bersama ye.." - surat nie kalau kawan-kawan tak download & print pun takpe sebab pihak pinjaman perumahan akan hantar kepada kita tapi masalahnya surat di perlu dijawab dalam masa 14 hari. Ila ter'advance' sebelum dapat surat setuju terima Ila da pun hantar surat setuju terima yang Ila download dari laman web tu (sila fahamkan ayat Ila nie ye. Ila cuba guna bahasa yang paling mudah untuk faham).

8. tunggu surat pengesahan pinjaman perumahan kita dan tunggu surat dari pada pihak insuran. dalam surat tu ada penyata jumlah pinjaman kita dan lain-lain maklumat. (sila simpan segala maklumat untuk dirujuk kemudian hari, Ila simpan dalam satu fail).

9. tunggu jela rumah kawan-kawan tu siap... bila semua perkara (pengurusan) da selesai kita tak akan dapat apa-apa surat. selepas urusan pinjaman Ila selesai, Ila memang tak dapat apa-apa surat.

10. bila rumah da siap, pihak pinjaman perumahan da bayar duit pada pemaju, pemaju akan telefon untuk serah kunci dan beri lebihan duit pinjaman kita dalam bentuk cek. Ila dapat kunci bulan Februari 2016 baru nie. sama nie potongan pinjaman pun belum dibuat.. tertanya-tanya juga, bila gaji nak kene potong...

kenapa ada lebihan pinjaman.. nak tahu boleh baca pada bahagian komen entri Prosedur Membeli Rumah guna "LOAN/PINJAMAN Kerajaan"
banyak maklumat berguna pada bahagian komen tu sampai Ila lupa nak update entri sebab kebanyakkannya da diberi dalam bahagian komen. ada juga rakan-rakan pembaca yang lebih berpengalaman tolong jawabkan. TERIMA KASIH YE.. (^_^)


11. awal bulan 4 Ila dapat surat yang menyatakan potongan gaji akan mula dibuat bermula APRIL 2016. dalam surat tu bagi tahu, kalau masih belum ada potongan kene bayar sendiri pada nombor akaun yang diberi dalam surat tu. - tindakkan Ila masa nie ialah... bawa surat tu berjumpa kerani. Kerani akan tolong urus. Kerani Ila cakap, dia da dapat surat tu juga. Dia akan uruskan tapi kalau masih belum potong, kenelah bank in atau transfer sendiri ke akaun yang dinyatakan.. Alhamdulillah kerani tempat Ila bekerja memang sangat efisen dan terbaiklah.... 

12. bulan APRIL lepas da mula potong gaji direct dan bermulalah episod gajiku dipotong untuk 24tahun 8bulan lagi... huhuhu sadis... hihi... takpelah... kalau tak, tak berumah sendiri nanti...



ok.. da habis. next time Ila update pasal masuk rumah baru pulak ye..

p/s: untuk maklumat yang lebih tepat dan jitu, rakan-rakan boleh terus ke laman web rasmi LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) dulu namanya BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN

Wednesday 3 August 2016

SOAL JAWAB SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Dari sebelum habis universiti lagi Ila berminat nak mohon SKM-Sijil Kemahiran Malaysia. tapi entah kenapa masa tu belum ada kekuatan untuk buat keputusan dan masa tu belum banyak cara nak cari maklumat pasal SKM. Sekarang da 6 tahun bekerja Ila masih pasang niat yang sama untuk miliki SKM.

Hari nie Ila terjumpa laman web nie.. Sangat berguna.


ada kaunselor yang sangat berpengalaman akan menjawab sebarang soalan yang berkaitan.

ini pulak laman web rasmi SKM.
Laman web JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


Ila tak sempat nak explore habis. jadi tak dapat nak kongsi kesimpulannya. Ila kongsikan dulu di blog supaya Ila boleh rujuk semula nanti.

Ila akan kongsikan lagi maklumat terbaru yang Ila dapat. Moga kita berjaya bersama.

Amin...

Tuesday 2 August 2016

PROMOSI EPAL

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Aduhai.... Hanya Allah yang tahu apa yang Ila rasa sekarang nie... Berbunga hati pun ada... Gerimis salju pun ada... huhuhu... Kenapalah dia datang time duit Ila tengah terbang-terbang melayang untuk siapkan rumah... Allah... Dialah sebaik-baik perancang.. Sebelum nie memang Ila aim nak Brother V3 pastu bertukar sekejap ke Janome MC1100 tapi tukar balik pada Brother V3... Tiba-tiba...... semalam... scroll2 FB... ternampak ini...


     MAK AI.... Tergoda akak dik non..... huhu... Harga promosi yang sangat berbaloi... siap pakej sekali. Memang Ila idam-idamkan.. Pakej kalau bayar tunai tu sangat-sangat mengoda keimanan.. Siap dengan 1hari kursus tu memang ilmu yang Ila cari. Duit kumpul untuk Brother V3 pun tak cukup lagi.. tiba-tiba keluar yang ini...

Yang nie pun promosi jugak tau...

     Dulu masa belum ada mesin jahit langsung memang riki-riki mesin nie... Masa tu bajet ciput je... Mesin nie dapat tengok gambar je la.. Sekarang da murah cikit tapi dah ada mesin lain... Hmmm... Allah sebaik-baik perancang kan...

     So... sesiapa yang berminat dengan mesin-mesin nie boleh la survey2 dan tengok2 dekat FB EPAL STORE atau FB Mostwell Epal.. Ila baru lepas melawat www.epalstore.com.my tapi takde lagi pasal mesin MC500 tu. MC350 tu memang da ada.. mungkin Ila terlepas pandang kot.

So sesiapa yang berminat silalah buat apa yang patut.. Ila minat tapi terpaksa simpan dulu impian untuk dapatkan Janome MC500 atau Brother V3.

Takpe.. Sabar.. Allah sebaik-beik perancang...

K bye...

Minum-minum Je... Jadi cantik & kenyang....

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Macam nak promote produk kecantikkan je kan tajuk post kali nie... hihi.. Kali ini Ila nak post santai je.. Just nak kongsi benda nie... Jeng.. Jeng.. Jeng...


     HEHEHE... Saje nak kongsi air baru Ila cuba nie.. Masih belum habis lagi masa post nie ditulis. 

Sebenarnya haus.. pastu lupa nak bawa air. So, cadangnya nak beli air mineral je macam selalu. Pergi koperasi, masuk sendiri, bukak peti ais tu.. (haha macam bos je masuk koperasi sesuka hati... well ada pass special sendiri buat.. hihi) ternampaklah air nie. 

Sedap. Bukan air sebenarnya... Jeli lembut.. dan berCOLLAGEN.. haaa... lepas nie kulit Ila boleh cantik berseri-seri la nampaknya.. Tu yang dapat idea tulis tajuk macam tu.. Haha.. Merapu dipagi hari.. Tengah mencari idea untuk buat kertas kerja sebenarnya..

OK bye....

Monday 1 August 2016

Laman Web Jahitan Yang Best...

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila tengah searching pasal design langsir yang simple, mudah dijahit dan yang paling penting cantik. Tengah bersemangat nak mencari design yang sesuai untuk rumah Ila nanti. Insya-Allah. Sekarang dalam misi mencari maklumat sebanyak-banyaknya. Dok sibuk mencari Ila terjumpa satu laman web yang sangat berguna untuk sesiapa yang minat menjahit.

     Laman web nya ialah... http://www.craftsy.com/

      Laman web nie macam laman sosial. Dia bukan cuma perkara jahit menjahit je. Masak-memasak terutamanya buat kek pun ada. Laman web nie kita kene daftar. Cuma masukkan email kemudian kita boleh pergi mana-mana bahagian yang kita nak. Yang bestnya tentulah ada bahagian FREE PATTERN. Part ni kalau da daftar je boleh download.


    Ada juga video tutorial dan kelas menjahit. cuma kita kene pandai pilih sebab ada sebahagian yang berbayar dan ada yang percuma.. 


     Laman web nie juga ada jual kain/fabrik, alatan menjahit dan mengait. Jadi sesiapa yang berminat, boleh la melawat laman web nie ye.. Just click link yang ada di atas.. Selamat melawat dan selamat mencuba...

Wednesday 20 July 2016

Satu Tips Anak Cemerlang

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila bukan orang yang layak untuk memberi tips nie.. Tapi sekadar ingin berkongsi tips yang Ila dapat dari orang-orang yang lebih berpengalaman... Rumusan yang Ila dapat buat ialah...


     ''DOA IBU SANGAT MUSTAJAB & PENYUMBANG BESAR KEJAYAAN ANAK-ANAK''

     Sejak berkahwin dan dikurniakan anak, bila hari raya Ila dan suami rajin menziarahi bekas cikgu masa sekolah dan rakan-rakan sekerja yang lebih berusia. Yang lebih berusia tentunya lebih berpengalaman... Masa nilah masa terbaik untuk minta pendapat, nasihat dan dengar pengalaman mereka. Memang sangat berguna.

TIPS ANAK CEMERLANG
     "BANYAKKAN SOLAT HAJAT UNTUK KEJAYAAN ANAK, SOLAT SETIAP MALAM, SEJAK ANAK KECIL BUKAN KETIKA ANAK HENDAK AMBIL PEPERIKSAAN BESAR SAHAJA."

    Inilah tips yang Ila dapat dari 3 orang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya sehingga ke menara gading. Kesemuanya adalah guru. Ila cerita sikit pasal ibu-ibu nie yang buat Ila kagum.

Cikgu 1.
    Cikgu sekolah menengah yang merupakan cikgu suami Ila. Sekarang cikgu 1 masih lagi mengajar. Cikgu 1 ada 6 orang anak kalau tak silap Ila. Yang sulung sebaya suami Ila dan rakan sekelas suami Ila. Anak yang sulung cikgu 1 seorang pensyarah. Ada PHD masa umur 26 tahun. berbiasiswa penuh. Anak kedua dan ketiga jurutera. Keempat sehingga bongsu masih bersekolah. Diringkaskan.... semuanya pandai-pandai belaka.

Cikgu 2.
     Cikgu 2 nie merupakan sepupu mak mertua Ila. Ada 4 orang anak. Dia cerita anak-anaknya masa sekolah tak pandai. Dia pun tak pandai. Tapi dia amalkan tip dekat atas tu.. Supaya sikap anak-anaknya berubah. Sekarang anak yang sulung umur 24. Baru kahwin masa raya.. da nak habis belajar. Walaupun anak-anaknya tak secemerlang anak-anak cikgu 1 tapi bila tengok penampilan anak-anak cikgu 2 nie sangat menyejukkan hati. hmmm.... Kejayaan bukan semata-mata diukur dengan pencapaian akademik je. Betul tak.. Memang akan rasa cemburu tengok cara anak-anak cikgu2 nie berkomunikasi. Lembut dan sangat bersopan.

Cikgu 3
    Cikgu 3 nie isteri kenalan encik suami. Sangat lemah lembut dan Ila sangat terinspirasi dengan cara percakapannya. Gayanya penuh kasih sayang. Anaknya yang sulung baru 21 tahun, masih lagi belajar dalam bidang kimia. Yang kedua umur 19tahun. Tengah tunggu panggilan U. Sebenarnya tunggu tarikh pendaftaran je. Da dapat kursus perubatan UITM. Ikut cerita suami, anak-anak cikgu 3 nie pandai.. Sebab suami Ila sendiri pernah mengajar anak-anak cikgu 3. Bukan setakat pandai, kelakukan pun sangat baik dan menyenang orang sekeliling.. Masa Ila datang beraya.. memang sejuk ke mata dan hati bila tengok anak-anak cikgu 3.

     Cukuplah dulu cerita Ila... Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

     Ila berazam untuk buat tip yang Ila kongsikan nie sedayanya.. Bukan senang nak istiqomah... Moga Allah memberkati. Amin....

Wednesday 13 July 2016

Cetak Pola Percuma / Free Printable Pattern

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Masa tengah tulis entry pasal wishlist terbaru Ila, tercetus pulak idea untuk kongsi pola (pattern) yang boleh dicetak (printable) dengan kawan-kawan yang sama-sama minat dalam bidang jahitan nie.. Well.... sharing is caring, right?  Yang lagi bestnya, pola nie PERCUMA (free)... Seronokan....

 Ila nak upload kat sini tak patut pulak sebab bukan hak milik Ila. Jadi kawan-kawan silalah melawat link yang Ila senaraikan dibawah ye bagi menghormati pemilik asalnya.

 OK ila senaraikan link yang ada pola free tu.
  1. Seluar pendek / pathway short - saiz dewasa
  2. Paper Fan Dress - baju kanak-kanak
  3. Piece A Cake Dress - baju bayi
  4. Right Turn Bag
  5. Menagerie Bag 
  6. Canoe Purse
     Untuk ingatan, pola nie free.. Jadi kawan-kawan dia tak sama macam pola yang kita beli. Ada pola siap cara nak jahit, ada yang pola sahaja dan ada pola tu sangat basic. Jadi kita kene berusaha untuk fahamkannya.

    Kalau kawan-kawan kreatif boleh ubah sikit pola tu untuk tukar stail, jadi stail lain. Syaratnya kawan-kawan kena ada basic menjahit. Kalau takde basic tak jadi masalah asalkan minat mendalam dan kesungguhan tu ada..

   Kalau ada pola free lain nanti Ila kongsikan link dia lagi ye..
   Ok, selamat mencuba, selamat berjaya...

   Bye....

My WishList 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Tengah dalam mood rajin meng'update' blog dan rasa banyak cerita nak dikongsi. Ila pernah cerita pasal wishlist Ila sebelum ni dan wishlist tu da jadi kenyataan. Alhamdulillah.. Syukur dengan izin-Nya juga. Kali nie Ila nak kongsi wishlist Ila yang terbaru dalam bidang yang Ila suka. Hihi...

Inilah dia.... jeng.. jeng... jeng....

Mesin Sulam Brother V3...

     Aduhai.... entah bila baru dapat jadi kenyataan. Ila da mula meyimpan untuk mesin nie dari September 2013 sampai sekarang.. ada lebih kurang RM600 je lagi nak dapat. Tapi sekarang tengah sesak. Duit tu, hold dulu untuk beli Brother V3 nie. Takut betul-betul terdesak... takde duit, terpaksa guna duit untuk beli V3. Takpe.. Sabar... Sabar separuh dari iman... Insya-Allah kalau ada rezeki tak ke mana.

     Sebelum terlupa harga V3 nie lebih kurang RM8500 harga pasaran.

     Sambil-sambil survey dekat internet nie, sebenarnya Ila lebih minat dengan satu model mesin sulam nie. Tapi cari punya cari.. Punyalah payah nak cari harga dia.. Sekali jumpa menangis terus padamkan dari hati nak jadikan mesin nie idaman..

Inilah rupa mesin tu....
Mesin jenama JANOME MC11000...

Harga dia RM20K lebih... huhu... menangis kau tahu bila Ila jumpa harga dia.... Tapi tak hairan la.. Mesin Janome nie memang da terkenal dan tahan lasak. Mesin basic dia pun dekat 1K apatah lagi yang canggih macam MC11000 nie.

Setahu Ila, Janome nie pengedar tunggal dia Epal dekat Malaysia. Selain tu tak tahu. Mungkin ada...

Moga jadi kenyataanlah tak lama lagi nak dapat V3.
Amin....

Tuesday 12 July 2016

Baju Raya Anak-anak 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila nak tunjukkan pada kawan-kawan semua hasil jahitan Ila untuk raya kali nie. Alhamdulillah tahun nie 2016, Ila dapat jahit baju untuk anak-anak. Walaupun tak seberapa, tapi gembira dan puas hati bila tengok anak-anak pakai dengan gembira.

    Tahun nie Ila dan suami cuma ada sepasang baju raya je. Anak-anak setiap seorang dua pasang. Sepasang yang Ila jahit, sepasang lagi beli. Berjimat cermat amalan mulia kan.. Selalunya setiap orang dua pasang tapi tak apalah.. Tahun nie ada keperluan yang mendesak. Jadi kita dahulukan apa yang patut di dahulukan.

Baju Raya Anak-anak hasil jahitan sendiri (^_^)


kakak dan adik...
 Baju Adik
     Baju adik nie asalnya nak buat seluar, baju raihan dan samping (sama macam kain kakak coraknya) tapi bila baju da potong dan da siap jahit, tinggal pasang butang masa tu, test la kat adik. pakai kan... sekali pakai, muat-muat je. Ila da risau da... Nanti kalau adik pakai mesti tak selesa dan panas sebab adik kuat berpeluh.

     Encik suami la penyelamat... dia bagi idea. Baju adik letak butang atas ke. Macam dalam gambar. Kemudian buat singlet warna oren. Asalnya masih nak buat samping tapi kesuntukkan masa. Kebetulan pulak ila buat singlet oren tu panjang, jadi da nampak macam samping bila da dipakai.. Comel pulak.. hihi

  • seluar
  • baju
  • singlet
Bagus jugak buat baju macam nie, bila bejalan, beraya da berpeluh dan panas, buka je baju hijau luar tu. pakai singlet dalam je.. nanti da sejuk cikit, pakai balik baju luar tu..

sesiapa yang ada anak kuat berpeluh, boleh guna idea baju nie ye...
baju si adik...




 Baju Kakak
     Alhamdulillah... baju kakak menjadi seperti dirancang cuma ada sikit je peruubahan...
Asalnya nak buat peplum tapi jadi peplum kacuk fishtail cikit sebab terpotong kain peplum tu pendek separuh.. Boleh tengok gambar kakak dari sisi kat bawah ye..


  • baju peplum kacuk fishtail
  • kain lipat batik


baju kakak dari depan

nampak tak bling-bling kat pingang kakak tu?
benda tu ila beli sebaris RM5.. entah apa nama dia. pasang kat baju ila tak de lebih.. pasang kat baju kakak ada lebih sikit, ila tampak bakinya pada baju adik. nampak macam ada poket.

TIPS:
sesiapa yang nak tampal benda tu.. sila sediakan gam uhu.. letak gam uhu sikit walaupun dia da ada gam. pastu pastikan seterika tu betul-betul panas. benda tu, bahagian yang cantik ada salut plastik. jangan buka plastik masa iron.

tak sampai sehari, benda tu tanggal. bila cakap dengan kak long ila, kakak bagi tips kat atas nie. Jadi kawan-kawan lain boleh terus cuba ye..
baju kakak dari sisi



Lebih bersemangat nak menjahit baju sendiri lepas nie....
OK Bye....

Monday 11 July 2016

TIPS: Penjagaan Mesin Jahit Tepi

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Perlu diingatkan bahawa Ila menulis berdasarkan pengalaman sendiri, hasil pencarian di internet dan bahan bacaan yang telah dipraktikkan dan terbukti berjaya ke atas bahan dan alatan yang Ila gunakan. Alatan dan bahan lain Ila tak pasti berjaya atau tidak. Jadi kawan-kawan bolehlah cuba kalau ingin mencuba.

TIPS PENJAGAAN MESIN JAHIT TEPI oleh ILA
1. Pakai sendiri.
    Ila memang pakai sendiri mesin jahit Ila dan tak berkongsi dengan sesiapa sebab memang Ila sorang yang menjahit dirumah. Cuma kadang-kadang encik suami pakai kalau dia nak jahit benda-benda simple. tapi jarang sangat berlaku.. hihi.
    Terlalu banyak tangan (ramai orang) yang guna mesin kita nie memang beri kesan. Biasalah.. cara setiap orang guna barang berbeza. Ada yang kasar dan ada yang cermat. Baik kita beli dan pakai sendiri. Bila beli kita tahu berapa kita berhabis untuk dapatkan barang tu, itu yang menyebabkan kita sayang dan cermat menggunakan suatu barang tu.
     Mesin jahit tepi bukan murah untuk sesetengah orang.. dan harga dia makin naik sekarang. Sebab apa Ila kata harga mesin jahit makin naik... Sebab akak Ila sendiri ada beli mesin jahit tepi jenama OKURMA, 3 benang 1 jarum 5 tahun lepas. model dia tak ingat dengan harga RM900. Kemudian, 3 tahun lepas biras Ila pulak beli mesin jahit tepi yang sama dan model yang sama dengan harga RM1200.. Banyakkan naik dia.. Jadi baik pakai sendiri mesin jahit tu.

2. Sentiasa bersihkan habuk.
    Untuk tujuan ini, sila sediakan berus berbulu lembut yang bersaiz kecil. Mesin jahit tepi ni kan potong tepi kain, benang-benang dia tu akan jadi habuk di bahagian tempat pemotong dan menjahit. Jadi rajin-rajinlah bersihkan. Bahagian dalam kalau pandai buka silalah buka dan bersihkan. Habuk benang nie menyerap lapisan minyak pada bahagian dalam mesin. Nanti lama-lama mesin bunyi makin kuat sebab minyak kering. Ini ila sendiri da buka dan tengok.
inilah bahagian yang kita kena rajin bersihkan. nampak kan habuk-habuk benang dan kain yang terpotong tu. sangat banyak.

sila buka seperti ini untuk senang dibersihkan


3. Minyakkan mesin.
    Minyakkan mesin tak perlu kerap macam bersihkan habuk. Bergantung pada berapa kerap kita guna mesin atau kalau dengar bunyi mesin tu lain macam je, minyakkanlah dia. Kasi licin pergerakkan. Pastikan kawan-kawan tau beza bunyi mesin dengan bunyi motor mesin ye...
     Diingatkan... JANGAN MINYAKKAN PISAU PEMOTONG, MOTOR dan BELT mesin ye... Hari tu Ila memang tak tahu. Ila TERminyakkan pisau memotong mesin jahit tepi tu... Jadinya, dia tumpul... tapi masih boleh digunakan. Kalau ada sesiapa yang TERbuat/TERminyakkan, silalah lap pisau pemotong tu, kemudian sorokkan/simpan pisau pemotong tu ke dalam je. Tunggulah lebih kurang 2, 3minggu baru gunakan balik. Ni yang Ila buat.. dan sekarang da boleh guna balik.
    Stress ooo bila pisau tu tak boleh diguna untuk potong kain... Lebih-lebih lagi lain yang berburas (benang terkeluar).. Nak ganti pisau tu pun mahal.

4. Cara Pasang Benang.

  • Bila pasang benang sila pasang yang sebelah kanan sekali... baru sebelahnya dan sehingga lah benang ke 3 atau ke 4. Ini memang tips pakar yang Ila dapat daru YOUTUBE.
  • setiap kali ada benang putus ke tercabut ke.. sila buka semua benang dan pasang semula semua sekali ikut turutan dari sebelah kanak ke kiri. Ini pun tips pakar yang Ila dapat. Elakkan pasang semula satu benang yang terputus tu je, sebab hasil dia takkan cantik seperti asal. Ila akui yang nie, sebab Ila da cuba. Sekarang kalau ada benang putus ke habis ke, Ila akan cabut semua dan pasang semula semua sekali.

5. Kedudukan Buku Benang
    Kalau benang selalu putus masa kita tengah menjahit... cuba periksa kedudukan buku benang dulu sebelum usik setting tegang benang mesin kita. Kadang-kadang setting tak ada masalah tapi buku benang senget tu yang jadi tegang pastu benang putus. Ila pernah kene yang nie 2,3 kali. Siap beli buku benang baru sebab ingat benang reput jadi asyik putus je. At last baru dapat tahu sebabnya buku benang senget. Kalau tengok buku benang tu duduk elok je, cek lah setting tegang benang pulak ye...
pastikan buku benang tu terletak tegak ye.. jangan senget-senget.

6. Letak atas meja yang tegap.
    Guna meja yang tak bergegar dan goyang. Bila kita tekan mesin laju,mesin akan gegar, kalau meja tak kuat, Gegaran dia lagi kuat. Nanti mesin jahit kita akan cepat rosak. Bukan mesin jahit tepi je, apa-apa mesin jahit pun macam tu. 

Itu jelah tips yang Ila praktikkan. Dua tahun lebih Ila pakai mesin jahit tepi BROTHER 3034D nie tak pernah lagi meragam dan Ila tak hantar servis cuma tang pisau pemotong tu jela tapi sekarang da ok. Ila buat sendiri. Jadi kawan-kawan pun boleh cuba.

kalau ada pendapat, cadangan dan perkongsian boleh tulis diruang komen ye. TQ for reading this entry...

Sunday 26 June 2016

Warna Baju Raya HOT 2016

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Warna nie warna yang menjadi pilihan ramai untuk raya tahun 2016. Kenapa Ila cakap macam tu sebab, Ila pusing mana-mana banyak baju warna tersebut da habis di jual. Kalau masih ada pun tinggal saiz yang besar-besar. Banyak peniaga cakap, ramai orang cari warna tu. 

Ila pun gunakan tema warna tu untuk raya tahun nie.. dan amat la seksa untuk cari warna dan saiz yang sesuai untuk encik suami... Diri sendiri dan anak-anak beli kain dan buat sendiri. Encik suami tak sempat nak menempah. Tukang jahit da tak nak terima sebab da lambat sangat.

warna Hots tersebut ialah HIJAU ZAMRUD atau EMERALD GREEN....


Baju si buah hati. Masa nie baju siap baju... tapi sekarang da siap seluar dia sekali, cuma baju dalam dia belum di jahit.
baju sendiri pun masih belum siap lagi nie.. Nampaknya Ila kene gagahkan diri untuk siapakan baju sendiri, baju abah dan baju husna....

huhuhu

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...