Wednesday 2 September 2015

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Alhamdulillah akhirnya dapat juga Ila updatekan blog yang semakin layu di tasik madu nie.. (Haha awal-awal da mula merepek). Ok nak cerita kisah lebih kurang 3 bulan setengah yang lepas.

     Khamis - 14 Mei 2015
     Hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti bersalin. Memang da rancang nak ambil cuti seminggu awal dari tarikh bersalin. Tapi mase dekat sekolah lebih kurang dalam pukul 10-11 pagi terasa something. Jadi pergi la ke bilik air. Check, check ada lendir. Agak banyak. Dalam hati terdetik, nie tanda nak bersalin. Balik pukul 2.30 petang Encik Suami ambik cerita dekat dia. Dia pun excited tanya, da sakit ke? Ila cakap la tak sakit sebab memang tak sakit. Lagi pun keluar lendir tu je. Lepas bersihkan tak keluar lagi. Malam lepas maghrib start rasa sakit tapi relex lagi sebab baru contraction yang tak kuat. Jadi  tunggu lagi sampai pukul 12. Tengah malam sakitnyer bertambah kuat sikit tapi masih boleh tahan. Suami tanya nak  pergi  hospital tak? Dari lepas isyak suami da tanya banyak kali nak pergi hospital ke tak. Ila cakap nanti dulu sebab tak rasa sakit nak bersalin yang kuat.

* kepada sesiapa yang pertama kali & tak ada pengalaman lendir tanda nak bersalin tu jernih tapi agak berketul, kenyal  dan tak berbau. (Ila share untuk pengetahuan ye... jangan salah faham pulak. Tapi tanda bagi setiap orang lain-lain...)


     Sempatlah tidurkan Husna dulu. Sambil baring-baring sebelah Husna, pandang muka dia... rasa sayu pulak. Lepas nie umi kene beri perhatian lebih pada adik tapi umi tetap sayang pada Husna. Sikit pun tak luak/kurang kasih sayang umi.

Nie gambar Husna masa malam umi dia da sakit nak bersalin. Sayu betul hati mase nie. UMI SAYANG HUSNA SANGAT-SANGAT TAU.

     Pukul 1.30 masih boleh tahan sakit sebenarnya tapi fikir kalau jadi apa-apa Ila yang akan menyesal seumur hidup. Jadi buat keputusan untuk pergi hospital. Pukul 2 sampai hospital, daftar kemudian nurse suruh masuk, tukar baju dan check jalan. Mula-mula check baru 1cm. Lepas 30 minit check jalan lagi 3cm. Da check nurse suruh keluar sebab suami nak jumpa. Ila pun memang nak jumpa dia. Keluar sekejap bual-bual. Tak sampai 10minit bual nak masuk balik. Bangun je dari kerusi tempat menunggu tu, air ketuban pecah sebanyak-banyaknya. Nurse terus suruh masuk labour room. dipendekkan cerita. Lepas siap encik suami sembahyang subuh dia pun masuk bagi moral support untuk bersalin. 

     Ila tiga kali teran tak jadi-jadi. Suami dan nurse cakap da nampak kepala baby tapi masuk balik sebab tak tahan nak teran sampai habis. Tak cukup nafas. Sebenarnya bukaan baru lebih kurang 6-7cm lepas tu kepala baby ada jarak panjang 1 jari telunjuk dari pintu keluar. Kalau ikutkan kene tunggu lagi.Tapi entah kenapa Ila nak teran jugak. Last Ila teran dan nekad dalam hati, Allah tolong aku, aku tak boleh putus asa...

     Tepat pukul 5.23 lahirlah dia.. Kesayangan kami sekeluarga, Noor Muhammad Al-Fateh Bin Noor Erman, nama diberi pada hari Jumaat yang mulia 15.05.2015. Berat 3.29kg. Memang semangat orangnya.

SEGAR DARI LADANG SYURGAWI. Selepas beberapa jam dilahirkan. Lebih kurang macam kakak Husna cuma lebih bam-bam.


    Encik suami kata "Walid takut tengok muka umi masa tu (masa meneran). Muka umi merah jadi biru.. Walid takut umi mati..." Dia kata cakap masa dah discharge. On the way balik rumah. Dalam hati kata "sayang juga dia kat aku" hihi..

     Kene tahan satu hari sebab doktor kene pantau baby sekurang-kurangnya 12 jam. Prosedur biasa, bukan sebab ada apa-apa masalah. Kalau bersalin 8 malam ke da boleh keluar da pagi tu tapi sebab bersalin pukul 5 pagi kene lah tunggu sehari dalam wad. Takkan nak keluar pukul 5 petang. Mana ada orang discharge waktu macam tu.

     Semalaman di hospital bersalinkan Fateh pengalaman yang sangat berbeza dari masa bersalin Husna. Semuanya mudah kecuali masa bersalin, susah sikit dari masa bersalinkan Husna. Fateh baik sangat. Tak menangis langsung. Waktu malam pun Ila dapat rehat dan tidur cukup. Masa Husna, Ila tak dapat tidur. Husna menangis sepanjang malam. Bila da siang tidur pulak dia.

     Dua kali bersalin, 2 pengalaman yang berbeza dan akan dikenang sepanjang hayat. Takkan ada pengalaman bersalin yang sama tapi hampir sama mungkin ada.

Sekarang kakak Husna da 2 tahun 4 bulan. Fateh pulak 4 bulan. Alhamdulillah...

     Semoga anak-anak umi dan walid membesar dengan sihat dan kuat. Semoga menjadi anak-anak yang soleh solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

Sekian....

Senarai Projek Jahitan

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hari ni Ila nak senaraikan projek-projek jahitan yang akan Ila buat. Kenapa nak senaraikan? Buat jela.. Sibuk nak cerita pasal projek jahitan pulak. Mungkin ada yang fikir macam tu. Ila senaraikan dekat sini ada sebab. 

     Sebabnya supaya Ila akan buat jugak projek-projek tu. Senang ceritanya macam berazam pastu bagitau orang. Kalau azam tu tak terlaksana... kan iesin kata orang jawa (iesin=malu, sebab orang lain da tahu). Kira pembakar semangat la..

1) Baju kurung - 2 pasang
     Baju untuk pakai pergi kerja. Pola baju kurung moden da siap tinggal nak gunting kain n jahit je. Satu buat baju kurung moden satu lagi bajunkurung biasa je untuk diri sendiri.

2) Baju gaun Husna - sepasang
      Da siap gunting dan jahit tepi da kainnyer.. Tinggal nak cantumkan je.. Payah benor nak cari masa yang sesuai. Sibuk memanjang (kononnyer... haha). Sebenarnya 2 pasang tapi sepasang da siap. Tinggal nak tambah aksessori je.

3) Pencil case - 2 buah
      Nak buat untuk isi segala jenis alat tulis yang banyak tapi sayang nak guna. Nak buat 2 buah yang serupa untuk Ila dan Encik Suami.. Sweet la konon-kononnyer. Sebuah da siapkan malam tadi. berangan nak buat tutorial pencil case tapi Husna pun sibuk nak menjahit jadi tak sempat nak ambil gambar step by step. Takpe masih ada lagi sebuah belum jahit. Insya-Allah akan diupdatekan tutorialnya nanti, tungguuuu....

4) Tote bag - 4 buah
     Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tote bag nie helai ke buah ye??? Hmmm.... Sila cari jawapan sendiri ye.Banyakkan sampai 4 buah. Yela mana taknye, family den da ade 4 orang semuanya.. Cik abang, den, Husna & Fateh. Sorang satu. Adil lagi saksama gitu.

5) Blanket/Mini Toto/Baby Nest
     Yang nie dah lama sangat nak buat. Bahan-bahan dia semua da beli sikit. Batting semua da ada. Entah bila da buat. Memang teringin sangat nak buat dari Husna kecik sampailah Husna da ada adik. Si adik Fateh nie pun sampai da nak dapat sepupu da.. Tak jadi-jadi jugak salah satu benda kat atas tu. Xpe... akan diusahakan juga nanti. Biar lambat asal jadi...

6) Barut baby
     Fateh dilahirkan besar sikit dari kakaknya Husna. Hal ini telah menyebabkan hampir semua barut  yang diwarisi dari Husna dan sepupu sepapat serta makcik pakciknya tidak dapat digunakan lagi.. (ayat karangan lah pulak yang keluar.. hihi). Jadi kenelah lah buat barut-barut baru. Yang nie da siap sebab nak pakai segera. Lebih kurang 8 helai Ila buat. Semuanya saiz EXTRA LARGE. Jadi lama sikit boleh pakai.
Nampak tak bahagian yang lekuk tu? Itu bahagian untuk punggung. Tujuannya supaya kalau baby buang air besar aka berak, najis dia tak kene barut. Tapi kadang-kadang kene juga sebab banyak sangat najisnyer...

Barut nie guna kain fannel printed. Sesuai diguna untuk buat bedung & barut baby. Kainnyer lembut tapi berbulu dan warnanya pudar lepas banyak kali basuh ye. 

Ila buat selapis je. Kalau nak tahan lama dan tak berkedut teruk lepas dibasuh kene buat dua lapis ye. Kain nie semeter RM10.

     Ok cukuplah dulu untuk masa nie. Sebenarnya banyak lagi nak disenaraikan tapi nanti tak termampu. Yang terlist dekat atas nie pun boleh makan tahun baru dapat siapkan. Semoga impian/angan-angan akan menjadi kenyataan dengan usaha. Amin...

Tuesday 5 May 2015

Mengira Hari-hari Yang Indah

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang Ila rasai sekarang ini lebih dari diri ini sendiri... Ila sedang menhitung ari. Tak sabar nak terima kehadiran insan baru dalam hidup Ila dan keluarga. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

 Lebih kurang 5 hari lepas. Genap 37 minggu...


      Sekarang nie da nak masuk ke minggu ke 38. Semakin rasa tak sabar. Ila sebenarnya tak tahu tak sabar nak terima orang baru atau tak sabar nak bercuti panjang. That's why Ila kata Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati Ila nie daripada Ila sendiri. Semangat yang berkobar-kobar sebelum nie da semakin luntur setiap hari setiap masa. Ya Allah... Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada hamba-Mu yang lemah ini. Stres sangat kat tempat kerja...

      Hari-hari dok check application nie untuk tengok berapa hari lagi yang tinggal..
  
  

      Hari nie minggu ke 37 minggu 5 hari. masih ada 16 hari lagi untuk dilalui kalau tak bersalin awal.. Kalau bersalin awal kurang la 16 hari tapi kalau bersalin lambat, bertambah pulak waktu menunggu...


      Apa yang boleh Ila buat masa nie ialah berserahlah pada Allah yang Maha Kuasa. sebab Dia saje yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

      Semoga semuanya dipermudahkan. Amin....

Monday 27 April 2015

Shopping & "Encik GST"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Teringin pulak nak bercerita sikit pasal isu negara. Ila bukan nak menyokong atau menentang tapi cuma untuk perkongsian pendapat. GST... ooo GST...

     Hari ni hari ke 27 GST dilaksanakan tapi Ila baru rasa minggu lepas setelah dapat gaji bulan 4 ari tu. Masa awal bulan tak banyak shopping barang keperluan sebab da buat perbelanjaan awal. Semalam punya cerita shopping.. Shopping barang make up setelah berbulan-bulan tak beli jadi seperti melepaskan gian beli barang make up.

Tak banyak mana pun tapi bagi orang yang setahun 2, 3 kali je beli barang-barang make up macam Ila da cukup banyak la nie. 3 barang dekat atas tu (pencukur, lotion & mask) free gift.


      Jumlah belian RM158.79 je tapi bayar sekali kos encik GST jadi RM168.30. Beli barang make up je GST dia RM9.53. Hmmm... boleh beli sebatang lagi lipstik kat atas tu.. bukan nak merungut tapi jumlahnya agak besar untuk orang yang berpendapatan sederhana macam Ila. Ye.. Ila golongan pertengahan. Tak kaya dan tak miskin. Syukur atas rezeki yang diberinya.

      Lepas nie kalau gaji 3k siap-siap la kira GST sekali. 6% dari 3k = 180. 180 untuk GST setiap bulan. Buat masa sekarang belum nampak kegunaan dan kebaikkan GST. Katanya untuk pembangunan negara. Insya Allah kalau betul negara kita akan bertambah maju. Amin....

Alahai GST... OOOO GST...

Sunday 19 April 2015

Hasil Kerja Jahitan Bersama "Abang-Abang"


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ila pernah janji sebelum nie nak upload tentang hasil kerja jahitan bersama "abang-abang" (mesin jahit Brother) kesayangan Ila. Walaupun tak seberapa tapi bangga sebab hasil tangan sendiri. Tengok lah ye... Belum banyak sebab tengah ber'pantang' dari menjahit. Menunggu hari-hari indah untuk menyambut orang baru dalam keluarga kecil Ila.


 Inilah baju pertama siap selepas kehadiran Brother 3034D.

Sebenarnya baju kurung ini bukan yang pertama siap tapi tak sabar sebab buat baju untuk diri sendiri, semangatnyer lain tapi tak pakai lagi sebab perut da makin besar.. tak selesa nak pakai baju kurung.

Da sebulan lebih baju nie siap. Jahit kainnyer 3 jam siap. punya la semangat menjahit sebab ade mesin jahit tepi baru.. hehe
Ini hasil mesin jahit tepi Brother 3034D. Gunakan 3 benang 1 jarum. Benang pulak guna benang sutera yang lembut & memang guna untuk jahit tepi.


Sepatutnya inilah baju pertama siap. Jubah untuk encik suami.. Susah betul nak siapkan. Kain dia susah nak jahit.. entah berapa puluh kali Ila buka jahitan dan jahit semula. Sampai sekarang pun masih belum siap sebenarnya tapi tinggal hujung lengan dan kaki bawah je.. Tunggu habis pantang nanti nak sambung.. (Arghhhh... stres bila tak dapat buat perkara yang kita minat dan suka kan...)


     Ini hasil jahitan mesin Brother 3034D. 2 jarum 4 Benang. Gunakan benang jahit biasa. Masa nie belum belu benang sutera yang memang khas untuk jahit tepi. Ini setting asal masa baru-baru beli mesin. Memandangkan setting nie mengakibatkan benang Ila cepat abis, Ila tukar la jadi 1 jarum 3 benang macam dalam gambar baju kurung kat atas tu sampai lah sekarang..

Ok.. Itu jela dulu buat masa nie.. tunggu ila post cerita baru ye... Bye...





Wednesday 8 April 2015

REVIEW: Mesin Jahit Tepi BROTHER 3034D

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Kali nie Ila nak cerita tentang mesin jahit tepi yang memang sebelum nie menjadi wishlist Ila dan sekarang da menjadi kenyataan...

Memperkenalkan.... Encik 'ABANG' 3034D



     Sejak ada mesin jahit tepi sendiri.. senang dan cepat nak jahit baju sendiri. Rasa lagi bersemangat. Kemudahan di depan mata. Banyak benda Ila da jahit.. Antaranya, kain bedung, kain batik, baju kurung Ila sendiri dan jubah untuk encik suami tapi belum siap jahit hujung lengan dengan bawah kaki. Sikit je lagi...

     Mesin nie memang senang nak guna. Jahitannya pun cantik. Memang Ila puas hati beli mesin jahit tepi ini. Dari 5 bintang Ila bagi 4 bintang setengah.

     Buat masa ini Ila da gunakan 3 jenis jahitan. Ikut je manual yang diberi untuk tukar setting. Memang menjadi. Kalau tak pandai tak apa yang penting berani nak cuba.

     Sekarang tengah cuti menjahit sebab encik suami tak bagi lagi pun dia suruh berehat sebab kerja sekolah Ila sangat banyak jadi dia nampak Ila penat sangat tapi sebenarnya Ila suka menjahit. Menjahit ini jadi cara untuk Ila hilangkan stres kerja. Lepas pantang nanti da bercita-cita nak sambung menjahit semula.. Banyak list projek menjahit da tersenarai dalam kepala nie.



Ini gambar bedung yang Ila jahit, yang lain belum sempat snap gambar sebab baru pegang hp kejap Husna da datang berebut hp dengan uminya.. Jadi sabar je la...

     Ila akan update lagi hasil-hasil jahitan Ila. Cuma perlukan keizinan-Nya untuk beri Ila masa terluang untuk update.. K bye...

updated:
     kepada sesiapa yang teringin atau bercadang nak beli mesin jahit tepi, ila sangat cadangkan mesin jahit tepi brother 3034D nie. sangat berbaloi. tapi kalau untuk tujuan jadi tukang jahit yang ambil upah sepanjang masa 24/7 ila tak galakkan.
    3034D nie mesin portable. jadi sesuai untuk kegunaan yang sederhana. kalau berniat nak buka butik ke, ambil tempahan pukal ke.. sila lah pilih mesin jahit industri yang heavy duty.
    3034D nie harga dia RM1300 harga pasaran sekarang. kalau nak murah sikit ada model 1034. model nie lebih kurang sama dengan 3034D. Ila da gunakan. sama-sama user friendly. tapi ila lebih suka cadangkan 3034D. sebab 3034D lebih senang nak pasang benang.. ada tempat untuk kumpulkan lebihan kain yang dipotong. itu perbezaan yang jelas. model 1034 nie dalam RM1100 da boleh dapat. Beza RM200 tapi serius Ila cadangkan ambil 3034D kalau ada yang berniat nak beli mesin jahit tepi.
   sesiapa yang nak beli boleh email ila ye seceriasimatahari@gmail.com Ila boleh bg harga agen + kos penghantaran. kalau nak tanya-tanya harga pun boleh... (^_^)

feel free to ask me... kalau ila boleh jawab, ila jawab...

"Abang Ngah" dah sampai....

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Lama sangat baru Ila ada masa untuk tulis review tentang mesin jahit tepi Brother 3034D yang Ila da beli lebih kurang 2 bulan. Maaf la ye... terlalu banyak kekangan masa sampai tak sempat nak update blog nie.

     Sikit cerita pasal mesin nie.. Beli dengan LSN Sewing Machines. Beli online. Masa tu ada promosi. Boleh baca entry sebelum nie ye. Lepas 4 hari barang yang ditempah pun smpai. Punyalah gembira hari tu bila nampak lori GDex masuk halaman rumah. Melompat gembira la...
Lori GDex sampai depan laman rumah... Huhu.. Hatiku gumbira...


Penghantaran sehingga ke depan muka pintu rumah uollsss... haha gediks tapi memang puas hati dengan servis yang diberi.

     Bila encik abang GDex balik je terus cari gunting. Nak gunting plastik untuk protect barang dari rosak. Tebal betul plastik pembalut dia. Sampai berpeluh juga nak buka...


Tapi belum habis Ila buka semua bungkusan... Dengar suara orang menangis pulak dari dalam bilik... Aduhai... Potong stim betul.. Tengah excited dapat barang baru ada je yang mengganggu... Hmmm... Nak buat macam mana. Itulah gayanya kalau da beranak pinak. Nie baru satu. Belum 6....

Umi minta tolong Husna buka bungkusan juga dan.......
Inilah hasilnya... Husna tolong umi "kemas".. Bijak sungguh anak umi nie...

Inilah barang-barang yang Ila beli dari LSN. Rasa berbaloi sangat sebab harga tengah promosi. Kalau tak hampir RM1500.00 semua sekali.



Sunday 1 February 2015

My Wish List

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga Ila meluahkan masa untuk menulis blog yang da berhabuk nie. Bukan setakat berhabuk, sawang, cendawan pun boleh tumbuh sampai 7 keturunan baru Ila dapat update blog nie. (Faham dan boleh bayangkan tak maksud ayat Ila tu? kalau boleh maksudnya anda orang yang ber''IQ" tinggi.. hahaha yela ayat berbelit..)

     Terus kepada tajuk blog kat atas tu... Setiap orang mestilah ada barang yang diingini.. Ila ada banyak sangat benda yang Ila nak. Rasanya semua orang macam tu. Tapi benda yang kita nak mestilah bersesuaian dengan kemampuan kita.

     Antara benda yang Ila nak ialah mesin jahit. dan Ila dah ada satu pun mesin jahit. Da setahun pun pakai. Alhamdulillah masih elok dan berkeadaan baik...

     Mesin jahitnya macam yang ada dekat atas nie. Walaupun tak lah setiap hari digunakan tapi Ila rasa berbaloi beli. banyak benda boleh buat. Yang penting kenalah minat.

     Ila masih ada 2 wish list untuk beli mesin jahit nie. Ila nak beli mesin jahit tepi dan mesin sulam pulak lepas nie. Untuk menambah koleksi mesin dan meningkatkan kemahiran dan kekemasan dalam hasil jahitan yang Ila buat.

     Susah juga sebenarnya kalau nak menjahit baju tanpa mesin jahit tepi ini. Kerja-kerja mengemas tepi kain jadi lebih mudah jika menggunakan mesin jahit tepi. (Wah... nampak ayat skema tu.. hihi tapi itulah kenyataannya).

     Insya-Allah dalam minggu ini atau mungkin minggu depan sampailah mesin jahit tepi tu.. Hihi.. Ila da beli online dekat LSN Sewing Machines. Sebenarnya da lama nak beli mesin jahit tepi ini tapi terpaksa tangguhkan dulu atas sebab banyak perkara. Selalu Ila survey harga pasaran.. Range harga yang agak berpatutan dan sesuai dengan kemampuan dan kadar penggunaan Ila RM1299.. tapi 2,3 hari lepas ternampak promosi LSN Sewing Machines buat. Harganya turun tinggal RM1104. Hati da teruja masa tu.. kemudian terfikir untuk check harga dekat LAZADA..

     Harga dekat LAZADA lagi murah uolls... tinggal RM945 je. Bertambahlah excited Ila nak beli. Tanpa membuang masa terus isi form nak beli tapi bila sampai part bayar ada problem.. Tak tahu kenapa tak boleh link dengan bank untuk transfer duit.. Stress betul masa tu. Lama Ila tunggu nak transfer dan cuba 3, 4 kali tapi still tak boleh. Last-last Ila pergi balik laman web LSN tu terus isi form untuk order.

     Moga-moga tak ada apa-apa masalah dan harap sangat mesin tu selamat sampai minggu nie.. Dah tak sabar rasanya..

Inilah mesinnya..

     Mesin jahit tepi jenama Brother. Jenis portable. Almaklumlah tak ada ruang besar untuk beli mesin jahit tepi industri. Nombor siri 3034D. Insya-Allah bila mesin nie dah sampai dan Ila da guna.. Ila akan buatb review tentang mesin nie ye.. 

Wassalam...

p/s: tertinggal satu lagi mesih dalam wish list.. takpe next next time Ila cerita ye.


Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...