Tuesday 31 December 2013

HARI TERAKHIR........

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hari ini 31-12-2-13 merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Esok sudah bermula tahun baru. Hari pertama bagi tahun 2014 KECUALI kalau tiba-tiba berlaku keajaiban yang menjadikan tahun 2013 bertambah satu hari lagi iaitu ada pulak tarikh 32-12-2013 (merepek entah ape-ape tah Ila nie tapi... tak mustahil berlaku dengan izin dari-Nya).

     Mulai tahun 2014, semua sedia maklum yang negeri Johor telah mengubah cuti minggunya dari hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu. Ikut kata suami dulu dia pernah merasa bersekolah pada hari Ahad iaitu cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum cuti bertukar kepada hari Sabtu dan Ahad semasa dia darjah 2. (Kenapa banyak pulak ayat skema dalam post kali nie agaknyer ye??? Hmmm... Pelik pulak..). Kalau tak silap tahun tu sekitar tahun 1992. Masa tu Ila pun belum sekolah jadi tak lah merasa bersekolah pada hari Ahad.

     Tak kisahlah cuti hari apa pun.. Yang penting semoga tahun baru membina semangat dan cita-cita baru untuk mencapai segala yang dihajati dan diimpikan sehingga berjaya. Semoga segala usaha yang dijalankan menjadi dengan baik serta cemerlang.

     SEMOGA TAHUN 2014 LEBIH BAIK BARI 2013...

    Semoga berjaya untuk semua rakan-rakan dan kenalan sekalian...

Thursday 19 December 2013

Projek Jahitan

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Tak sampai 1 jam Ila da update.. Haha.. Ok.. Ila baru check email tengok ada email masuk ke tak. Tengok-tengok email gambar baru dapat. Jadi teruslah update sementara ada masa dan Husna tengah tidur.

     Jadi.. Inilah mesin jahit Ila. Mesin jahit jenama Brother model AS2730S.
Kalau tengok betul-betul, ada banyak barang dekat sebelah kanan mesin.. Baru siap jahit selaur. Belum kemas lagi.

     Meh Ila cerita sikit pasal mesin nie. Manalah tau ada kawn-kawan yang tengah cari mesin jahit waktu ni. Mesin nie bukan mesin heavy duty. Jadi tak sesuai untuk "mass production" maksudnya tak sesuai untuk tukang jahit tegar yang memang kerjanya menjahit 24/7. Mesin ni juga tak sesuai untuk menjahit kain atau bahasa saintifiknya fabrik yang tebal. Jadi kurang sesuai sangat la untuk jahit langsir dan seluar jeans yang tebal.

     Mesin nie ada 27 jenis jahitan atau corak jahitan yang boleh dia buat termasuk jahit lubang butang dengan satu langkah sahaja. Hmmm... Rasa tak larat pulak nak cerita semua.. (Haha... Malas sebenarnya. Tengkuk Ila da sakit mengadap netbook nie.) Untuk maklumat lanjut bolehkah layari laman web Brother ye dengan mengelik di sini. Kalau kawan-kawan nak search sendiri pun boleh. Cuma jangan tersalah pilih.. Sebab Brother nia ada jenama untuk aksesori kereta.

     Ooo... Sebelum terlupa.    
Inilah projek kedua Ila. Alas meja.
Projek ketiga. Seluar besar yang sedang dipakai ketika menulis entry ini. :-D

     Gambar projek pertama tak sempat ambik sebab IBU MERTUAKU tak sabar nak pakai baju yang menantu kesayangan dia repairkan.. (Haha.. Perasan banget kok). Baju beli last minute, pastu g tukar last minute dan jadinya repair betul-betul last minute. Repair baju tu pagi, petang mak da nak pakai jadi memang tak sempat nak gambik gambar. Lain kalilah ye kalau Ila ingat nak ambik gambar baju tu Ila akan uploadkan.

     Akhir kata..... (Nak tulis ayat last yang pendek je.. Confirm memang pendek je... Sebelum tu Ila nak ketawa sendiri dulu. Kalau tak, tak jadi ayat lat yang pendek. Hihi.)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     Ok, bye......

Hadiah Hari Jadi... Huhuhu

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Semalam bergerak ke Batu Pahat... (haha bunyinyer macam nak pergi bercuti je.. Tak pun...) Pergi Batu Pahat buat pelbagai urusan. Mula-mula singgah tempat kerja encik suami dekat Rengit untuk dapatkan tanda tanggan  bos dia. Pastu singgah Senggarang p Pejabat Pos pulak... Hantar barang... Nampak dari luar ramai orang tapi bagus sangat sebab Ila tak menunggu dalam kereta. Dalam 10 minit da siap. Kemudian kami pun terus ke Bandar Batu Pahat, settlekan KWSP encik suami, semak penyata KWSP diri sendiri.. (huhu sedih.. tak banyak pun. yela gaji tak seberapa... tapi kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah...) Keluarkan duit cikit dan pusing-pusing cari barang yang dikehendaki..

     Sebenarnya da lama nak cari barang ni tapi sentiasa tak ada masa lapang. Jadi, sambil-sambil nak buat urusan di Batu Pahat cari la sekali. Tak la pusing-pusing sangat dekat Batu Pahat sebab Ila da survey harga barang ni dekat internet dan kedai yang ada jual benda ni.

     JADI... INILAH BENDANYA....

mesin jahit ni dikira hadiah hari jadi untuk diri sendiri..(gambar dari internet. tak sempat nak pindahkan gambar dari telefon)


     Akhirnya Ila miliki sendiri sebuah mesin jahit... Walaupun bukan model yang Ila nak beli asalnya tapi boleh memenuhi keperluan... Ops... bukan keperluan tapi kehendak. Moga dengan adanya mesin jahit ini akan mengisi masa lapang Ila dengan aktiviti yang lebih berguna dan moga dapat menambah pendapatan keluarga. Insya-Allah....
(panjang betul ayat-ayat skema dekat atas tu.. tapi itulah sebuah pengharapan yang akan diusahakan sehingga menjadi sebuah kejayaan dengan izin dari-Nya. Ayat nie pun skema jugak.. Haha.. )

     Model asal yang Ila nak beli sebenarnya ialah yang ini...

     Tapi mungkin tak ada rezeki.. dapat yang Ila beli semalam tu pun da ok. Lagi pun yang Ila beli nie harganya jauh lebih murah dari model asal yang diidamkan.. Jadi, save bajet cikit..

     Post ini terlambat dipublishkan sebab biasalah orang da ada anak nie.. Banyak benda tak dijangka dibuat oleh anak... Jadi, kenalah dulukan si kecil si jantung hati dulu.. Sampai sekarang da dekat seminggu beli mesin ini dan Ila da buat beberapa projek da dengan mesin jahit ni.

     Projek yang merasmikan mesin jahit Ila ni ialah BAJU KURUNG IBU MERTUAKU.. Kelas tak tajuk projek tu? Haha... Bukan buat baju pun cuma pendekkan hujung lengan dan badan baju je.. Tajuk macam gempak je kan...

     Projek yang kedua ialah ALAS MEJA BUAT SUAMI KESAYANGANKU... Haha.. Jahit bahagian tepinyer je.. Tak de tambah apa-apa pun.. Bukan encik suami yang banyak pakai meja ni sebenarnya.. Biasalah tajuk kena vougedevast ye... Tak plan pun nak buat alas meja. Asalnya nak buat benda lain tapi alas ni lebih penting jadi gunakan jela...

    Projek yang ketiga ialah SELUAR BESARKU.. Yang ni memang plan nak buat sebab banyak seluar track rasa tak selesa nak pakai kat rumah. Jadi buat sendiri seluar untuk menjimatkan belanja. Memang selesa sangat sebab seluar nie Ila buat besar. Senang nak melangkah. Seluar nie masih 'hot from oven' mase post nie ditulis dan Ila tengah pakai sekarang.. Punyalah semangat nak memakai seluar buat sendiri.. Hihi

     Semua projek-projek nie nanti akan Ila uploadkan gambar-gambarnya kemudian.
     Ok... sampai sini dulu... Caucincau... Hihihi

Thursday 28 November 2013

HADIAH HARI LAHIR....

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Hari ini genap... (er... genap ke genab ye ejaannya???? (*_*)>? hahaha... kawan-kawan semua pilih ejaan yang betul sahaja je.. Serius, Ai tak ingat yang mana satu ejaan yang betul.)

     Sambung ayat yang kedua tu... Hari ini genap umur Ai yang ke 26. tak perlu berahsia kerana umur hanya angka. Angka tak melambangkan apa-apa pada usia. Yela.. Adakalanya dewasa bukan kerana usia, mati juga bukan kerana usia dan angka. Betul tak?

     Hadiah terbaik pada hari lahir kali ini ialah KESABARAN dan KETABAHAN yang diberikan oleh tuhan kepada hamba-Nya ini untuk kali ini.
 
     Nak tahu kenapa?

     Sebenarnya, suami da plan nak keluar. Da siap telefon pengasuh Husna untuk bagitau nak letak minta jaga Husna untuk satu hari dalam cuti sekolah ini. Yela nak ambik masa keluar berdua. Tapi Allah nak menguji hamba-Nya. Husna tak sihat. Risau sungguh hati ini.
 
     Tak nak makan dan minum.. Sampai badan dia letih & lemah sangat semalam. Sedih sangat bila tengok dia macam tu. Pastu buat hati lagi risau, susu badan pun dia tak nak. Tak pernah dia tak nak susu badan. Bila beri je dia nangis kuat-kuat pastu muntah semua yang masuk. Memang risau sangat2.

     Pendekkan cerita bagi pagi tadi ok cikit. Cuma demam... tapi demam dia kali ini lain cikit. Tu yang rasa risau sangat. Muungkin demam sebab nak membesar. Jadi, satu hari ini tak ke mana-mana. Duduk di rumah buat apa yang patut dan jaga Husna.
 
     SELAMAT HARI LAHIR AI aka UMI HUSNA...
 
     Didoakan supaya Ai menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintah-Nya dan menjadi anak, isteri dan umi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin... 

Tuesday 19 November 2013

BUMBO SEAT Untuk Husna Umi

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Kepala & tengkuk da sakit sangat sekarang nie sebab asyik buat kerja dari tadi pagi sampailah sekarang. Tak berhenti lagi tau... (Ade jugak berhenti makan sebab da lapor sangat tadi.. Yela.. Kerja yang memerlukan konsentrasi tinggi guna banyak tenaga ok.) Ambik masa sikit untuki update pasal Bumbo Seat sambil-sambil mengurangkan stres kerja.

     Pernah dengar tak pasal Bumbo Seat nie? Ai pun dengar pasal kerusi untuk bayi nie dari akak Ai sendiri. Dia tak beli tapi dia pinjam dari kawan. Dia nak beli pun macam membazir sebab perancangannya anak dia yang ke-4 nie anak yang last. Ai pulak beli sebab baru sorang jadi boleh simpan sampai anak ke-6 yang last nanti. Insya-Allah.. (Haha... ramai tak 6 orang anak untuk zaman sekarang? Tinggi betul cita-cita Ai kan..)
 
Inilah Bumbo Seat nyer... Comel kan..



     Apa kegunaan Bunbo Seat nie?

     Bumbo Seat nie antara kegunaannya ialah untuk melatih baby duduk (skema pulak ayat nie.. hihi). 4,5 bulan Husna da guna tapi dudukkan dia dalam tu kejap-kejap je. Risau pinggang dia tak cukup kuat. Kerusi nie lembut sangat. Memang selesa la.. kalau ada untuk orang dewasa aka orang tua, memang Ai da beli da untuk diri sendiri.

Bumbo Seat nie kecik je sebenarnya.

     Masa mula-mula nak ajar Husna duduk, baru 5 minit masukkan dia, dia nangis da.. Mungkin mase tu dia kecik sangat lagi. Tapi sekarang da ok. Bila dia duduk senang nak bagi makan. Yela sekarang Husna da 6 bulan. Kejap je masa berlalu... Husna da 6 bulan da..

     Bumbo Seat nie ada tray untuk makan macam dalam gambar yang atas sekali tu. Yang warna biru. Ai beli Bumbo Seat nie online je.. Mase tu tengah banyak sangat kerja. Tak sempat nak keluar dan Ai dapat info Bumbo Seat nie ada kat Fabulous Mom, dan cawangan Fabulous Mom yang paling dekat dengan rumah Ai ialah di JB.. Memang tak la nak pergi sana semata-mata untuk beli sebuah kerusi comel nie. So... jalan yang paling mudah ialah secara online walaupun kene bayar cikit kos penghantaran. Tapi tak la mahal mana nak dibandingkan dengan kos minyak pergi n balik.

     Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak beli Bumbo Seat nie boleh la g terus dekat kedai Fabulous Mom atau online dengan tekan alamat nie... www.fabulousmom.com tapi kalau ada siapa-siapa tahu dekat tempat lain yang ada jual kerusi comel nie boleh la share. Sharing is caring.... (^_^)/



p/s: gambar Husna duduk kat Bumbo Seat nie tak sempat nak transfer ke netbook. Next time Ai upload kan ye..

Tuesday 12 November 2013

Cuti Sekolah Hampir TIBA!!!

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



     Kalau baca tajuk kat atas tu bunyinya macam da tak sabar sangat nak cuti sekolah... Sapa yang tak gembira kalau da penat bekerja dapat cuti untuk hilangkan stres. Yang lagi best ialah... walaupun bercuti, gaji tetap jalan. Itulah untungnya bekerja dengan pentadbir negara. Jadi, kawan-kawan semua faham-faham lah ye Ai kerja apa.

TAPI...

     Masalahnya ialah Ai tak rasa langsung nak cuti. Kalau dikira cuti sekolah mula hari Sabtu nie, 16 November. Tinggal 3 hari je.. Kejap sangat. Tapi tak rasa langsung nak cuti sebab... Makin nak cuti makin banyak kerja yang diberi dan perlu disiapkan sebelum cuti.. Kalau cuti dengan kerja yang tak siap mesti rasa tak senang hidup dan tak akan dapat punya berehat dengan tenang.

APATAH LAGI....

     Bos da pesan awal-awal pada semua pekerja... Minggu pertama cuti adalah minggu menyiapkan segala kerja. Kalau tak, tak akan bercuti la semua... Hmmm pening bila difikirkan.
Semua kerja yang datang kerja baru pulak tu. Yang tak pernah dibuat sebelum nie. Nak tanya orang lain pun, orang lain tak dapat nak terangkan sebab masing-masing pening.

APA NAK DIKATA...

Selagi belum habis masa... KERJA! KERJA! KERJA! la ye... Moga rezeki yang diterima berkat. Amin...

Wednesday 6 November 2013

Mencuba nasib dengan JDR (Job Di Rumah)

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Da masuk bulan yang ke-11 hari yang ke-6 bagi tahun 2013.. hahaha. Saje nak panjangkan post nie. Hari nie, hari pertama Periksa SPM.. Semoga berjaya kepada semua yang mendudukinya.. Ai da ambik periksa nie 9 tahun yang lepas. Kita berbalik semula pada tajuk kat atas la ye.. Kalau nak cerita masa Ai ambik SPM panjang berjela-jela pulak topik yang topik ada kena-mengena dengan tajuk kat atas tu.

     ''JDR'' atau ''Job Di Rumah''. Laman yang Ai baru jumpa dalam 2,3 minggu lepas. Ai baru apply 2 hari yang lepas dan permohonan masih dalam proses. Jadi, Ai ambik masa jugak sebelum apply kerja sambilan nie sebab ada bayaran yang dikenakan untuk panduan yang diberikan.

      Ai tak dapat nak cerita panjang lebar sebab permohonan masih belum selesai.. Apa-apa pun kalau berjaya dan ada hasilnya, pasti Ai akan update kan untuk pengetahuan kawan-kawan. Yela perkara baik mesti dikongsi bersama.

     Sampai sini dulu.. Setelah step seterusnya berjaya, Ai akan update kan untuk rakan-rakan mencuba ye.

Inilah la laman webnyer.. boleh la jenguk-jenguk ye...

Tuesday 8 October 2013

My Sweetheart Husna Photo Gallery

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Husna masa masih lagi dalam hari.



Husna yang da besar sikit. Tapi ade jugak gambar masa dalam hari.

Husna...
Umi & walid sangat sayangkan Husna.
Setiap masa umi teringatkan Husna, walaupun umi sibuk bekerja.

Husna...
Umi berat hati nak tinggalkan Husna dengan pengasuh
umi terpaksa, kalau tempat kerja umi benarkan bawa anak kecil
da tentu umi bawa Husna.
Umi mahu lihat Husna membesar depan mata umi sepanjang masa
tapi
umi dan walid belum mampu nak buat macam tu.
itulah pengorbanan yang UMI, WALID serta HUSNA perlu lakukan.


Husna...
umi harap sangat Husna tak banyak ragam masa dekat rumah pengasuh...
pengasuh Husna bantu umi jaga Husna,
Husna jangan susahkan pengasuh, Mak Imah ye...
Kita menumpang rumah orang, minta bantuan orang kene pandai jaga diri.
jangan kita pulak jadi tuan.

Husna...
Jadilah anak yang solehah,
yang membantu orang lain, yang berguna kepada agama, negara dan bangsa.

Umi doakan kehidupan Husna sentiasa diredhai dan dirahmati Allah swt sepanjang hayat dan sehingga ke akhirat. Amin....

Yang Benar,
Umi Husna

Monday 7 October 2013

post pendek tanpa gambar...

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


post pendek nie cuma nak beritahu yang ai tak dapat nak update pasal nak sambut anniversary... huhu sedihnyer sebab memang tak dapat pergi ke mana-mana sebab banyak sangat program kerja yang datang last minit..

lagi sedih sebab ai terpaksa batalkan booking hotel lexis kat PD. kalau tak da g da.. tapi tak apelah... belum ade rezeki nak menenangkan hati dan badan di tempat perlancongan nampaknya. tunggulah akhir tahun nanti...

---tamat---

RESIPI: Puding Aiskrim Oreo

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Rasanya da lama sangat blog nie tak di'update'kan resipi kan.. Sebenarnya ade banyak resipi nak dikongsi tapi asyik lupa je.. Kali nie Ai post pasal resipi pencuci mulut yang agak simple  dan yang paling penting bahannya sangat mudah didapati.

     Yela.. kita senang nak cari resipi yang sedap-sedap dalam internet ni tapi bahannyer yang jadi masalah. Ade kala bahan tu kite tak pernah dengar pun namanya. Lebih-lebih lagi kalau resipi tu bukan resipi tempatan.

     So, tak payah la Ai nak cakap panjang lebar.. Resipi Puding Aiskrim Oreo nie seperti berikut...


BAHAN-BAHAN:



25g agar-agar bertali

1200ml air

1 tin susu cair

1 cup Gula

1 sudu teh esen Vanila 

1 biji telur

1 bungkus Biskut Oreo (ditumbuk/kisar)

1 cup Ice Cream
Cara-cara membuat:
1.     Masak agar-agar dengan 1200ml air hingga larut. Kemudian, masukkan gula. Kacau sebati.
(kalau guna agar-agar bertali, potong/gunting kecil-kecil supaya cepat larut.
Jangan masukkan gula sebelum agar-agar betul-betul larut nanti berketul-ketul agar-agarnya)
2.    Blendkan telur, susu cair , ice cream, dan esen vanilla. Kemudian masukkan dalam adunan agar-agar tadi.
(adunan agar-agar tu kalau boleh dipekatkan sedikit sebab bila tambah susu cair dan ais krim tak cair sangat. Kalau adunan cair susah nak beku nanti)
3.    Kacau rata dan masukkan biskut oreo yang telah dikisar... kacau lagi biar sebati.
(ai tak suka biskut terlalu hancur, jadi ai buat ade yang halus dan ade biskut yang kasar. Sebab kalau kasar akan rasa dua tekstur iaitu tekstur agar-agar yang licin dan tekstur biskut oreo yang lembut. Lagi best dimakan dari rasa licin agar-agar je)
4.    Sediakan loyang.Tuangkan adunan dan sejukkan dalam Freezer...  dah siap!
(kalau nak buat untuk hantaran atau nak bentuk yang lain tuang la dalam cetak yang ada bentuk ye.. takde lah bentuk bulat @ petak je)
sebelum terlupa, ais krim tu boleh apa-apa perisa pun. hari tu ai buat guna perisa vanilla. jadi warna dia putih jela.. kalau nak cantik lagi boleh letak pewarna cikit ye..

SELAMAT MENCUBA!!!


p/s: akhirnya dapat jugak ai upload gambar atas tu... banyak kali dan da berhari-hari cuba baru boleh.

Monday 2 September 2013

Setahun Jagung

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sedapnyer kalau dapat makan jagung rebus segar dari ladang time-time macam nie.. Apatah lagi lepas tengokk gambar jagung manis kat atas nie. Boleh bayangkan bertapa nikmatnya makan jagung segar. Haha.. Macam mengidam lah pulak. 

Actually aku bukan nak cerita pasal-masal  jagung (ade ke kata ganda macam tu? hmmm abaikan k. hanya untuk kegunaan blog ini je... hoho. that kata ganda all ready registed hahaha takde maknenyer).

Aku nak cerita pasal gambar kat bawah nie. Bukan gambar atas k. Gambar atas tu saje untuk cantikkan blog nie walaupun blog nie tersangatlah simplenya. Aku akan berusaha mengubah blog nie k.. Tapi tak ade banyak masa. sebab tu blog nie tak berubah walaupun da setahun.

Balik semula pada apa yang aku nak cerita. Ce korang tengok gambar kat bawah nie.
Agak-agak korang  bahagian mana yang aku suruh korang tengok? Hmmm Gambarnyer tak brape jelas. Ce tengok gambar kat bawah pulak...

Sebenarnya inilah bahagian yang aku nak cerita.. Aku dah kawen setahun rupanya.. Itulah kaitan gambar jagung n tajuk  entry aku kali ini. Sebenarnya anniversary aku 31 Ogos ari tu. Ari sabtu lepas. Anniversary aku time semua orang cuti n sambut.. Walaupun bukan menyambut anniversary aku n suami. Tapi aku bangga kongsi tarikh dengan hari Merdeka negara kita.

Balik semula pada topik asal.
Biasanya apa korang buat time anniversary?

Mestilah wat benda yang istimewa la kan. Tarikh specialkan untuk diingati sepanjang hayat yang ada.

Aku pulak time anniversary... Hmmmm.... Krik krik.. krik krik... (bunyi cengkerik). Aku pun tak tahu aku wat ape sabtu lepas. Mesti korang bosan baca entry aku.. Mula-mula beriya nak cerita tapi... hahaha

Hari sabtu lepas aku busy g rumah terbuka n jemputan kenduri kawen, akikah n pertunangan. Busy kan aku memenuhi undangan sesama manusia. Walaupun tak berjaya hadir semua tapi lebih separuh aku datang tau.

Itu jela yang aku nak cerita. Aku n suami tak sempat sambut pun anniversary kitaorang. Just pagi tu wish n terus kemas-kemas barang cikit n bertolak ke destinasi yang dituju.

Awalnya suami plan nak ke Port Dikson hari Jumaat petang 30hb tu pastu tukar plan g Melaka je.. Last-last terpaksa tangguhkan. Bile planning semula kita orang ambik keputusan n sambut masa cuti tiga ari nanti. 14,15,16 September nanti. Harap-harap tak ade halangan dan urusan penting. 

Moga tak tertangguh lagi la plan kita orang nie.
Kalau kita orang jadi g nanti, aku akan cerita cikit pasal tu ok..
k bye...

Tuesday 20 August 2013

Raya Pertama Kami, BERTIGA!!!

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Tahun nie tahun pertama aku beraya bersama suami... tapi istimewanya raya pertama kami bukan berdua tapi bertiga... Mungkin ade ramai lagi pasangan yang mengalami situasi istimewa macam nie... Rezeki Allah nak bagi jangan ditolak.. Memang rancangan aku n suami nak anak secepat yang mungkin n alhamdulillah, dimakbulkan.
Raya pertama kami bersama.

TAPI...

      Lepas nie kene merancang untuk jarakan adik Husna pulak. Bukan apa, takut perbelanjaan meningkat mendadak. Lagi pun nak beri ruang Husna bermanja sebelum pikul tanggungjawab sebagai kakak yang mithali insya-Allah dengan izin-Nya... Almaklumlah anak pertama, tanggungjawabnya besar. Kene tolong umi n walid serta jaga adik-adik yang lain.. (Hehe... Jauh perancangan tu. Pada hal Husna baru 2bulan setengah).

Husna penat beraya.. Haha mase nie pagi lagi. Memang timing Husna tido sebenarnya.

      Tahun lepas 2012, masih lagi beraya dengan status bujang.. N tahun lepas raya tak feeling sangat sebab 2 minggu raya majlis kahwin diri sendiri. Sibuk buat persiapan je.

Friday 26 July 2013

Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Mengandung dan Menerima Kehadiran Orang Baru. BAHAGIAN 2

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Menyambung topik yang lepas, topik persediaan mental dan fizikal bla bla bla (Panjang, tak mau taip balik.. hihi. Kene jimatkan tenaga bulan pose nie.).... Hahaha. Kalau buat drama bersambung mesti orang da tak ingat da drama tu.. Lama sangat baru nak buat sambungan. Da dekat sebulan... Sekarang da setengah bulan puasa da pon. Baby Husna pun da 2 bulan seminggu.

      Oklah... Tak payah rasanya nak bebel-bebel panjang, kite terus je kepada apa yang nak diperkatakan... (cehwah... boleh baca ayat skema di situ.. haha)

3. Mase belum ade anak, kita boleh sesuka hati tidur dengan lenanya... Sehinggalah ke tahap tidur mati..
    Mase ngandung pun masih boleh tidor mati tapi jangan tido lama-lama nanti baby tak aktif...
 
    TAPI
 
    Bila ada anak, tak perlulah berangan nak tidur dengan selena-lenanya apatah lagi tidur mati. Tidur
    pun tak akan cukup dan bersedia untuk tidur-tidur ayam. (Kepada sesiapa yang tak pernah @ tak
    tahu tido ayam tu macam mana bolehlah menjengah reban-reban ayam yang berhampiran untuk
    tengok anak-beranak ayam tido camne). Sebab kalau kau orang tido mati or terlalu lena nanti baby
    nangis da tak dengar pula.. Sian kat baby tu. Kalau dia nangis terlalu over boleh sebabkan sawan.
    Lepas tu mula la.. cikit-cikit nak nangis n nangis dia terus je kuat. Sampai korang tengok baby tu
    mesti rasa risau.

    Jadi kenalah berkorban cikit. Yang penting kene niat macam nie ''kalau baby nangis aku mesti
    bangun''. Itu yang aku amalkan walaupun penat n bangun untuk susukan baby dalam keadaan
    tersenggut-senggut gara-gara mengantuk yang teramat sangat.
Mase baby tengah tidurlah kita kene atur masa untuk buat kerja lain, contohnya macam kerja yang dibawa balik ke rumah.. Tapi pulak memang bawak balik kerja tapi aku g update blog yang berkurun tak berupdate nie.. Haha..
By the way, this is Sulha, my niece. Not my daughter Husna. (Sulha baru 2bulan n Husna dalam perut lagi. Tengah tunggu hari, mase gambar nie diambiklah...)

4. Kepada sesiapa yang belum ada anak, time makan mase belum ada anak perlu dinikmati senikmat-
   nikmatnya.. Makanlah seberapa lama yang korang suka... Makanlah selambat mana yang korang nak

   SEBAB ...

   Bila ada anak, takut-takut tak sempat nak makan. Kene makan laju-laju dan tak boleh lagi nak bercinta
   masa makan sebab takut baby menangis mase kite tengah makan. Makan pun tak dapat nak bersaing
   dengan encik suami. Sama ada dia makan dulu atau kita yang makan dulu untuk jaga si baby comel.
   Sedih jugak lah bila sebelum-sebelum nie sentiasa makan sama-sama, lebih-lebih lagi time bulan pose
   nie, nak buka n sahur... Paham-paham jela ye..

Nak wat macam mana.... Itulah yang dinamakan pengorbanan. Macam Mak ayah kita buat masa kita kecik-kecik dulu. Lagi lah dengan adik-beradik yang lebih kurang sebaya dan ramai.. cuba bayangkan... Tak perlulah nak merungut.. lebih baik bersyukur sebab kita banyak kemudahan dan ilmu untuk dicari sebagai persediaan...
Yang nie baru Husna.. Tapi nie pun gambar 2 bulan lepas haha.. Gambar mase Husna n umi dia kat hospital lagi.. Kalau tengok gambar nie Husna tengah mengiring.. Hmmm... 1st day Husna da mengiring da.. Anak zaman melenium lah katekan...

So, cukuplah tu.. Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak kongsikan tapi memandangkan aku da lama sangat tak menulis, Jadi kering pulak idea.. Macam parang tajam tapi dibiarkan lama-lama berkarat.. Tapi aku nyer otak masih ok lagi. Still boleh function cuma tak sampai optimum performance je..

Sampai cini dulu.. salam

Saturday 29 June 2013

Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Mengandung dan Menerima Kehadiran Orang Baru. BAHAGIAN 1

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Sebelum merasa sendiri, aku selalu anggap mengandung n ada anak tu senang.. Kalau susah pun tak macam yang aku bayang kan. Yela, kita tengok je.. Tak merasa dan tak mengalami realiti sebenar episod-episod sebenar mase mengandung dan hari-hari menjaga anak kecik (baby) yang perlu sentiasa diuruskan.



     Bila da kawin, mengandung dan punya anak sendiri.. Barulah kita rasa cabarannya.. Hidup bukan sentiasa gembira, bahagia dan senang sentiasa. Bila kita fikir nak senang dan gembira lebih baik hidup sendiri. Dan... Baru kita mengerti pengorbanan mak ayah masa kita kecik-kecik dulu. Lagi la zaman tu, zaman susah. 


     Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk dikongsikan bersama. Macam aku cakap awal-awal tadi la... Dulu aku nampak orang jaga anak nie senang kalau susah pun, tak macam yang aku bayangkan. (Macam mana aku nak cite ye... Nie la post paling susah nak tulis buat mase nie. Aku ringkaskan jela dalam bentuk point k :-) )


Ape yang aku rasa:
1. Mase belum ngandung aku tengok macam senang je tengok orang yang 
    ngandung bawa perut dia orang. Tengok orang jalan ke hulu ke hilir dengan perut 
    besar macam best je.. so, mase awal-awal ngandung,perut belum besar rasa    
    tak sabar sangat nak perut tu besar. 

    TAPI bila da start besar (perut dan seluruh badan aku sekali) mula susah nak 
    bangun bila duduk, tak larat nak berdiri lama-lama (cepat-cepat je aku cari kerusi) 
    dan yang paling aku rasa tak selesa ialah (ade 2 perkara) .... badan sentiasa rasa 
    panas dan time nak erk-erk = buang air besar, agak seksa cikit. Nasib baik kat rumah 
    ade tandas duduk. Cuma kat tempat kerja memang tahap kesabaran tu perlu    
    dileborkan lebih dari biasa..

2. Sebelum bersalin ade jugak aku tanya-tanya orang sekeliling sakit bersalin tu macam 
    mana especially pada kakak-kakak kat tempat kerja... yela.. mana ade pengalaman lagi
    kan... ade yang kata macam sakit sengugut (masalah betul aku nak bayangkan
    sengugut tu macam mana sebab aku tak pernah rasa. setakat sakit perut cikit tu ade 
    la). Ade jugak yang kata macam sakit perut memulas-mulas (sakit perut nak cirit-birit 
    tu).

   BILA nak bersalin baru tahu rasa sakitnya macam mana. susah nak terangkan. Kene 
   lalui sendiri baru tahu. Memang sakit cuma bezanya kita tahan sakit atau tak n lama ke 
   sekejap kita salin nak bersalin tu. sikit yang boleh aku terangkan ialah... sakit nak bersalin    tu dia rasa rahim bahagian bawah mengecut (yang sakit) dan baby tu rasa nak keluar.
    Aku rasa aku kategori yangberuntung sebab tak lama 
   sangat sakit. Syukur alhamdulillah... Mase nak bersalin tu memang teringat kat mak 
   sangat. terbayang macam tulah mak sakit nak lahirkan aku dulu..

   so, bila da ada anak sendiri, sepatutnya kita akan lebih sayang mak kita...

  Ade lagi nak diceritakan tapi rasanya post nie da panjang lebih dari biasa, jadi aku bahagi-bahagikan. Panjang-panjang sangat jenuh pulak nak baca nanti.

TO BE CONTINUE....



Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...