Tuesday 8 October 2013

My Sweetheart Husna Photo Gallery

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Husna masa masih lagi dalam hari.



Husna yang da besar sikit. Tapi ade jugak gambar masa dalam hari.

Husna...
Umi & walid sangat sayangkan Husna.
Setiap masa umi teringatkan Husna, walaupun umi sibuk bekerja.

Husna...
Umi berat hati nak tinggalkan Husna dengan pengasuh
umi terpaksa, kalau tempat kerja umi benarkan bawa anak kecil
da tentu umi bawa Husna.
Umi mahu lihat Husna membesar depan mata umi sepanjang masa
tapi
umi dan walid belum mampu nak buat macam tu.
itulah pengorbanan yang UMI, WALID serta HUSNA perlu lakukan.


Husna...
umi harap sangat Husna tak banyak ragam masa dekat rumah pengasuh...
pengasuh Husna bantu umi jaga Husna,
Husna jangan susahkan pengasuh, Mak Imah ye...
Kita menumpang rumah orang, minta bantuan orang kene pandai jaga diri.
jangan kita pulak jadi tuan.

Husna...
Jadilah anak yang solehah,
yang membantu orang lain, yang berguna kepada agama, negara dan bangsa.

Umi doakan kehidupan Husna sentiasa diredhai dan dirahmati Allah swt sepanjang hayat dan sehingga ke akhirat. Amin....

Yang Benar,
Umi Husna

Monday 7 October 2013

post pendek tanpa gambar...

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


post pendek nie cuma nak beritahu yang ai tak dapat nak update pasal nak sambut anniversary... huhu sedihnyer sebab memang tak dapat pergi ke mana-mana sebab banyak sangat program kerja yang datang last minit..

lagi sedih sebab ai terpaksa batalkan booking hotel lexis kat PD. kalau tak da g da.. tapi tak apelah... belum ade rezeki nak menenangkan hati dan badan di tempat perlancongan nampaknya. tunggulah akhir tahun nanti...

---tamat---

RESIPI: Puding Aiskrim Oreo

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Rasanya da lama sangat blog nie tak di'update'kan resipi kan.. Sebenarnya ade banyak resipi nak dikongsi tapi asyik lupa je.. Kali nie Ai post pasal resipi pencuci mulut yang agak simple  dan yang paling penting bahannya sangat mudah didapati.

     Yela.. kita senang nak cari resipi yang sedap-sedap dalam internet ni tapi bahannyer yang jadi masalah. Ade kala bahan tu kite tak pernah dengar pun namanya. Lebih-lebih lagi kalau resipi tu bukan resipi tempatan.

     So, tak payah la Ai nak cakap panjang lebar.. Resipi Puding Aiskrim Oreo nie seperti berikut...


BAHAN-BAHAN:



25g agar-agar bertali

1200ml air

1 tin susu cair

1 cup Gula

1 sudu teh esen Vanila 

1 biji telur

1 bungkus Biskut Oreo (ditumbuk/kisar)

1 cup Ice Cream
Cara-cara membuat:
1.     Masak agar-agar dengan 1200ml air hingga larut. Kemudian, masukkan gula. Kacau sebati.
(kalau guna agar-agar bertali, potong/gunting kecil-kecil supaya cepat larut.
Jangan masukkan gula sebelum agar-agar betul-betul larut nanti berketul-ketul agar-agarnya)
2.    Blendkan telur, susu cair , ice cream, dan esen vanilla. Kemudian masukkan dalam adunan agar-agar tadi.
(adunan agar-agar tu kalau boleh dipekatkan sedikit sebab bila tambah susu cair dan ais krim tak cair sangat. Kalau adunan cair susah nak beku nanti)
3.    Kacau rata dan masukkan biskut oreo yang telah dikisar... kacau lagi biar sebati.
(ai tak suka biskut terlalu hancur, jadi ai buat ade yang halus dan ade biskut yang kasar. Sebab kalau kasar akan rasa dua tekstur iaitu tekstur agar-agar yang licin dan tekstur biskut oreo yang lembut. Lagi best dimakan dari rasa licin agar-agar je)
4.    Sediakan loyang.Tuangkan adunan dan sejukkan dalam Freezer...  dah siap!
(kalau nak buat untuk hantaran atau nak bentuk yang lain tuang la dalam cetak yang ada bentuk ye.. takde lah bentuk bulat @ petak je)
sebelum terlupa, ais krim tu boleh apa-apa perisa pun. hari tu ai buat guna perisa vanilla. jadi warna dia putih jela.. kalau nak cantik lagi boleh letak pewarna cikit ye..

SELAMAT MENCUBA!!!


p/s: akhirnya dapat jugak ai upload gambar atas tu... banyak kali dan da berhari-hari cuba baru boleh.

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...