Wednesday 8 April 2015

REVIEW: Mesin Jahit Tepi BROTHER 3034D

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Kali nie Ila nak cerita tentang mesin jahit tepi yang memang sebelum nie menjadi wishlist Ila dan sekarang da menjadi kenyataan...

Memperkenalkan.... Encik 'ABANG' 3034D



     Sejak ada mesin jahit tepi sendiri.. senang dan cepat nak jahit baju sendiri. Rasa lagi bersemangat. Kemudahan di depan mata. Banyak benda Ila da jahit.. Antaranya, kain bedung, kain batik, baju kurung Ila sendiri dan jubah untuk encik suami tapi belum siap jahit hujung lengan dengan bawah kaki. Sikit je lagi...

     Mesin nie memang senang nak guna. Jahitannya pun cantik. Memang Ila puas hati beli mesin jahit tepi ini. Dari 5 bintang Ila bagi 4 bintang setengah.

     Buat masa ini Ila da gunakan 3 jenis jahitan. Ikut je manual yang diberi untuk tukar setting. Memang menjadi. Kalau tak pandai tak apa yang penting berani nak cuba.

     Sekarang tengah cuti menjahit sebab encik suami tak bagi lagi pun dia suruh berehat sebab kerja sekolah Ila sangat banyak jadi dia nampak Ila penat sangat tapi sebenarnya Ila suka menjahit. Menjahit ini jadi cara untuk Ila hilangkan stres kerja. Lepas pantang nanti da bercita-cita nak sambung menjahit semula.. Banyak list projek menjahit da tersenarai dalam kepala nie.



Ini gambar bedung yang Ila jahit, yang lain belum sempat snap gambar sebab baru pegang hp kejap Husna da datang berebut hp dengan uminya.. Jadi sabar je la...

     Ila akan update lagi hasil-hasil jahitan Ila. Cuma perlukan keizinan-Nya untuk beri Ila masa terluang untuk update.. K bye...

updated:
     kepada sesiapa yang teringin atau bercadang nak beli mesin jahit tepi, ila sangat cadangkan mesin jahit tepi brother 3034D nie. sangat berbaloi. tapi kalau untuk tujuan jadi tukang jahit yang ambil upah sepanjang masa 24/7 ila tak galakkan.
    3034D nie mesin portable. jadi sesuai untuk kegunaan yang sederhana. kalau berniat nak buka butik ke, ambil tempahan pukal ke.. sila lah pilih mesin jahit industri yang heavy duty.
    3034D nie harga dia RM1300 harga pasaran sekarang. kalau nak murah sikit ada model 1034. model nie lebih kurang sama dengan 3034D. Ila da gunakan. sama-sama user friendly. tapi ila lebih suka cadangkan 3034D. sebab 3034D lebih senang nak pasang benang.. ada tempat untuk kumpulkan lebihan kain yang dipotong. itu perbezaan yang jelas. model 1034 nie dalam RM1100 da boleh dapat. Beza RM200 tapi serius Ila cadangkan ambil 3034D kalau ada yang berniat nak beli mesin jahit tepi.
   sesiapa yang nak beli boleh email ila ye seceriasimatahari@gmail.com Ila boleh bg harga agen + kos penghantaran. kalau nak tanya-tanya harga pun boleh... (^_^)

feel free to ask me... kalau ila boleh jawab, ila jawab...

4 comments:

  1. Berapa harga sekarang mesin jahit brother 3034D ni

    ReplyDelete
  2. Berapa harga sekarang mesin jahit brother 3034D ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2017 harga dia masih RM1300.. tak banyak perubahan

      Delete

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...