Sunday 16 December 2012

Buat Bakal Khalifah Kecil Ku


بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sayang,

     Pada saat ini kamu belum dilahirkan lagi. Kamu masih dalam kandungan umi. Masih kecil, baru 2 bulan tapi...
 kehadiran mu amat umi rasai. Berita keberadaan mu di sisi amat umi dan walid harapkan.

kamu nak tahu tak sayang?
     Pada hari itu, walid sanggup bangun awal tak seperti selalu. Semata-mata untuk mengetahui ujian kehamilan umi. Tak pernah walid bangun seawal itu. Dengan penuh semangat walid bangun dan cari umi di bahagian dapur rumah Tok Wan & Tok Ton untuk mengetahui keputusan itu. Tapi... niat walid terhenti kerana pada ketika itu, Tok Ton kamu sudah bangun. Segan katanya untuk bertanyakanlah itu pada umi.

      Kemudian umi masuk ke dalam bilik kerana umi faham apa yang diinginkan oleh walid. masakan tidak, tentulah walid orang yang teruja untuk mengetahui keputusan itu kerana dia memang menginginkan kehadiran kamu dalam hidup kami ini.

Sekadar gambar hiasan, khalifah kecilku masih di dalam rahim ini.
 
 
      Panjang coretan yang ingin umi ceritakan kepada kamu sayang tapi cukuplah buat masa ini.

      Harapan umi dan walid semoga kamu membesar dalam rahim umi pada ketika ini dengan sihat dan sempurna dari segi fizikal dan mental. Moga kamu juga dilahirkan dengan baik dan mudah tanpa sebarang kesukaran dan membesar menjadi seorang anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta anak yang soleh ataupun anak yang solehah. Amin...

     Jadilah khalifah yang berjuang untuk agama.



Yang mengasihi kamu, khalifah kecilku,
    Umi..

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...