Monday 20 May 2013

Tak Sabar Menanti Kehadiranmu Sayang

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Kalau ikut perkiraan, hari ini sudah 38minggu 2 hari... kalau tak silap la.. Perasaan ketika ini, rasa sangat tak sabar menanti kehadiran si kecil yang bakal memenuhi hari-hari mendatang.
Khalifah kecilku ketika 16minggu (4 bulan).
Walid n ummi sangat teruja melihat kamu sudah mula bergerak pada ketika ini. Hampir menitis air mata ummi melihat kamu membesar dengan sihat sayang.. Rasa terharu dan bersyukur kepada-Nya yang Maha Esa memberi peluang kepada ummi untuk merasai pengalaman ini.

      Kalau ikut kata doktor n misi-misi, asal da cukup 36 minggu @ 9 bulan da boleh deliver. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tanda. Mungkin sebab masih berbaki 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Moga segalanya selamat.

Buah hati ummi semakin membesar sebab tu tak dapat lihat seluruh bentuk tubuh badan. 5 bulan setengah...

      Penantian yang penuh debaran dan pengharapan, bukan penantian satu penyeksaan...

     Berdebar menanti sang khalifah kecil... Entah bagaimana rupanya, jantinanya dan macam-macam lagi yang bermain di kepala.. Yang paling penting dan yang sentiasa menjadi mainan fikiran ialah moga kesihatannya sihat sempurna. Sempurna dari segi fizikal, dari segi mental dan moga membesar dengan akal fikiran yang matang, cergas dan cerdas.

      Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang ini. Aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Mu, Ya Allah... Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat hingga ke akhirnya.

Friday 10 May 2013

Sudah Pandai "Shopping Online"

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Hidup perlukan kemajuan dan peningkatan. Tahun nie banyak peningkatan berlaku dalam hidup aku. Yang paling ketara mestilah peningkatan BERAT BADAN... hahaha... semakin hari semakin berat. Sekarang sudah masuk 36minggu... n berat badan da lebih 60kg... peningkatkan yang sangat-sangat memberangsangkan berlaku di situ... Tahniah kepada en suami, abah n emak yang sentiasa memberi galakkan supaya MAKAN... MAKAN... dan MAKAN lagi.. hihihi

      Berbalik kepada tajuk kali ini.. Memang aku dah pandai shopping online sejak-sejak daftar CIMBCLIKS... Terbit rasa di hati nak mencuba membeli dari skrin.. sedangkan aku pada awalnya tak pernah nak percaya jual beli online nie.. walaupun sering jugak tergoda dengan promosi n barang-barang yang dijual. Tapi masa tu hati tetap teguh n kuat tak mahu membeli berdasarkan gambar sahaja...
ooo CIMBcliks....

     Mungkin faktor persekitaran mempengaruhi aku untuk ber"hijrah".. Hahaha.. Macam bagus je kan bunyinya. Tapi aku rasa antara faktor penyebab aku mencuba shopping online nie sebab aku da pindah kat tempat baru yang kurang cikit kemajuannya dari tempat asal aku. Tak banyak shopping complex, kedai-kedai n macam-macam kemudahan. Kalau dulu pergi pekan je da ada macam-macam.... Tapi tempat baru nie baru nak naik jadi banyak benda n kemudahan yang belum ada. Terasa kepayahannya di situ...

Namun...
      Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada... Ada hikmahnya bila Yang Maha Esa tentukan kita berada di mana. Yang penting, sabar dan syukur...


nie la tempat aku ber'shopping' dan baju yang menjadi pujaan hati ialah.....


jeng... jeng... jeng....
     
      Warna pink lagi uuuu... bila fikir.. ini adalah membeli mengikut nafsu kerana bersalin pun belum sudah plan membeli baju berbutang depan untuk memudahkan menyusunkan baby nanti.. n masalahnya ialah... entah da bersalin nanti ada pinggang ke tak.. takut tak muat je.. tapi kalau tak muat da plan nak bagi orang lain baju nie.. so xrisau...

     Baju nie baru di'order' sejam lepas. nanti bila da dapat.. akan ku updatekan lagi ye.. mari kita lihat keberkesanan shopping online ini. sama ada boleh dipercayai atau tidak. Kalau hempeh je barang yang sampai, memang tak kan la membeli secara online lagi...

Wassalam...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...