Monday 20 May 2013

Tak Sabar Menanti Kehadiranmu Sayang

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

      Kalau ikut perkiraan, hari ini sudah 38minggu 2 hari... kalau tak silap la.. Perasaan ketika ini, rasa sangat tak sabar menanti kehadiran si kecil yang bakal memenuhi hari-hari mendatang.
Khalifah kecilku ketika 16minggu (4 bulan).
Walid n ummi sangat teruja melihat kamu sudah mula bergerak pada ketika ini. Hampir menitis air mata ummi melihat kamu membesar dengan sihat sayang.. Rasa terharu dan bersyukur kepada-Nya yang Maha Esa memberi peluang kepada ummi untuk merasai pengalaman ini.

      Kalau ikut kata doktor n misi-misi, asal da cukup 36 minggu @ 9 bulan da boleh deliver. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa tanda. Mungkin sebab masih berbaki 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Moga segalanya selamat.

Buah hati ummi semakin membesar sebab tu tak dapat lihat seluruh bentuk tubuh badan. 5 bulan setengah...

      Penantian yang penuh debaran dan pengharapan, bukan penantian satu penyeksaan...

     Berdebar menanti sang khalifah kecil... Entah bagaimana rupanya, jantinanya dan macam-macam lagi yang bermain di kepala.. Yang paling penting dan yang sentiasa menjadi mainan fikiran ialah moga kesihatannya sihat sempurna. Sempurna dari segi fizikal, dari segi mental dan moga membesar dengan akal fikiran yang matang, cergas dan cerdas.

      Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang ini. Aku bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Mu, Ya Allah... Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat hingga ke akhirnya.

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...