Wednesday 16 April 2014

Lama Tak Menge'post'



     Terasa lama sangat Ila tak menge'post' di blog nie. Hmmm.... Entah kenapa rasa kekurangan masa. Bila difikirkan tentang masa. Semua orang diberikan oleh-Nya masa yang sama dalam satu hari. 24 JAM. Rasanya tak ade yang dapat lebih atau kurang dari itu.

TAPI...

     Pernah tak kite terfikir kenapa ada orang dalam masa satu hari sempat buat banyak perkara dan dalam hari yang sama juga ada orang tak dapat buat apa-apa pun? Dan kita termasuk dalam kumpulan yang mana?

     Kumpulan yang dapat selesaikan banyak benda dalam satu hari atau yang sebaliknya?

     Agak-agaknya kenapa semua nie terjadi?

     Selain daripada cara kita menguruskan masa yang kite ada, Ila pasti semua ni, rancangan-Nya yang Maha Berkuasa. Dia lah yang menentukan segalanya untuk kita kerana Dia sebaik-baik perancang.

     Apa pun kita sebagai makhluk-Nya perlulah sentiasa berusaha untuk mengubah sesuatu menjadi baik tetapi jika perancangan kita. tak menjadi, itulah takdir yang telah ditentukan. Jadi kita sebaik-baiknya redha.

Post kali ini sebenarnya nak kongsikan gambar-gambar puteri kesayang Ila. Husna... 





     Hihihihi... Ada gambar berulang.. Terasa rindu sangat pada Husna. Umi rasa tak sabar nak jumpa Husna walaupun baru beberapa jam tak jumpa. Mungkin itulah naluri seorang ibu. Mungkin itu jugaklah yang mak Ila rasa bila anak-anaknya tak dapat balik kampung jenguk dia n ayah selalu. Mesti mak dan ayah rasa sunyi bila tak ada sapa-sapa yang dapat balik waktu hujung minggu... Hmmm... sedihnya.. Rasa rindu pada mak dan ayah pulak...

Sayang mereka selagi mereka masih ada di dunia....

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...