Monday 3 June 2013

Allah Maha Mendengar dan Memakbulkan Doa Kita

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Terasa diri ini sangat disayangi-Nya. Post akhir pada 20 Mei tentang luahan rasa hati yang tak sabar menanti kehadiran si kecil. 20 Mei malam, lebih kurang jam 12 tengah malam tanda nak bersalin muncul dan selamatlah aku melahirkan kekasih hati pada keesokkan harinya jam 5.56 petang.

    Malam tu 20 Mei tengah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang patut supaya bila dah bersalin nanti tak menyusahkan orang yang akan menyambung kerja aku. Bila rasa da penat & rasa nak tidur, aku kemas-kemas lah barang. Masukkan netbook dalam beg yang selalu guna untuk bawa barang g tempat kerja. Bila bangun je..... (wat kerja sampai duduk bersila depan tv) terasa ada air keluar tapi tak la banyak sangat. Dalam hati curiga... Aku kencing ke? Ishhh.... Takkanlah..

    Pastu terus je aku g bilik air, cium air tu. Mana tau kalau betul-betul aku terkencing. Tapi bila cium... TAKDE BAU... Ai.. Kenapa nie? Hati mula tak sedap. Time tu memang tak ada rasa sakit langsung.

     Encik suami tengah sibuk nak buat kerja. (Biasalah... Aku da sibuk nak tido, dia baru sibuk nak wat kerja dia. Dia memang da biasa wat kerja tengah malam). Aku diamkan je. tak bagi tau dia. Balik semula pada cerita kuar air tadi.. Aku ni spesis sembahyang isya' sebelum tido. Jadi air tadi aku cucilah... bila tengah ambik air sembahyang... creett.... air tadi kuar lagi. (Xde bunyi pun sebenarnya.. haha). Ai... Hati jadi tak sedap.. Kalau tak silap aku, ade 3,4 kali aku ulang ambik air sembahyang tapi kuar jugak.

     Last-last aku pun cakap la kat encik suami.. "B, BB kuar air." Encik Suami yang baru mula nak menanda tercengang.. "Kuar air? Biar betul" Pastu agak kelam kabut la jugak. Tak payah la aku cerita nanti panjang berjela-jela post nie. Last-last aku sembahyang isya' dengan pakai pad sebab takde darah pun & masa tu aku memang tak rasa sakit.. Aku dapat 1 pengajaran masa nie.. JANGAN SEMBAHYANG LAMBAT-LAMBAT.

     Oleh kerana aku tak rasa sakit, aku & encik suami ambil keputusan untuk tak terus pergi hospital. Jadi kita orang pun tidur.. Encik Suami da terbantut nak menanda kertas exam anak murid dia. Sebelum tidur aku sempat cakap dengan encik suami, aku nak makan roti canai kalau tak dapat nak McD.

     Bangun pagi dalam pukul 5 da start rasa sakit tapi tak teruk. Sakitnyer selang 10 hingga 15 minit tapi kadang-kadang cepat kadang-kadang lambat. Sebelum sampai hospital sempat lagi aku minta encik suami singgah warung tepi tasik Y sebab nak sarapan n nak tunaikan keinginan nak makan roti canai. Lepas makan baru la direct g hospital.

     Sampai hospital lebih kurang pukul8.30, check itu, ini, masuk wad, start makin sakit masa tengah hari. Lepas asar makin sakit, setiap 5minit sekali. Lepas asar tu la aku g toilet tengok ada darah kuar. Air dah tak kuar lagi da. Doktor check, dia kata bukaan masih lagi 3cm.. Dalam hati aku tak percaya sebab masa aku check masa baru sampai bukaan 3cm jugak. Takkan tak besar-besar lagi. Apatah lagi sakitnya makin bertambah berganda-ganda.

     Aku da takleh nak baring or duduk sebab memang sakit. Hanya orang yang da pernah bersalin je tau sakitnya macam mana. Last-last aku di hantar ke dewan bersalin. Aku tak ingat pukul berapa tapi yang penting aku kat dewan besalin tu dalam 1 jam lebih je.

Lebih kurang 12 jam lepas dilahirkan.

     Jam 5.56 petang 21 Mei 2013 bersamaan birthday mak aku, (haha nak jugak mention) aku selamat melahirkan anak pertama aku secara normal walaupun staff nurse tu gunting cikit kat citu... Bila tengok je baby tu, terus hilang rasa sakit. Comel sangat... Allah Maha Berkuasa. 

    Terima kasih pada encik suami yang sentiasa ada di sisi. Membantu dan memberi sokongan untuk aku melahirkan anak kami.

     Aku rasa taklah teruk sangat nak bersalin walaupun memang sakit tapi aku tak sakit lama sampai sehari suntuk macam cerita orang sebelum-sebelum nie. Aku betul-betul rasa sakit yang teramat sangat masa pukul 3. Alhamdulillah.. syukur bahagian aku mudah.

     Cukuplah sampai cini.. Moga selepas ini baby sihat sehingga dewasa dan mudah untuk ummi dan walidnya menjaga dan mendidik.

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...