Wednesday 26 February 2014

Hikmah Disebalik Cuaca (Aktiviti Musim Kemarau)

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Sekarang tengah musim kemarau.. Memang panas tapi, alhamdulillah... semalam hujan lebat. Walaupun cuma 45 minit, aku rasa bersukur. Sekurang-kurangnya, suhu turun sikit. Kalau ikut ramalan kaji cuaca, takkan akan ada hujan sehingga bulan 3. Namun itu ramalan manusia yang tiada kuasa. Allah lebih tahu dan penentu segalanya.

     Sepanjang cuaca yang tak menentu nie kita semua kenalah jaga kesihatan. Sekarang tengah musim batuk. Ila pun batuk da lama masih belum baik. Paling kesian ialah Husna, si kecil ku... Hari tu dia batuk, da baik, pastu batuk lagi dan da baik jugak.. Sekarang batuk semula.. kesian dia. Tapi yang Ila perasaan.. Husna batuk masa tidur je. Kalau dia berjaga tak ade pulak dia terbatuk-batuk. Pelik pulak rasanya...

     Entry kali ini Ila nak share aktiviti yang Ila dan encik suami buat semasa musim kering nie. Yela.. tak banyak aktiviti yang kita boleh buat dengan keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan nie. Kebanyakkan aktiviti dibuat semua melibatkan aktiviti indoor sahaja. Tapi hari Jumaat yang lepas, entah kenapa encik suami berminat nak buat aktiviti nie. Beria betul dia cakap pagi tu. Siap cari peralatan dalam stor lagi.. 

     Aktivitinya ialah.....

Menyauk ikan di parit...Sauk dalam bahasa Melayu formalnyer apa ye?
Hmmm... Nak kata menjaring bukan. Memancing lagi la bukan. Korang semua tengok gambar tu tau la menyauk tu ape die ye.

Masuk bawah kolong jambatan depan rumah.. Padalah orang dalam gambar tu mengadu sakit pinggang tapi nak jugak main parit.
En Husband yang da naik nak pindah tempat lain.. Ade nampak cikit rumah dimana Ila tinggal & nampak tak ibu mertua ku itu sedang menyiram pokok sambil tengok anak menantu dia main parit di usia lewat 20-an.. Haha.

Ade asistant datang tolong. Anak jiran depan rumah.. Bagus budak nie. Mase nie dekat parit depan rumah jiran.
Ramai anak jiran ikut join. Yela bukan selalu dapat bergubang dalam parit yang airnyer da kering @ cetek.

Hasilnyer.... Memang berbaloi tau.. Da kene goreng da ikan nie. Sedap... ikan fresh dari parit.. Huhuhu

Tak cukup menyauk dekat parit, pergi belakang rumah masuk kolam pulak. Airnyer memang da kering cuma tanahnya masing lembap. Encik husband tangkap ikan pakai tangan je sebab air da tak de.

Dapat ikan haruan jugak tapi kecik sikit. Ada dua ekor tu yang masih berlumpur.

     Sebenarnya banyak lagi hasil tangkapan mase nie. Banyak ikan kecik-kecik macam ikan betik, ikan sepat, keli dan yang paling best dapat anak kura-kura. Comel sangat. Da masukkan dalam akuarium dalam rumah. Kalau Ila ingat Ila updatekan gambarnya..

     Ok, bye....

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...