Wednesday 26 February 2014

Hikmah Disebalik Cuaca (Aktiviti Musim Kemarau)

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Sekarang tengah musim kemarau.. Memang panas tapi, alhamdulillah... semalam hujan lebat. Walaupun cuma 45 minit, aku rasa bersukur. Sekurang-kurangnya, suhu turun sikit. Kalau ikut ramalan kaji cuaca, takkan akan ada hujan sehingga bulan 3. Namun itu ramalan manusia yang tiada kuasa. Allah lebih tahu dan penentu segalanya.

     Sepanjang cuaca yang tak menentu nie kita semua kenalah jaga kesihatan. Sekarang tengah musim batuk. Ila pun batuk da lama masih belum baik. Paling kesian ialah Husna, si kecil ku... Hari tu dia batuk, da baik, pastu batuk lagi dan da baik jugak.. Sekarang batuk semula.. kesian dia. Tapi yang Ila perasaan.. Husna batuk masa tidur je. Kalau dia berjaga tak ade pulak dia terbatuk-batuk. Pelik pulak rasanya...

     Entry kali ini Ila nak share aktiviti yang Ila dan encik suami buat semasa musim kering nie. Yela.. tak banyak aktiviti yang kita boleh buat dengan keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan nie. Kebanyakkan aktiviti dibuat semua melibatkan aktiviti indoor sahaja. Tapi hari Jumaat yang lepas, entah kenapa encik suami berminat nak buat aktiviti nie. Beria betul dia cakap pagi tu. Siap cari peralatan dalam stor lagi.. 

     Aktivitinya ialah.....

Menyauk ikan di parit...Sauk dalam bahasa Melayu formalnyer apa ye?
Hmmm... Nak kata menjaring bukan. Memancing lagi la bukan. Korang semua tengok gambar tu tau la menyauk tu ape die ye.

Masuk bawah kolong jambatan depan rumah.. Padalah orang dalam gambar tu mengadu sakit pinggang tapi nak jugak main parit.
En Husband yang da naik nak pindah tempat lain.. Ade nampak cikit rumah dimana Ila tinggal & nampak tak ibu mertua ku itu sedang menyiram pokok sambil tengok anak menantu dia main parit di usia lewat 20-an.. Haha.

Ade asistant datang tolong. Anak jiran depan rumah.. Bagus budak nie. Mase nie dekat parit depan rumah jiran.
Ramai anak jiran ikut join. Yela bukan selalu dapat bergubang dalam parit yang airnyer da kering @ cetek.

Hasilnyer.... Memang berbaloi tau.. Da kene goreng da ikan nie. Sedap... ikan fresh dari parit.. Huhuhu

Tak cukup menyauk dekat parit, pergi belakang rumah masuk kolam pulak. Airnyer memang da kering cuma tanahnya masing lembap. Encik husband tangkap ikan pakai tangan je sebab air da tak de.

Dapat ikan haruan jugak tapi kecik sikit. Ada dua ekor tu yang masih berlumpur.

     Sebenarnya banyak lagi hasil tangkapan mase nie. Banyak ikan kecik-kecik macam ikan betik, ikan sepat, keli dan yang paling best dapat anak kura-kura. Comel sangat. Da masukkan dalam akuarium dalam rumah. Kalau Ila ingat Ila updatekan gambarnya..

     Ok, bye....

Tuesday 4 February 2014

Projek Mini Untuk Yayie Special Day...

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Ada kisah menarik berlaku pada bulan Januari... 24 Januari 2014, Jumaat merupakan hari pernikahan Yayie... (Yayie tu panggilan orang jawa untuk atok..) Jadi, maksudnya ILA DAPAT NENEK BARU... Hahaha.. Bukan semua orang merasa pada umur 27 dapat nenek baru tau.. Untuk pengetahuan semua Yayie nie atuk sebelah suami Ila sebab Ila da tak ada atuk sendiri. Menumpang kasih pada atuk Encik Suami... 

     Jadi untuk hari bahagia Yayie, Ila bantu Encik Suami hias dan gubah dulang-dulang hantaran Yayie. Diulang, ILA BANTU ENCIK SUAMI... Haha... Tolong bagi idea dan penambahbaikkan. Master mind nya ialah Encik Erman aka suami saye ye.. Warna temanya purple. Sebenarnya guna dulang hantaran masa Ila dan Encik Suami nikah dulu tapi tetap kene hias jugak. Ada yang kene buat dari awal.

     Semua sekali ada 7 dulang tak termasuk dulang untuk cincin. Sayangnya, Ila dan Encik Suami tak sempat nak ambil gambar semua dulang tu. Sedihnya.. Sempat ambil gambar dulang isi buah je... Yang lain da kene angkat pergi rumah Yayie oleh sepupu dan pakcik makcik. Almaklumlah... Hari Jumaat. Takut tak sempat dan lewat sampai ke tempat pihak perempuan sebab janjinya lepas solat Jumaat.
Inilah hasil gubahannya.. Alas dulang tu yang Ila buat ye.. Kira projek mini la..


Inilah bahannya... dia je sebab ini je yang ada dekat rumah.
     Nak dijadikan cerita, gubah punya gubah, alas dulangnya tak cukup pulak.. Jadi, Encik Suami mintak tolong jahitkan alas dulang gunakan bahan yang ada. Nasib baik ada bahan.. Jadi, taklah kelam kabut nak cari.. Ila pun jahit la alas dulang yang simple sangat.. Alas dulangnya yang ada dalam gambar gubahan buah dekat atas tu. Kira projek mini yang tak dirancang la..


Apa-apa pun... semua urusan dan majlis da selamat dijalankan.. walaupun kebanyakkan persiapan dibuat pada saat akhir. 

Nampak tak Yayie? Yang pakai baju putih songkok hitam tu.. Kecik je orangnya.. ensem tau Yayie Ila masa nie... Tapi ada yang lagi ensem.. Yang pakai baju melayu ungu pakai kopiah tengah ambik gambar tu.. Haha My Hubby..
Inilah nenek baru ku.. Gambar dari belakang je.. Nenek da 58tahun tapi memang cun tau..
     Semoga Yayie dan Nenek baru berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

Baby Selsema + Batuk Susah Tidur Nak Buat Apa?

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Sekejap masa berlalu... Bila da mula bekerja memang tak ada masa nak update blog. Sebenarnya, banyak post yang Ila nak kongsikan tapi tak punya kesempatan. Sekarang (masa Ila tengah menaip post nie) da pukul 3.32 pagi. Bukan Ila tak boleh tidur tapi kisahnya ialah...

     Ila da tidur-tidur ayam sebenarnya sebab nak suruh Husna terus tido. Hari ini tidurkan dia awal cikit sebab dia da merengek-rengek tadi nak tidur. Plannya nak cuba tidurkan dia sampai ke pagi esok tapi dia bangun pukul 1.15 tadi. Tapi time tu Ila baring je, dengan harapan Husna akan tidur jugak tapi.... Well... Anak Ila kan anak bertuah yang akan menang grand prize apa-apa pertandingan.. (Haha.. Doa yang baik, Allah dengar Insya-Allah makbul..) Husna tetap tak tidur dia main. Dalam pukul 2.30 tadi dia da merengek nak tidur balik.

     Tapi... dia susah nak tidur sebab selsema. Da masukkan buai tapi tidur tak lena. Jadi keluarkan dia dari buai. Kesian sangat tengok baby selsama dan batuk. Yela.. dia orang bukan tahu apa. Lain la kita yang da besar panjang nie. Macam-macam cara boleh buat. Baby pulak hanya bergantung pada mak ayah dia.

     So, untuk tolong Husna tidur, Ila tepuk-tepuk la kaki dia tapi tak jalan jugak.. Husna tetap resah. Tak selasa dan tak sedap badan agaknya. Pastu, Ila urut belakang badan dia pulak. Dia ok kejap.. Mungkin sedap cikit kene urut tapi kejap je.. Lepas tu dia merengek balik...

     Hmmm.... da tak tahu apa nak buat da.. Tiba-tiba ternampak benda nie...
     Jeng jeng jengggg


     Inilah bendanya.. VICKS Sangat membantu.
     Ila sapukan pada dada, leher dan dekat hidung Husna supaya dia selesa dan senang nak bernafas. Alhamdulillah dia ok lepas tu. Sekarang dia tengah tidur lena nampaknya. Lega tengok dia lena..

     Sebelum terlupa Vicks ni yang khas untuk baby. Bukan yang biasa orang tua guna tu ye.. Nanti kepanasan pulak anak-anak kecik. Baik-baik merengek sikit-sikit jadi melalak pulak. NAMA panjangnya Baby Balsam, harganya Ila da tak ingat da. sebab da agak lama jugak beli. Ada la dalam 5 bulan tapi pakai sikit je da cukup.


     Tengok baru sikit yang dipakai... Biasanya guna kalau Husna kene gigit nyamuk. Biasalahkan, kene gigit nyamuk pastu gatallahkan bahagian tu. Jadi sapu sikit untuk elakkan Husna mengaru secara berlebihan. Pada Husna Baby Balsam jenama Vicks ini memang sesuai. Cubalah.. Kalau baby tak sesuai pakai, mak bapaknya pun boleh pakai...

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...