Wednesday 2 September 2015

Senarai Projek Jahitan

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hari ni Ila nak senaraikan projek-projek jahitan yang akan Ila buat. Kenapa nak senaraikan? Buat jela.. Sibuk nak cerita pasal projek jahitan pulak. Mungkin ada yang fikir macam tu. Ila senaraikan dekat sini ada sebab. 

     Sebabnya supaya Ila akan buat jugak projek-projek tu. Senang ceritanya macam berazam pastu bagitau orang. Kalau azam tu tak terlaksana... kan iesin kata orang jawa (iesin=malu, sebab orang lain da tahu). Kira pembakar semangat la..

1) Baju kurung - 2 pasang
     Baju untuk pakai pergi kerja. Pola baju kurung moden da siap tinggal nak gunting kain n jahit je. Satu buat baju kurung moden satu lagi bajunkurung biasa je untuk diri sendiri.

2) Baju gaun Husna - sepasang
      Da siap gunting dan jahit tepi da kainnyer.. Tinggal nak cantumkan je.. Payah benor nak cari masa yang sesuai. Sibuk memanjang (kononnyer... haha). Sebenarnya 2 pasang tapi sepasang da siap. Tinggal nak tambah aksessori je.

3) Pencil case - 2 buah
      Nak buat untuk isi segala jenis alat tulis yang banyak tapi sayang nak guna. Nak buat 2 buah yang serupa untuk Ila dan Encik Suami.. Sweet la konon-kononnyer. Sebuah da siapkan malam tadi. berangan nak buat tutorial pencil case tapi Husna pun sibuk nak menjahit jadi tak sempat nak ambil gambar step by step. Takpe masih ada lagi sebuah belum jahit. Insya-Allah akan diupdatekan tutorialnya nanti, tungguuuu....

4) Tote bag - 4 buah
     Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tote bag nie helai ke buah ye??? Hmmm.... Sila cari jawapan sendiri ye.Banyakkan sampai 4 buah. Yela mana taknye, family den da ade 4 orang semuanya.. Cik abang, den, Husna & Fateh. Sorang satu. Adil lagi saksama gitu.

5) Blanket/Mini Toto/Baby Nest
     Yang nie dah lama sangat nak buat. Bahan-bahan dia semua da beli sikit. Batting semua da ada. Entah bila da buat. Memang teringin sangat nak buat dari Husna kecik sampailah Husna da ada adik. Si adik Fateh nie pun sampai da nak dapat sepupu da.. Tak jadi-jadi jugak salah satu benda kat atas tu. Xpe... akan diusahakan juga nanti. Biar lambat asal jadi...

6) Barut baby
     Fateh dilahirkan besar sikit dari kakaknya Husna. Hal ini telah menyebabkan hampir semua barut  yang diwarisi dari Husna dan sepupu sepapat serta makcik pakciknya tidak dapat digunakan lagi.. (ayat karangan lah pulak yang keluar.. hihi). Jadi kenelah lah buat barut-barut baru. Yang nie da siap sebab nak pakai segera. Lebih kurang 8 helai Ila buat. Semuanya saiz EXTRA LARGE. Jadi lama sikit boleh pakai.
Nampak tak bahagian yang lekuk tu? Itu bahagian untuk punggung. Tujuannya supaya kalau baby buang air besar aka berak, najis dia tak kene barut. Tapi kadang-kadang kene juga sebab banyak sangat najisnyer...

Barut nie guna kain fannel printed. Sesuai diguna untuk buat bedung & barut baby. Kainnyer lembut tapi berbulu dan warnanya pudar lepas banyak kali basuh ye. 

Ila buat selapis je. Kalau nak tahan lama dan tak berkedut teruk lepas dibasuh kene buat dua lapis ye. Kain nie semeter RM10.

     Ok cukuplah dulu untuk masa nie. Sebenarnya banyak lagi nak disenaraikan tapi nanti tak termampu. Yang terlist dekat atas nie pun boleh makan tahun baru dapat siapkan. Semoga impian/angan-angan akan menjadi kenyataan dengan usaha. Amin...

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...