Wednesday 2 September 2015

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2

بسمﷲ الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


     Alhamdulillah akhirnya dapat juga Ila updatekan blog yang semakin layu di tasik madu nie.. (Haha awal-awal da mula merepek). Ok nak cerita kisah lebih kurang 3 bulan setengah yang lepas.

     Khamis - 14 Mei 2015
     Hari ni hari terakhir bekerja sebelum cuti bersalin. Memang da rancang nak ambil cuti seminggu awal dari tarikh bersalin. Tapi mase dekat sekolah lebih kurang dalam pukul 10-11 pagi terasa something. Jadi pergi la ke bilik air. Check, check ada lendir. Agak banyak. Dalam hati terdetik, nie tanda nak bersalin. Balik pukul 2.30 petang Encik Suami ambik cerita dekat dia. Dia pun excited tanya, da sakit ke? Ila cakap la tak sakit sebab memang tak sakit. Lagi pun keluar lendir tu je. Lepas bersihkan tak keluar lagi. Malam lepas maghrib start rasa sakit tapi relex lagi sebab baru contraction yang tak kuat. Jadi  tunggu lagi sampai pukul 12. Tengah malam sakitnyer bertambah kuat sikit tapi masih boleh tahan. Suami tanya nak  pergi  hospital tak? Dari lepas isyak suami da tanya banyak kali nak pergi hospital ke tak. Ila cakap nanti dulu sebab tak rasa sakit nak bersalin yang kuat.

* kepada sesiapa yang pertama kali & tak ada pengalaman lendir tanda nak bersalin tu jernih tapi agak berketul, kenyal  dan tak berbau. (Ila share untuk pengetahuan ye... jangan salah faham pulak. Tapi tanda bagi setiap orang lain-lain...)


     Sempatlah tidurkan Husna dulu. Sambil baring-baring sebelah Husna, pandang muka dia... rasa sayu pulak. Lepas nie umi kene beri perhatian lebih pada adik tapi umi tetap sayang pada Husna. Sikit pun tak luak/kurang kasih sayang umi.

Nie gambar Husna masa malam umi dia da sakit nak bersalin. Sayu betul hati mase nie. UMI SAYANG HUSNA SANGAT-SANGAT TAU.

     Pukul 1.30 masih boleh tahan sakit sebenarnya tapi fikir kalau jadi apa-apa Ila yang akan menyesal seumur hidup. Jadi buat keputusan untuk pergi hospital. Pukul 2 sampai hospital, daftar kemudian nurse suruh masuk, tukar baju dan check jalan. Mula-mula check baru 1cm. Lepas 30 minit check jalan lagi 3cm. Da check nurse suruh keluar sebab suami nak jumpa. Ila pun memang nak jumpa dia. Keluar sekejap bual-bual. Tak sampai 10minit bual nak masuk balik. Bangun je dari kerusi tempat menunggu tu, air ketuban pecah sebanyak-banyaknya. Nurse terus suruh masuk labour room. dipendekkan cerita. Lepas siap encik suami sembahyang subuh dia pun masuk bagi moral support untuk bersalin. 

     Ila tiga kali teran tak jadi-jadi. Suami dan nurse cakap da nampak kepala baby tapi masuk balik sebab tak tahan nak teran sampai habis. Tak cukup nafas. Sebenarnya bukaan baru lebih kurang 6-7cm lepas tu kepala baby ada jarak panjang 1 jari telunjuk dari pintu keluar. Kalau ikutkan kene tunggu lagi.Tapi entah kenapa Ila nak teran jugak. Last Ila teran dan nekad dalam hati, Allah tolong aku, aku tak boleh putus asa...

     Tepat pukul 5.23 lahirlah dia.. Kesayangan kami sekeluarga, Noor Muhammad Al-Fateh Bin Noor Erman, nama diberi pada hari Jumaat yang mulia 15.05.2015. Berat 3.29kg. Memang semangat orangnya.

SEGAR DARI LADANG SYURGAWI. Selepas beberapa jam dilahirkan. Lebih kurang macam kakak Husna cuma lebih bam-bam.


    Encik suami kata "Walid takut tengok muka umi masa tu (masa meneran). Muka umi merah jadi biru.. Walid takut umi mati..." Dia kata cakap masa dah discharge. On the way balik rumah. Dalam hati kata "sayang juga dia kat aku" hihi..

     Kene tahan satu hari sebab doktor kene pantau baby sekurang-kurangnya 12 jam. Prosedur biasa, bukan sebab ada apa-apa masalah. Kalau bersalin 8 malam ke da boleh keluar da pagi tu tapi sebab bersalin pukul 5 pagi kene lah tunggu sehari dalam wad. Takkan nak keluar pukul 5 petang. Mana ada orang discharge waktu macam tu.

     Semalaman di hospital bersalinkan Fateh pengalaman yang sangat berbeza dari masa bersalin Husna. Semuanya mudah kecuali masa bersalin, susah sikit dari masa bersalinkan Husna. Fateh baik sangat. Tak menangis langsung. Waktu malam pun Ila dapat rehat dan tidur cukup. Masa Husna, Ila tak dapat tidur. Husna menangis sepanjang malam. Bila da siang tidur pulak dia.

     Dua kali bersalin, 2 pengalaman yang berbeza dan akan dikenang sepanjang hayat. Takkan ada pengalaman bersalin yang sama tapi hampir sama mungkin ada.

Sekarang kakak Husna da 2 tahun 4 bulan. Fateh pulak 4 bulan. Alhamdulillah...

     Semoga anak-anak umi dan walid membesar dengan sihat dan kuat. Semoga menjadi anak-anak yang soleh solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin....

Sekian....

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...