Wednesday 15 June 2016

AKU BEBAS HUTANG PTPTN

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Lama sangat Ila tak update kan blog nie. Alhamdulillah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh-Nya untuk update hari nie.

Kali ini Ila nak kongsi kegembiraan, kelapangan dan pencapaian kecil Ila dengan sesiapa sahaja yang sudi nak baca.

Mulai Khamis, 9 Jun 2016 yang lepas… Ila secara tak rasminya sudah BEBAS dari PTPTN… yeay\(^_^)/ !!!!
Bak kata Didi dalam Didi and Friend's, "Bila graviti rendah, lompat pusing-pusing!!!" hihihi

Ooo… sebelum terlupa, kenapa Ila cakap secara tak rasmi… Sebab pegawai PTPTN tu bagitau selepas 2 minggu dia akan proses dan hantar surat yang menyatakan Ila da habis bayar semua hutang PTPTN. Jadi bila da dapat surat, secara rasminya Ila bebas PTPTN….

Alhamdulillah… bersyukur sangat… rasa lapang sikit kepala satu hutang da selesai. Ila target 9 tahun untuk habiskan semua hutang PTPTN nie tapi dapat habiskan dalam masa 5 tahun 6 bulan.

Berapa hutang Ila?
14k…

Walaupun ada yang memperlekehkan bila Ila cakap da habis bayar PTPTN sebab hutang cuma 14k. Ila tak nak ambil kisah… Besar ke, kecil ke jumlah hutang tu, ia tetap perlu dibayar.  Kalau berhutang cuma 1,2ribu pun kalau tak usaha untuk dibayar, hutang tu tak akan habis sampai bila-bila. Jadi rasanya tak perlu nak mempertikaikan berapa banyak hutang yang orang lain ada. Yang penting hutang sendiri selesai.(macam marah pulak bunyinya kan… hihi)

Ila bayar PTPTN nie sejak Januari 2011. Kiranya bulan ketiga dapat gaji.

Kenapa bulan ke tiga baru bayar?
Sebab masa bulan pertama dan kedua Ila masih tak tahu macam mana nak bayar PTPTN. 2 bulan tu memang mencari kaedah macam mana nak bayar. Bila Ila da tau cara, Ila terus bayar… Setiap bulan… ada jugak bulan-bulan yang tak bayar tapi bulan seterusnya Ila doublekan bayaran Ila. Kalau tak pun lebihkan sikit dari bayaran yang sepatutnya. Bila time ada rezeki lebih, Ila bayar lebih…

Alhamdulillah sebab niat memang nak habiskan PTPTN nie secepat mungkin dan Allah makbulkan dan permudahkan…


Moga rakan-rakan yang lainjuga  diberikan kemudahan  dan rezeki untuk menyelesaikan hutang PTPTN. 

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...