Thursday 28 November 2013

HADIAH HARI LAHIR....

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Selamat hari lahir kepada diri sendiri. Hari ini genap... (er... genap ke genab ye ejaannya???? (*_*)>? hahaha... kawan-kawan semua pilih ejaan yang betul sahaja je.. Serius, Ai tak ingat yang mana satu ejaan yang betul.)

     Sambung ayat yang kedua tu... Hari ini genap umur Ai yang ke 26. tak perlu berahsia kerana umur hanya angka. Angka tak melambangkan apa-apa pada usia. Yela.. Adakalanya dewasa bukan kerana usia, mati juga bukan kerana usia dan angka. Betul tak?

     Hadiah terbaik pada hari lahir kali ini ialah KESABARAN dan KETABAHAN yang diberikan oleh tuhan kepada hamba-Nya ini untuk kali ini.
 
     Nak tahu kenapa?

     Sebenarnya, suami da plan nak keluar. Da siap telefon pengasuh Husna untuk bagitau nak letak minta jaga Husna untuk satu hari dalam cuti sekolah ini. Yela nak ambik masa keluar berdua. Tapi Allah nak menguji hamba-Nya. Husna tak sihat. Risau sungguh hati ini.
 
     Tak nak makan dan minum.. Sampai badan dia letih & lemah sangat semalam. Sedih sangat bila tengok dia macam tu. Pastu buat hati lagi risau, susu badan pun dia tak nak. Tak pernah dia tak nak susu badan. Bila beri je dia nangis kuat-kuat pastu muntah semua yang masuk. Memang risau sangat2.

     Pendekkan cerita bagi pagi tadi ok cikit. Cuma demam... tapi demam dia kali ini lain cikit. Tu yang rasa risau sangat. Muungkin demam sebab nak membesar. Jadi, satu hari ini tak ke mana-mana. Duduk di rumah buat apa yang patut dan jaga Husna.
 
     SELAMAT HARI LAHIR AI aka UMI HUSNA...
 
     Didoakan supaya Ai menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintah-Nya dan menjadi anak, isteri dan umi yang berjaya di dunia dan di akhirat. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin... 

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...