Thursday 19 December 2013

Hadiah Hari Jadi... Huhuhu

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Semalam bergerak ke Batu Pahat... (haha bunyinyer macam nak pergi bercuti je.. Tak pun...) Pergi Batu Pahat buat pelbagai urusan. Mula-mula singgah tempat kerja encik suami dekat Rengit untuk dapatkan tanda tanggan  bos dia. Pastu singgah Senggarang p Pejabat Pos pulak... Hantar barang... Nampak dari luar ramai orang tapi bagus sangat sebab Ila tak menunggu dalam kereta. Dalam 10 minit da siap. Kemudian kami pun terus ke Bandar Batu Pahat, settlekan KWSP encik suami, semak penyata KWSP diri sendiri.. (huhu sedih.. tak banyak pun. yela gaji tak seberapa... tapi kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah...) Keluarkan duit cikit dan pusing-pusing cari barang yang dikehendaki..

     Sebenarnya da lama nak cari barang ni tapi sentiasa tak ada masa lapang. Jadi, sambil-sambil nak buat urusan di Batu Pahat cari la sekali. Tak la pusing-pusing sangat dekat Batu Pahat sebab Ila da survey harga barang ni dekat internet dan kedai yang ada jual benda ni.

     JADI... INILAH BENDANYA....

mesin jahit ni dikira hadiah hari jadi untuk diri sendiri..(gambar dari internet. tak sempat nak pindahkan gambar dari telefon)


     Akhirnya Ila miliki sendiri sebuah mesin jahit... Walaupun bukan model yang Ila nak beli asalnya tapi boleh memenuhi keperluan... Ops... bukan keperluan tapi kehendak. Moga dengan adanya mesin jahit ini akan mengisi masa lapang Ila dengan aktiviti yang lebih berguna dan moga dapat menambah pendapatan keluarga. Insya-Allah....
(panjang betul ayat-ayat skema dekat atas tu.. tapi itulah sebuah pengharapan yang akan diusahakan sehingga menjadi sebuah kejayaan dengan izin dari-Nya. Ayat nie pun skema jugak.. Haha.. )

     Model asal yang Ila nak beli sebenarnya ialah yang ini...

     Tapi mungkin tak ada rezeki.. dapat yang Ila beli semalam tu pun da ok. Lagi pun yang Ila beli nie harganya jauh lebih murah dari model asal yang diidamkan.. Jadi, save bajet cikit..

     Post ini terlambat dipublishkan sebab biasalah orang da ada anak nie.. Banyak benda tak dijangka dibuat oleh anak... Jadi, kenalah dulukan si kecil si jantung hati dulu.. Sampai sekarang da dekat seminggu beli mesin ini dan Ila da buat beberapa projek da dengan mesin jahit ni.

     Projek yang merasmikan mesin jahit Ila ni ialah BAJU KURUNG IBU MERTUAKU.. Kelas tak tajuk projek tu? Haha... Bukan buat baju pun cuma pendekkan hujung lengan dan badan baju je.. Tajuk macam gempak je kan...

     Projek yang kedua ialah ALAS MEJA BUAT SUAMI KESAYANGANKU... Haha.. Jahit bahagian tepinyer je.. Tak de tambah apa-apa pun.. Bukan encik suami yang banyak pakai meja ni sebenarnya.. Biasalah tajuk kena vougedevast ye... Tak plan pun nak buat alas meja. Asalnya nak buat benda lain tapi alas ni lebih penting jadi gunakan jela...

    Projek yang ketiga ialah SELUAR BESARKU.. Yang ni memang plan nak buat sebab banyak seluar track rasa tak selesa nak pakai kat rumah. Jadi buat sendiri seluar untuk menjimatkan belanja. Memang selesa sangat sebab seluar nie Ila buat besar. Senang nak melangkah. Seluar nie masih 'hot from oven' mase post nie ditulis dan Ila tengah pakai sekarang.. Punyalah semangat nak memakai seluar buat sendiri.. Hihi

     Semua projek-projek nie nanti akan Ila uploadkan gambar-gambarnya kemudian.
     Ok... sampai sini dulu... Caucincau... Hihihi

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...