Tuesday 31 December 2013

HARI TERAKHIR........

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hari ini 31-12-2-13 merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Esok sudah bermula tahun baru. Hari pertama bagi tahun 2014 KECUALI kalau tiba-tiba berlaku keajaiban yang menjadikan tahun 2013 bertambah satu hari lagi iaitu ada pulak tarikh 32-12-2013 (merepek entah ape-ape tah Ila nie tapi... tak mustahil berlaku dengan izin dari-Nya).

     Mulai tahun 2014, semua sedia maklum yang negeri Johor telah mengubah cuti minggunya dari hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu. Ikut kata suami dulu dia pernah merasa bersekolah pada hari Ahad iaitu cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum cuti bertukar kepada hari Sabtu dan Ahad semasa dia darjah 2. (Kenapa banyak pulak ayat skema dalam post kali nie agaknyer ye??? Hmmm... Pelik pulak..). Kalau tak silap tahun tu sekitar tahun 1992. Masa tu Ila pun belum sekolah jadi tak lah merasa bersekolah pada hari Ahad.

     Tak kisahlah cuti hari apa pun.. Yang penting semoga tahun baru membina semangat dan cita-cita baru untuk mencapai segala yang dihajati dan diimpikan sehingga berjaya. Semoga segala usaha yang dijalankan menjadi dengan baik serta cemerlang.

     SEMOGA TAHUN 2014 LEBIH BAIK BARI 2013...

    Semoga berjaya untuk semua rakan-rakan dan kenalan sekalian...

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...